Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Friday, August 05, 2011

:: Salam Ramadhan Semua! ::

No comments:
Selamat hari Jumaat korang! Hari ni adalah hari kelima semua umat Islam berpuasa. Oh ya, memang ada yang masih belum nampak anak bulan Ramadhan dan ada juga yang nampak anak bulan lambat. Itu perkara biasa. Nak2 kalau korang perempuan.

Agak lama juga cK tak post eh terbitkan (sokong bahasa Malaysia ok!) di laman rumah ni. Ttak perlu bagi macam2 alasan, cuma yang pendeknya cK agak tebal Vitamin M. M untuk Malas ya kawan2. cK dah mula mencari hiburan luar dan cinta hati yang baru. Teman lama cK si FB tu pun dah macam cemburu dah. Hoho. Sekarang ni cK banyak berlibur dengan si burung biru dan ikan paus Twitter tu.

Kebanyakan masanya korang boleh berinteraksi terus (wah... bahasa!!!) dengan cK dilaman twitter menggunakan twithandle/id @adzra. Pendek saja. Senang nak ingat. Pernah cuba nak pakai @cK tapi dah ada orang lain yang dah guna pakai. Nak pakai @CikKuntum macam panjang sangat korang nak taip, terutamanya yang log in pakai twitter mobile. Maka @adzra dah cukup baik.

Wajib hafal untuk sebulan ok?
Ok ok..berbalik kepada cerita Ramadhan. Masih lagi berbuka dah bersahur dengan keluarga tercinta. Belum lagi ke mana2 hotel atau restoran untuk memenuhi undangan berbuka puasa. Awal sangat lagi pun. Biarlah dulu. Lagipun, tak sampai hati bila tengok Mama siapkan menu yang best2 untuk berbuka tu. Penat2 dia masak untuk anak dia, alih2 makan buffet juga yang menjadi pilihan. Tak boleh lah macam tu kan.

Walaupun cK ni bukanlah kaki Bazaar Ramadhan, tapi cK dah 2 kali buat lawatan di Bazaar Ramadhan kawasan rumah cK. Hari pertama puasa - sesak giler! Hari kedua - kurang tapi ramai juga. Kalau korang nak tahu, Bazaar kat Melawati ni memang selalu menjadi tumpuan ramai. Yang datang pun bukan hanya penduduk Melawati tapi dari Selayang, Wangsa Maju, Gombak malah Rawang pun ada! So korang cuba bayangkan! Maaf ya, cK tak snap gambar sebab haha... sekali lagi..... Malas!

Seriklah dua hari berkunjung. Tak sanggup rasa nak mengharung perjalanan, selit menyelit. Oh Tuhan! Tak Kuasa ok! ha...cukup dulu kot catatan pembukaan ni. cK nak kena lap habuk2 blog, sapu laman rumah..lama sangat kena tinggal. Kang orang ingat rumah berhantu pula kan?


Thursday, September 17, 2009

:: Yok Raya Di RACTAR ::

No comments:
Ok ok...I love to be around celebrities. Afterall they are my kind too. Ha ha..boleh camtu? Anyway, termakan la juga kata2 manis dari Dilla ngan Kuro untuk join program sahur dengan anak yatim. Last round they did it, tak dan nak follow. Thus, this time around i wanted to give myself a little exposure to this kinda event by Murai team.

Maka, berkampunglah cK di Rumah Amal Cahaya Tunku Ampuan Rahimah bertempat di USJ1. Senang je nak cari kalau korang terasa nak pergi. Kalau dah sampai Giant, deretan kedai perabot tu..lajakkan lagi laluan korang. When u see Shell on your right, its mean u are getting nearer to RACTAR. Nampak je signboard biru on your left, masuk. Sure cannot miss lah.

Kat sini semua warga anak yatimnya perempuan. They have stop taking in boys for untold issue. But i guess, mungkin pasal muhrim status barangkali kan? Ada 50 orang kesemuanya. Pengetua RACTAR, En Zulkarnain sangat baik hati orangnya. Selalu senyum je.

Korang percaya tak, yang tempat ni cuma menerima bantuan RM8/head/day!? Gilos! Kita punya lunch pon kadang2 dah nak hampir RM8. Walaupun tempat ni nampak macam besar dan serba lengkap, ianya memerlukan banyak bantuan dari orang-orang luar macam kita2 ni. Maka, jangan segan silu silalah bantu!


