Dalam hidup, kita dipertemukan dengan pelbagai rintangan dan dugaan. Baik dari Tuhan mahupun dari makhluknya. Yang paling penting iman dan kesabaran. Namun, jangan lupakan kebijaksanaan. Ya, dek kerana akal itulah kita punya banyak pilihan dan punya tanggungjawab untuk memilih yang bertepatan.
Seringkali kita terjebak dalam situasi yang berlainan dan mungkin tersalah membuat keputusan. Jangan bimbang, teruskan perjalanan. Andai kita perlu berhenti seketika untuk menghela nafas, lakukan dengan sepenuhnya. Kemudian, teruslah perjalanan agar usaha tidak mati di tengah jalan. Gagahkan langkah menongkah arus. Andai perlu bertongkat, lakukanlah. Moga tiba di tangga jaya.
Tidak ada satu pun kejadian yang dipertemukan pada kita yang tidak mempunyai sebarang penyelesaian. Jangan pernah takut untuk memilih. Jangan terlalu bimbang untuk berdepan dengan kenyataan. Tidak sesekali katakan tidak pada diri. Setiap dari kita dilahirkan sebagai juara. Bukan senang sang sperma itu berlumba mendahului yang lain untuk menembusi sang telur.
Dari dalam perut kita dilatih berjuang, maka berjuanglah sehabis-habisnya. Jangan pernah mengalah atau mengundur sebelum waktunya. Itu bukan tujuan kita dilahirkan ke dunia. Terokalah dan terajui kehidupan kita dengan sebaik-baiknya. Hanya Dia yang lebih mengerti apa yang terbaik untuk kita. Sebelum tiba masa untuk Dia berkongsi rahsia, carilah ia hingga berjaya.

No comments:
Post a Comment