Sejak kebelakangan ini, ada beberapa perkara yang agak mengganggu pemikiran cK secara peribadinya. Bagi cK, usaha untuk menyelesaikan dan menjernihkan keadaan telah pun dilakukan. Namun, andai ada pihak-pihak yang lebih gemar menjauhkan diri, itu terpulang pada mereka. cK tak mampu untuk memuaskan hati semua.
Apa yang terdaya, telahpun cK usahakan. Tak mungkinlah cK pergi menyembah umpama menghadap sultan ataupun permaisuri di singgahsana. Memang benar kata orang-orang tua "Kerana mulut badan binasa". Namun, lihat dari dua sudut yang berbeza.
1. Andai terlalu banyak berkata-kata
Dikhuatiri kita akan mengeluarkan kata-kata nista dan cela hingga menyebabkan luka dihati jiwa makluk tuhan yang lainnya. Sesama manusia, cara kita menerima sesuatu perkara adalah berbeza-beza. Maka, tidak hairanlah bila dia bermasam muka, sedangkan kita maksudkan yang sebaliknya.
Cara terbaik, bermaaf-maaflah sesama kita. But then again, its easy to forgive then to forget. Kebanyakan kita hipokrit bila berkata "semua orang patut diberi peluang kedua" bila mana diri kita tidak pernah sudi untuk menerima mereka. Renunglah sedalam yang mungkin sambil berfikir sejenak adakah kita sudah belajar menerima kekurangan orang-orang dikalangan kita?
2. Bila mulut terkunci tidak mahu berbicara.
Mungkin sesetengah kita rasa, cara ini lebih selamat daripada menjebakkan diri dalam kancah pergeseran atau kemelut yang lebih mendalam. Tetapi, sedarkah kita juga yang sesuatu itu tidak akan berubah sifatnya andainya tidak ada sesuatu yang mengubahnya.
Lihat dalam diri sendiri. Andai kita tidak mahu terus disakiti, apa kata cuba berhenti dari menyakiti atau mungkin lebih banyak mengekspresi diri untuk membenarkan individu lain lebih memahami situasi. Bukankah cara ini lebih baik dan dihormati daripada terus memendam rasa sakit hati dan mula menjaja cerita di sana sini?
Apa pun, ianya masih lagi hak individu. Dosa dengan tuhan, boleh kita memohon agar diberikan keampunan. Namun, dosa sesama insan hanya dia yang bisa berikan keputusan. Nampak umpama remeh namun jika terjadinya perbalahan dan salah satu pihak enggan memaafkan, bersedialah untuk menerima celaan yang tidak terhingga dari Dia yang menjadikan diri kita dan sekalian insan.
Amin.

No comments:
Post a Comment