Kitaorang kejutkan adik2 ni dalam pukul 12 tgh malam. Kemudian bawa mereka ke dewan makan untuk bersahur. Pastu ada aktiviti sket ngan artis. Main games. Ada show from Alya ngan Hafiz. Yang jadi highlight bila masing2 beratur nak kutip dwet raya! Sweet! Dalam pukul 3.30 pagi acara habis kerana adik2 ni nak kena g skolah esoknya. Sempat cK tanya pasal raya. Dorang kata Khamis, Jumaat dah mula cuti untuk balik beraya selama seminggu. Dan tiket mereka ditaja oleh RACTAR sendiri. Alhamdulillah.

Kesian gak memikirkan dorang yang kena g skolah. But at least i guess they will be smiling and kinda kepoh the next day excited cerita pasal artis kejutkan dorang bangun sahur. Woohoo! As for me, seronok gak sembang ngan dorang ni. tapi ada sorang tu kinda cold hearted sikit. Muka kejong gitu. Overall, its Ok. Plus, ni la pertama kali cK berjaya jumpa Hafiz Hamidun walaupun dia cuak2 gitu (baca nama i sambil check ejaan kat FB ok!). Lenkali jemput2 lah lagi!

p/s : Abam Bionik itu comel tapi sayang dia Intan Ladyana yang punya.

:: Penghujung Ramadhan ::

No comments:

Makan. Makan. Makan.

Lepas satu sudah, satu g jemputan diterima.

Hasilnya puasa jadi macam puas-puas plak.

Puas makan. Puas sembang. Puaskan hati.

Puaskan hati????

Tak! Belum puas lagi! Mee Kari tak rasa lagi!

Maka, hari ni...KLCC lagi......



Wednesday, September 16, 2009

:: Dek Non Oii ::

No comments:


cK tengok2 entry...dah lewat beberapa hari rupanya teman ni. Bukanlah takda benda yang nak distory mory just that i am too bz. Waaah...bole gitu? Minggu2 terakhir ni bukan hanya perlu diperkemaskan segala amalan...tapi...! Acara buka puasa last minit ngan orang-orang yang tersayang pun takleh dilupakan.

Maka, mengambil tempat di Secret Recipe, berbukalah cK bersama dek non dek non yang dikasihi. Yea2...u can say whatever u like but hey, these kids love me ok - unconditionally! Sessi yang dipenuhi dengan guhsip dan updates. Ya, mesti balance ma. Barulah Zen katanya.

Luahan rasa demi rasa - masam, masin, pahit, tawar....semua ada. Bunyi2 macam...haaa???Eeeehh??? Yeee??? Hoh!? Eleeehh...semua tu ada. Rasa seronok pula bila diingat semula. Cuma bila ingat tu, terasa la kempunan nak makan kue teow Little Penang tu. ish...apakah!

Unfortunate for Andrew who cant join us. Sorry for Daniel for not having your picture taken - selalu missing in action! Thank you Leen, Ina Kecik and bf, Wil, Daniel....Sayang lah korang semua.

Sunday, September 06, 2009

:: Iftar Kg Sri 360, 2009 ::

6 comments:
Burp!

Alhamdulillah.

Kenyang.

Terima kasih pada tuan rumah K.E & Zilla yang sudi menaja tapak bazaar dan perkhemahan tahun ni. Tahun lepas kat Shah Alam, tahun ni pon. Ermm..maybe pasni leh tukar port lain. Umah Cik Nad ke? Ahaks!

Kehadiran yang boleh dibanggakan (walaupun Bukit muncul di saat-saat akhir edisi melepak di MMZ dan Tok lewat kerana tayar beskal nyer pancit dan Mamaket nyaris2 sesat jalan). Himpunan makanan amatlah banyak dan menyelerakan. Masing2 tidak datang dengan tangan kosong (perut je kosong).


Tuan rumah dah siap2 prepare nasi himpit, rendang daging, masak lodeh - rasa cam nak menyambut raya la plak. Feel woo. cK prepare Ayam Masak Lomak Cili Padi ngan sambal belacan yang rasa-rasanya tertinggal dalam kereta Dory. Apakah!? Puas hati juga bila kawan2 kata "Sedaplah!". Peloh, penat lelah masak ayam yang dua ekor tu rasa hilang serta merta. Syukur korang suka.

