Selamat hari Jumaat korang! Hari ni adalah hari kelima semua umat Islam berpuasa. Oh ya, memang ada yang masih belum nampak anak bulan Ramadhan dan ada juga yang nampak anak bulan lambat. Itu perkara biasa. Nak2 kalau korang perempuan.
Agak lama juga cK tak post eh terbitkan (sokong bahasa Malaysia ok!) di laman rumah ni. Ttak perlu bagi macam2 alasan, cuma yang pendeknya cK agak tebal Vitamin M. M untuk Malas ya kawan2. cK dah mula mencari hiburan luar dan cinta hati yang baru. Teman lama cK si FB tu pun dah macam cemburu dah. Hoho. Sekarang ni cK banyak berlibur dengan si burung biru dan ikan paus Twitter tu.
Kebanyakan masanya korang boleh berinteraksi terus (wah... bahasa!!!) dengan cK dilaman twitter menggunakan twithandle/id @adzra. Pendek saja. Senang nak ingat. Pernah cuba nak pakai @cK tapi dah ada orang lain yang dah guna pakai. Nak pakai @CikKuntum macam panjang sangat korang nak taip, terutamanya yang log in pakai twitter mobile. Maka @adzra dah cukup baik.
Wajib hafal untuk sebulan ok? |
Ok ok..berbalik kepada cerita Ramadhan. Masih lagi berbuka dah bersahur dengan keluarga tercinta. Belum lagi ke mana2 hotel atau restoran untuk memenuhi undangan berbuka puasa. Awal sangat lagi pun. Biarlah dulu. Lagipun, tak sampai hati bila tengok Mama siapkan menu yang best2 untuk berbuka tu. Penat2 dia masak untuk anak dia, alih2 makan buffet juga yang menjadi pilihan. Tak boleh lah macam tu kan.
Walaupun cK ni bukanlah kaki Bazaar Ramadhan, tapi cK dah 2 kali buat lawatan di Bazaar Ramadhan kawasan rumah cK. Hari pertama puasa - sesak giler! Hari kedua - kurang tapi ramai juga. Kalau korang nak tahu, Bazaar kat Melawati ni memang selalu menjadi tumpuan ramai. Yang datang pun bukan hanya penduduk Melawati tapi dari Selayang, Wangsa Maju, Gombak malah Rawang pun ada! So korang cuba bayangkan! Maaf ya, cK tak snap gambar sebab haha... sekali lagi..... Malas!
Seriklah dua hari berkunjung. Tak sanggup rasa nak mengharung perjalanan, selit menyelit. Oh Tuhan! Tak Kuasa ok! ha...cukup dulu kot catatan pembukaan ni. cK nak kena lap habuk2 blog, sapu laman rumah..lama sangat kena tinggal. Kang orang ingat rumah berhantu pula kan?
No comments:
Post a Comment