Thursday, June 12, 2008

Senaman Lipat Pinggang?

Sila Baca Komen Cik Kuntum dalam kaler pink ....
**Sumber : Email berdasarkan petikan akhbar Kosmo!

ABU BAKAR dan ketiga-tiga isterinya (dari kiri) Norazlina, Mazumi dan Hasnah ceria bersama-sama barangan hantaran untuk Suhaili di rumah mereka di Manir semalam.


KUALA TERENGGANU – Selepas mendapat kebenaran mahkamah untuk berkahwin empat kelmarin, seorang broker tanah, Abu Bakar Embong, 54, menyimpan satu lagi impian iaitu mempunyai sehingga 40 orang anak. (Pergh...dia ingat pompuan ni kilang buat anak ke? Makaih...Giler la Pok Cik Nih!)

Menurutnya, dengan jumlah anak sekarang seramai 25 orang daripada tiga isteri, beliau menyasarkan sekurang-kurangnya 15 lagi orang cahaya mata untuk mencapai hajatnya itu.(Ngeri pulok Cik Kuntum baca...Ada lagi 15 kuota dea nak sumbat? Ni datang dari wife yang mana satu nih? Takkan nak pulun dari yang bini baru tuh?)

Bagi datuk kepada tiga cucu itu, hajat yang disimpan sejak berusia awal 20-an itu ingin dikotakan jika termampu dan tiada halangan serta diizinkan Tuhan.(Dah jadi datuk da pon...ish ish ish...Kalau kata nak kumpul cucu..lega gak dengar...ni anak, beb!)

Sebab itulah katanya, beliau berkahwin awal malah dua daripada isterinya dikahwini pada usia 15 tahun dan isteri ketiga berusia 21 tahun.(Ni nak kata apa nih? Kawin muda sebab time tu pompuan bergetah lagi? N sedap dilanyak? Maka leh produce ramai anak?)

Namun begitu, katanya, walaupun ingin mencukupkan jumlah anak seramai 40 orang, ia bukan paksaan kepada semua isterinya termasuk bakal isteri keempat, Suhaili Alias, 24, untuk menjadikan impiannya itu satu kenyataan.(Bukan paksaan eh...Takper, kita tengok sampai bila...Tak dapat dibayangkan betapa perit, jerihnya wife dia melahirkan zuriat..tapi, kalau dah rezeki, tak bole tolak kan?)

"Dulu semasa saya muda bila difikirkan dengan usia isteri-isteri saya yang turut muda, mesti kami mampu mendapat 40 orang anak," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Teluk Menara, Manir di sini semalam.(baper kali dea nak ulang nombor 40 tu? Ish orang tua ni, seriau teman weih!)

Menurut beliau, walaupun sedar usia beliau bukan lagi muda dan secergas 25 tahun lalu, namun amalan 'senaman lipat pinggang' yang diamalkan memberinya 'lebih tenaga.' (Lebih tenaga? hahahah...ramai la nanti nak mai secawan!)

"Kalau buat senaman itu satu isteri pun tak cukup," ujarnya yang mempelajari senaman itu daripada adik iparnya pada tahun 1970-an. (Satu isteri pon tak cukup? Eh eh ehhh...Nak kata atok nih ala2 sex machine ke? Non stop? Horny je sepanjang masa? Lohai...Yang wartawan nih pon satu...Menda ni pon tulis? Sengal! marah plak rasa hati Cik Kuntum ah!)

Abu Bakar turut mengamalkan kaedah mandi tertentu iaitu dengan menyiram dahulu kaki kanan diikuti kaki kiri sebelum anggota badan lain kanan dan kiri dengan kepala bahagian terakhir disiram air. (Ni ramai la yang polo nanti nih...Untuk amalan, apa salahnye ye dak? kang ramai yang condemn pompuan je...Sedangkan lelaki pon kena la jaga apa yang patut. Tol tak?)

Beliau menasihatkan mereka yang ingin berkahwin lebih daripada satu, mestilah mempunyai kemampuan baik dari segi zahir dan batin kerana perkahwinan bukan perkara main-main.(cewahhh...sempat nasihat g tuh....ada la point kat situ..tapi brape kerat la yang dengar sangat menda nih...ramai kawin sebab miang keladi!)

Kosmo! semalam melaporkan Abu Bakar memperoleh kebenaran berkahwin dengan Suhaili daripada Mahkamah Tinggi Syariah di sini walaupun sudah beristeri tiga.