Mek buat pertama kali tampil bersama Tuan Farid nya, Yaya ngan Abam Fazz, Tok ngan Ad tersayang juga Abam Zool & Zilla. Yang paling meriah mestilah Mamaket sefamily. Seronok je tengok keletah dua beradik tu melambung lion. My faveret dish will be Double Z punya popiah. Made with red love sauce katanya. Memang sedap ye, kawan2. Puding tok pon sedap gak dan hasil gigih K.E masak rendang juga boleh dibanggakan. Lain2 ada satay, KFC, ayam golek, urap, bergedel, buah..aaahhh..banyak lagilah!


Bukan orang kampung la kan kalau tak meriak amik gamba. Maka, dah selesai makan2..kemas..basuh pinggan segala (sempat amik tender membasuh ngan Mbak Yaya) orang-orang kampung pun mulalah pose segala bagai aksi. Gara-gara tak bawak tripod, Bar stool pon dimulti purposekan jadi tripod. Begitu hebat skill Asbha.

Next gath tak pasti pula bila. Maybe time Yana nyer wedding? Yaya wed? Or...my open house? We'll see bebeh!

Tuesday, September 01, 2009

:: Main Masak- Masak ::

No comments:
Satu perkara tentang saya yang korang mungkin tak tahu adalah, bila saya pergi makan kat mana2 tempat makan dan saya suka apa yang saya makan, saya akan belajar cara nak sediakan masakan tu. Bagus ke gitu? ok la kot. Mungkin leh jimat belanja. Bila time nak makan tu, pastikan je la barang2 tu ada kat rumah maka in no time leh zaass siap!

Yang lebih seronok bila ianya dapat dikongsi bersama-sama insan tersayang. Insan tersayang? Huwaaa!!! Ah...ok lah...parents, sibling tu kira insan tersayang lah kan? Hik hik hik..The other day, cK minta resepi mashed potatoes dari boss ngan yaya tapi sampai la ni tak buat2 lagi. Bila buka kabinet, tengok lasagna layer tu ada then sos bolognaise pon ada dan juga cheese, ye chedar pon ada. Ermm...membuak2lah rasa nak buat lasagna.

Beli daging cincang, susu segar ngan butter kat Giant. Pehtu nak completekan keadaan minta mama belikan Parmesan plak nak sprinkle kat atas lasagna tu. Berdebar gak masa nak buat tu. First time lah katakan. Tapi dek kerana tegar dan nak belajar, redah je la kan. Nasib baiklah tak terbakar dapur mama..hehehe!

I have to say this, I am proud of myself. Sedap woo lasagna first timer kita. Giler pekat rasa cheesy. Buat satu bekas bake pan je. Bagi kat jiran2 tetangga buat berbuka. Ewok tolong promo kata "Sister kita yang buat, sedap!". Kalau rajin, mungkin lah boleh buat lagi bila raya plak. Yey!

Friday, August 28, 2009

:: Lelaki Beratur Di AU3 ::

No comments:
It's a bit late for me to write this entry. Nevertherless, the activity of those men queuing at one of the stall in AU3, Keramat is believed to still running.

Pergh! Bahasa omputih plak. Juling mata nak membaca. Oklah, let me simplify it. A few days back, masa nonton MHI adalah tajuk berita yang berbunyi "Lelaki-lelaki berkereta mewah, berbaju uniform dan yang biasa-biasa beratur seawal jam 10 pagi untuk membeli makanan di AU3". Camna tuh?

Kalau perempuan tu, cK fahamlah. Walaupun ada dua tiga kerat yang memang tabiatnya malas nak puasa (dahlah malas posa, malas ganti plak tu), perempuan bila datang haidnya memang tidak diwajibkan berpuasa. Kiranya, dapat cutilah kan. Cuma, bila dah bersih nanti kenalah ganti.

Tapi, yang ni lelaki beb. Apa masalahnya kaum Adam ni? Period kah? Mengandung kah? Atau semua bila masuk je Ramadhan tu, automatik gastrik menyerang? Dalam setahun kalendar Islam ni, mintak sebulan je ikat perut pon susah sangat ke dorang ni? Pastu ada hati nak jadi ketua keluarga. Sebelum ada lelaki2 marah2, ni cK khaskan kat orang2 lelaki yang tak berpuasa tu je ok. Kalau korang cukup amal, abaikan.

Macam dah takda perasaan malu langsung dalam diri mereka. Boleh main pakat2, order sama2. cK rasa tak adil kalau tuding jari kat pembeli je, yang menjual tu pun 2x5. Memang seronok agaknya tanggung dosa secara terbuka bersama2 ni eh? Kot ya pun nak mengejar untung yang tah seberapa tu, takkan la sampai abaikan tanggungjawab agama cik abang oi.

Buat sesiapa yang terasa, i don't think i owe you an apologize. I'm just doing my part untuk menegur dan mengingatkan. Jangan sampai nanti, segala hukum hakam agama korang lupa terus plak. Renung-renungkan, selamat berpuasa!

Monday, August 24, 2009

:: Sapa Kata Buka Puasa Kat Rumah Tak Best? ::

No comments:
Ha...tu dia!Panjang sungguh tajuk entry hari ni. Kena baca senafas je ok? Miahahaah...Korang semua puasa tak? Harap2nya puasa la ye. Kalau orang pompuan tu, cK paham le ada pasang surutnya. Janji cukup masa, sila ganti!

Ok, ni nak cerita ni. Ada yang kata kalau bulan puasa ni lagi best buka kat luar compare to buka dirumah. Maka, cK rasa pemahaman ini patut diperbetulkan. Serius ok. Korang bole je beli juadah kat mana2 bazaar ramadhan (beli jangan sampai membazir) dan still amalkan konsep berbuka di rumah. Lagi seronok, percayalah.

Untuk cK sendiri, bertuah rasanya dapat memulakan puasa di rumah. Ewok pula tahun ni cuba berpuasa penuh dan alhamdulillah dah dua hari dia berpuasa penuh. Walaupun dalam pukul 5-6 petang tu dia dah mula hangen je menahan lapar...bila dia tengok reward yang bakal dapat untuk berbuka, terus dia semangat.


Yea, konsep tu mungkin silap sikit la. Sepatutnya bulan puasa ni kita kena belajar menghayati hidup dalam serba kekurangan. Namun, cK rasa daripada dok umpan ngan duit je baiklah kita serapkan nilai2 yang kekeluargaan dalam diri sikecil ini. Contohnya, bila nak menyediakan juadah tu, kita ajak dia sama2 involve. Bagi dia rasa excited.

Dah habis berbuka, sama2 basuh pinggan mangkuk. Kan seronok tu. Ada juga nilai2 tanggungjawabnyer. I will try my best to buka puasa everyday at home, kecualilah ada jemputan berbuka yang tak dapat dielakkan. Yelah, rezeki jangan ditolak..musuh jangan dicari.


Seronok bila cK dapat buat hidangan ala2 5 star untuk menjamu keluarga. Tak bermakna kita makan kat rumah, tak perlu manners ye kawan-kawan. Ini penting untuk mengasuh diri kita lebih beradab bila pergi makan kat yang high end. Idokle tak kenal apa spoon, fork mahupun pisau. Lagi satu, idokle nanti jakun sangat bila tengok hidangan tu dihias bagai.

Untuk Ewok, U go boy! Jangan marah-marah ok?

Sunday, August 23, 2009

:: Al-Pukat De Avocado ::

4 comments:
Masa kecil2 dulu, belakang rumah arwah nenek ada tanam pokok pukat ni. Ala, orang kampung paknggey pukat org bandar high end panggil avocado. So nak jadi cerita masa dulu2 tu agak muak la juga nak mengabiskan buah ni. Almaklumlah rasanya yang memang lemak berkrim so cepat la muak sikit.Arah nenek dulu suka potong2 pukat ni dan sira dengan susu pekat. Kadang2 nenek tabur sikit nescafe nak matikan rasa lemak yang amat tu. So, ni setelah beberapa tahun tak merasa avocado ni, tekak rasa teringin la plak.