Permohonan itu turut disokong tiga isterinya iaitu Hasnah Jusoh, 43, (isteri pertama); Mazumi Ismail, 45, (kedua) dan Norazlina Arifin, 25, (ketiga). (Calon2 untuk Anugerah Isteri Mitahli ni)

Menurut Abu Bakar, beliau merancang melangsungkan perkahwinan dengan Suhaili sebelum hujung bulan ini dengan barang hantaran RM7,000 serba satu yang telah disiapkan isteri-isterinya.(Dah pakat tolong siapkan hantaran lagi tu...ish ish ish...anak sapa la nih? Baik sungguh na?)

"Saya perlu menyerahkan borang kelulusan perkahwinan dan mendapatkan surat kebenaran daripada mahkamah sebelum berbincang dengan pihak perempuan untuk menetapkan tarikh perkahwinan," katanya.

Ujarnya, walaupun ketika ini beliau membelanjakan kira-kira RM20,000 sebulan untuk menyara keluarga, namun hajat berkahwin empat akan diteruskan.

Sementara itu, hajat Abu Bakar menambah jumlah anak direstui tiga isterinya. (Isteri restu dea kawin dan tambah anak...Mcm mana ngan anak2 dea? restu jugak ke nak dapat mak baru ni?)

Menurut Mazumi, mereka semua akan memberikan peluang sepenuhnya kepada suami untuk bersama isteri baru dan 'memansuhkan' sistem giliran ketika ini. (ishh....menda dalam kain ni weih...takyah story...geli ah!)

"Kami akan beri peluang kepada pengantin baru tanpa perlu merisaukan soal lain," katanya.

Dalam pada itu, bagi bakal isteri baru, Abu Bakar sudahpun menyediakan sebuah rumah berhampiran rumah isteri-isteri yang lain di kawasan sama.Rumah tersebut merupakan salah sebuah daripada sebelas unit rumah milik Abu Bakar di kampung itu yang didiami keluarga besar itu serta sanak-saudara. (Aman damai la hendaknya dia bersama isteri-isterinya...Amiiinnnn)



9 comments:

sue cipot said...

banganggggggg sgt2.. aku rasa nak sepak kepala pak cik xsedar diri nie.. kan bagus kalo dia azam nak buat amal ibadat, nak p haji, nak sedekah amal jariah..cara ckp pon cm org sanggap... kalo aku jd ank pak cik ni malu weh..
syukur alhamdulillah ayah aku jenis manusia sedar diri.. ayah sllu ckp kubur kata mari rumah ckp pergi..

Adzra a.k.a DoOrDie said...

Sabo Cik Sue...sabo..bwk2 bertendang...nasib le bukan kamu yang dea ajak nikah weih!ehehehe...

Auwww...Rela ke yu?

Si Tukang Karut said...

hehehehehehe...sebenarnya mama rasa kalau depa mampu serta berlaku adil tengok tu depa menyediakan keperluan keluarga dengan adanya sebelas rumah berderet...

...amat membanggakan...dapat payung emas isteri-isteri depa...syurga yang....alhamdullillah

mama mmg kagum gan keupayaan depa ini...

Adzra a.k.a DoOrDie said...

tol gak kata mama tuh...daripada depa2 nih main kayu tiga...atau main belakang..ooppssss!baiklah dea halalkan apa yang patut...

sue cipot said...

mmg lah bagus sbp dia mampu dr segi zahir & batin.. semua kperluan isteri di sediakn seckupnya... but yg buat aku hangin tu cara pak cik tu ckp.. apa kes nak ulang2 nak anak 40.. then siap ckp buat snaman lipat pingan mangkuk segalak? ayat pling xleh hangat tu " kalo buat snman ni isteri s'org pon xckup''
cm giler sex tau x?.. geli tau x... mintak amponn la..

Adzra a.k.a DoOrDie said...

part tu pon i setuju yu....niat dea nk berkongsi maklumat je tu..anggap la begitu sedanaya...nasib dea kata sorang isteri tk ckup...kalau dea kata...sorang wanita? lagi horror baca!

ukur bahan : quantity surveying said...

dok bising kenapa?
poligami adalah halal dlm Islam.
Daripada suami berZINA dgn wanita lain...lebih baik berpoligami. Boleh rehat sikit..
Cuba tengok dari sudut positif.

DoOrDie said...

takda sapa pon yang bangkang yang poligami memang HALAL dalam islam.

tapi, berapa kerat lelaki2 yang berpoligami dapat berlaku ADIL seperti yang dituntut dalam islam.

Andainya tak dibenarkan kawin, mereka nak berZINA. adakah itu bermaksud, perkahwinan itu hanya untuk SEX semata2?

azzad said...

bagus bini2 dia. kalaulah semua pompuan di dunia ni macam depa, harus tak dak bayi2 kena campak merata2. itupun kalau dapat laki yang bagus macam wak tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...