Maka, cK suarakan pada mama hasrat nak buat avocado blended. Mama kata OK, janji Ck yang buat la kan (walaupun muka dia cuak sket..miahhhaa). Maka pergilah anak beranak ke Giant beli avocado 3 biji ngan Hersey. Kat umah ada eskrem ngan ais.

Lagi 30 minit nak buka, acara blend pon mula. Blend avocado, ais ngan susu pekat sampai sebati. Then amik gelas masing2. dripkan hersey dalam gelas tu. Anyway sapa2 yang suka Chocs ni kan, Hersey tengah promo, sila la beli kat Giant. Then, tuang sepatuh gelas Avocado tuh. Masukkan ketulan2 ais kat tengah2 avocado blend tu. Bukan apa, nanti bila masuk mulut, rasa sejok je.


Pastu, continue penuhkan gelas korang. Finishing kalu, sila masukkan satu scope eskrem ikut pilihan hati korang, Optional ni. Tak penting sangat pon, kot ada ... taruk..takde takper. Maka, untuk korang2 semua, selamat mencuba!


Thursday, August 20, 2009

:: Somebody Is Leaving ::

No comments:

:: Selamat Bertandang ::

No comments:
Cuma tinggal hari ini dan esok kita boleh makan minum tanpa segan silu di pagi hari. Ya. Ramadhan datang lagi. Insyaallah, hari Sabtu kita semua bakal memulakan ibadah puasa untuk tahun ini. Itu bermakna, hari Jumaat malam tu kita dah boleh mula solat terawih dan pagi Sabtu tu kita dah mula bersahur.

Penantian yang berbulan2 untuk menempuh bulan penuh keberkatan ini akhirnya sampai juga. Secara peribadi, cK mahu berusaha agar solat terawih tahun ini lebih banyak dari tahun2 yang sebelumnya (walaupun rasa first day tu bakal kantoi!).

Tahun ni juga, cK nak pujuk Ewok untuk berpuasa penuh. Maybe la bagi ganjaran duit raya sikit. See how it goes la. Last year dia manage puasa half day setiap hari. Kira dia buka puasa lepas azan Zohor la instead of Maghrib.

Dah tua2 nih..I think penghayatan Ramadhan tu kena lebihkan sikit. Boleh ke nak khatam Quraan dalam masa sebulan ni agak2 nyer? Nak buka puasa kat rumah je lah hari2. Ishh..susah la kot sebabnya mesti ada 3 4 hari akan berbuka diluar. Samaada ngan keluarga mahupun teman2 baik dan teman tapi mesra. Haha! Boleh gitu?

Apa-apa pun, diharap bulan puasa ni dapat dikurangkanlah nafsu berbelanja tak tentu hala ye. Moga2 berkat hendaknya. Amin!

Tuesday, September 30, 2008

Iftar @ FSTEP

2 comments:

Semalam berlangsungnya upacara makan2 buat hari2 terakhir berpuasa di opis Cik Kuntum. Ala2 beramah mesra ngan student2 yang ada kat sini la. Ramai juga yang hadir dan sedih juga sebab there are few of them yang terpaksa "tidak-menghadirkan diri" due to tiket bas, keretapi, kapalterbang dan macam2 g ah dan pon dibeli. Kalau tak balik nanti, rugi plak kan?


So nyer, Cik Kuntum pon join la the people. Kang kata anti-sosial plak. Apakan daya, Cik Kuntum makan sikit je la. Bukannyer tak sedap menu nasi beriani berlaukkan ayam masak merah, dalca yang likat dah meriah, daging rendang yang nyaman dan juga acar rampai itu... tapi Cik Kuntum ada date lain after that, i tell u!


Tu boss Cik Kuntum yang tambah..err...er...berapa kali round ntah. Tak dapat dikesan! Kejap2 dea bangun, bawak balik pinggan full. I konpius u! Anyway, seronok gak makan ramai2 ngan student nih. Barulah rasa mesra, senang nak berbicara. Cik Kuntum kan, mesra alam orang nya. Look forward for Open House Raya puler. Yee Haaa!!! Esok raya! yey!

Monday, September 29, 2008

Tidur Dea...

8 comments:
Heehehe...This is what u get when you go all out for shopping.

Operasi yang bermula daripada Masjid India, berjalan kaki up to Jalan TAR, Sogo, Maju Junction dan kawasan sekitarnya.

Hasilnya, beli kain ala2 cheongsam kat Jakel, beli kasut kat Maju Junction (still thinking nak beli sandal kat Vincci). Then belikan Dekdek purse baru, tudung untuk Mama.

Erm..untuk Papa, Abah, Suzie and newly wed tak beli apa2 g...Takper la kot. Part tuh, belanja makan je kot? Makan besar di pagi raya? Bley gitu?

Friday, September 26, 2008

Mana Pergi Duit Raya?

5 comments:
How do i spent my duit raya?

1. Ikan siakap tiga rasa

2. Ikan siakap stim


3. Tomyam seafood

4. Having dinner with all the good people. Lauk additional : Telur bistik, Kailan goreng bersama cendawan, kerabu mangga, nasi putih, sambal belacan dan air sirap bandung.


5. Hasil tinggalan - bukti2 kerakusan

Didn't i told you guys yang Cik Kuntum dapat dwet raya kan kan kan? Ada sebahagian daripadanya yang telah dilaburkan ke dalam perut ku ini. Nyum nyum nyum...Acara makan2 la kan. Itu kan mengenyangkan, dan menyelerakan!

Walaupon 2 orang tak dapat join, majlis tetap meriah. Kiranya ala2 reunion ex-staff Vitacare la nih. So, we update each other punya stoty. Thanks guy!

Monday, September 22, 2008

Cutie Cup

5 comments:

Hari ni kat tempat keje Cik Kuntum ada buat ops Cup Cakes. Abislah Cik Nad..ada pencabar baru nih! They all actually propose nak buat muffin, tapi Cik Kuntum tengok ala2 Cup Cakes je. Heheheh. Comel2 je deco nyer. Len2 dekorasi setiap satu. Lain2 orang yang buat hiasan, gitu la jadinya. Tapi, kurang2 nyer tenang mata memandang.

Deaorang buat projek nih dengan motif ingin mengutip derma bagi projek berikutnya iaitu lawatan ke Rumah Kebajikan Al-Qadeem. Konsepnyer gini :

a) Sapa yang berminat nak derma, boleh la purchase cup cake yang berharga RM 3.50 setiap satu
b) Cup cake tuh bole dibeli untuk diri sendiri ataupun di tujukan kepada sesiapa yang korang berkenan. let say from jebon to timah ke or to Cik Kuntum from Secret Admirer ke. Ahaks! Tapi buat masa ni project nih cuma berjalan di dalam premis opis ni sahaja, ok?
c) Student2 ni akan hantarkan cup cake tersebut kepada penerima yang sepatutnya.

To be honest, I dun contribute in buying the cup cakes but i got 2 from them. So sweeet! Neway, Cik Kuntum akan donate sumtin untuk kanak2 kat umah kebajikan tu nanti. Any suggestion kawan2?

Lam Alif Pa Ro!

2 comments:
Ketahuilah orang-orang kampung sekalian bahawasanya Cik Kuntum tidak bersahur ini hari.

Ini semua gara2 operasi mengemas rumah dan juga bilik Cik Kuntum semalam. Ye la...umah virtual da cat, rumah betol pon mesti la nak kemas kan kan kan?

Maka, dengan kadar lapar yang sangat dahsyat semalam, sempat la melantak nasi tomato yang Mama buat.

Dah penat sangat, abis kemas pon dah malam. Then, layan CSI trus kaput! Sekali tuh sedar2 dengar burung berkicauan. Tengok jam kat henpon kol 6.45 pagi suda!

Uwaawawaa...Sadis! Ketuk pintu bilik Mama...Dea pon sama terbabas rupanya! Aisehh....sama2 la menanggung kelaparan nampak gayanya.

Ya Allah, kau berikanlah hamba Mu ini kekuatan untuk menempuh dugaan yang mendatang untuk hari ini. Amin!!!


Saturday, September 20, 2008

Di Balik Tirai

5 comments:
After berbuka tadi...(yey! dapat gak makan nasi beriyani mamak Tapah itu!) we ol sefamily decide nak g jenjalan sat.

Tak jauh sangat pon perjalanan anak beranak. Mama dah taw dah peel anak pompuan dea nih. Kot kalau keluar dinner ke ape, tup2 pastu ada je tempat yang nak dituju.

Oleh itu, ala2 separa wajiblah bagi mereka untuk mengenakan outfit yang sesuai untuk dibawa berjalan. Ye la..tak la selekeh or selebet je nanti rupa masing2 kan.

Berkunjung la ke pasaraya serbaneka yang HQ nyer kat Subang itu. Ala...Cik K4 la...tak dapek gak lagi? Carrefour la...Tak berapa ramai orang. Tapi makaih...longgokan umat yang pulun jual baju kurung...Ish ish ish..ramai benor. Tergoda juwa rasa jiwa ku ini.

Nasiblah dah pasang niat esok nak ke KL - Jln TAR pusing2 beli kain yang Cik Kuntum usha itu ari. Maka bertahan lah seketika. Tapi, yang takleh tahan, bila g Nagoya. I must get a new set of curtain for the living room! Seyes nih occay!

Jadi, Cik Kuntum and family pon tilik2 belek2 segala kain yang ada. Baik dari rege RM 3.80 semeter sampai la ke RM 22 ++ semeter. Memandangkan diding umah ni bakal dilumur dengan caler nescafe, Cik Kuntum tertarik ngan kain langsir yang kat sebelah nih ah.

Macam ala2 cocok je Cik Kuntum rasa. Mama bg approval, Dekdek pon macam soka je. Ewok...err...does his thought counts? Bole la kot...sebab dea rajin je tengok Eric nyer show dulu. Hehehe. Papa? Colour blind, so make no different!

Mesti rasa cuak kan korang? Dah lagi seminggu je nak raya, sapa la nak jahit langsir nih. Takpa...ada masa lagi. Papa Cik Kuntum adalah seorang tokang jahit. Maka, anggap je la setel kain langsir itu. Cuma Mama kata nak buat dabel rail. So nyeer, nanti mama beli another set of kain untuk inner part. Kain organza ke ape ntah. Let it be...Tak sabar rasa nak mengecat umah. Ahaks!

Dam Dam Dum!

2 comments:
Haaa!!! Mesti korang ingat Cik Kuntum nak story mory pasal mercun kan kan kan? Alaaa...ngaku je la...Hehheeh...Well..u got it wrong bebeh!

Masa Cik Kuntum balik dari opis lama tadi, dah terhidu bau butter yang mencengkam jiwa raga. Ini mesti keje Cik Ina (omak den) nih!. Sahih! Mama tengah bikin biskut dam la...


Memang ni la aktiviti Mama time2 bulan puasa. Dulu ada 2 3 jenis jugak kuih raya yang orang akan order ngan dea. Lama-lama we all mintak dea concertrate kat sejenis je. Tapi yang sejenis ni la dea cukup anti nak buat. Leceh katanya...Maw tak mau, dea turutkan juga.

Ha...ni la rupa bentuk biskut dam fofuler Mama Cik Kuntum.


Regular customer dia memang kategori tegar la kira. Tiap2 tahun ada je. Even my auntie pon request mintak dea buatkan. Walhal, resepi dah ada depan mata...tinggal nak buat je. Maybe rasa dan aura tu tak sama la kot? Lagi satu, customer2 Mama ni kagum jek tengok biskut tu belang2 gitu. Ala2 dam aji. Dari situ la dapat nama biskut dam tu i guess...Hehehehe...Cik Kuntum soka jek biskut nih tapi feveret oltime Cornflakes. Bukan jenis yang madu2 segala ni, jenis yang memang cookies main ramas2 bancuhan ngan cornflakes tu. Nyummy!

Nak menambah pelanggan baru, anak2 dea la buat marketing. Cumanya, Cik Kuntum nih tak berapa gemor nak suh orang2 beli kuih ke kain ke ape. Cuma bawak je kat opis, suh rasa. Macam kat opis lama, masa they all datang beraya baru deaorang merasa kelazatan biskut itu.


Then, next raya order pon masuk. Kira macam tu punya marketing strategy pon bole jalan gak. Ok la tu. Buat menambah tebal poket Mama dan mengisi masa lapang dea. Hehehe... Banyak dah hasil dari jualan kuih nih yang Mama manfaatkan. Dolu2, duit kuih ni Mama leh beli fridge lagi tuh. Sampai la ni we ol still pakai fridge tu, tak abis2 lagi gas dea ...ajaib!

Then..Mama beli oven. Sebab tempahan banyak. Buat tambahan beli baju raya sumer. Wahh...pk pk..kena comercial kan nih. Mana taw leh bukak ala2 sikret resepi sendirik. Pehtu suh Cik Nad supply cup cake..Ermm...idea suda mari laaa.....!!! Menarik nih...Wat say u?

Nasi Lemak Buah Bidara

5 comments:
Burrrppp...Alhamdulillah... Kenyang dah rasa perut ku ini. U know wat? Petang tadi masa berbuka mama dah buat Asam Laksa (Laksa Utara la maknanya tu) untuk santapan sumer. The bad thing is, I dun like laksa utara. Kalau makan pon, Laksa Johor. Sebab pakai spegethi ngan kuah ala2 kari gitu.

Makanya, I ate only Cheezel ...yes, Cheezel...Junk food yang dalam peket biru itu bersama2 dengan air sirap bandung. Hew hew hew...Pehtu...padam! Cik Kuntum terlelap kat sofa. Alih2 dalam kol 12.00 a.m gitu Mama kejut suh tido kat bilik.


Mulalah perot rasa lapar. Initially I wanted to have Nasi Lemak Malis kat Taman Bunga Raya nun. Sms la dua tiga orang yang ada kat daerah berdekatan, nak suh teman makan. Sekor pon tak menjawab.

End up, I drove to get my Nasik Lemak sorang2. pergh! Bila sampai kat sana, punyalah ramai umat, kalah waktu malam hari2 biasa. Ada yang datang ngan partner wink*wink*, ada juga yang bekeluarga.

Beratur panjang2 last2 sampai la turn Cik Kuntum. Order kita? Nasik lemak tambah telur mata up lagi ngan ayam goreng. Balik umah terus je Cik Kuntum baham segala sambil nengok Miami Ink kat astro. In other way, i dun need to sahur today. By the time Cik Kuntum taip ni, Mama pon dah bangun sahur. Takper la, layan je laaa..

p/s : Sapa2 rasa nak bersahur kat Malis, Taman Bunga Raya (near TAR College tu), ia dibuka sehingga pukul 4 pagi setiap hari dan tutup hari Sabtu.

Wednesday, September 17, 2008

Terkenang Juwa...

No comments:

Tadi kat opis dah kuar circular pasal nak tukar not baru untuk dijadikan duit raya.

Terfikir sejenak dalam benak pemikiran Cik Kuntum yang terlebih space ni. Sapa eh yang aku nak bagi duit raya?

Ermm...mama, papa, dek dek n ewok..Abah? Che Suzie (i was suppose to call her Mummy...maleh!).

Tapi deorang2 nih takkan la Cik Kuntum nak bagi pakai not singgit2..mau tebal je sampul..Hehehehe. Kot kalau ewok ngan dek dek tu maw la sengeh sampai tinge dapat sampul tebal2. Yang tua2? Eh silap...yang veteran? Boy dah tayah bagi sebab dea dah jadi laki orang!

Sapa nak bagi Cik Kuntum duit raya, Cik Kuntum alu2 alukan. Memang sedia je menanti dengan senyuman. Still entitle lagi tak agak2 nyer? Afterall, hari nih Cik Kuntum dah dapat (dan dah blanje da pon sebahagian darinya) duit raya. Kira rekod la...belom raya da dapat duit raya! Hew hew hew...Jangan jeles sehh!

Kot kalau kaum Cina tu, selagi tak kawin...selagi tuh la valid dapat duit raya. Tapi orang2 kita ni len macam skit. Kalau dah keje je, takleh dapat duit raya da. Kena plak kasik duit raya! Apa2 pon, Cik Kuntum rasa la jugak tempiasnya. Still, i will get my duit raya. Not to worry la..Cuma makin lama makin sikit la amountnyer..ahaks!

Makanya, orang2 kampung yang lalu umah Cik Kuntum ni, sila2 la drop kan sampul2 yang patut eh. Lucky kaler Cik Kuntum ialah purple, tapi kadang2 merah pon ok je. Hahaha... Ape lagi? Tak gheti2?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...