Friday, June 20, 2008

My Neighbour ....Who?


Rumah teres...Rumah banglo..Kondo...Flat...Macam2 jenis rumah ada dalam donia (pinjam style MamaMok) kita ni. Terpulang pada tahap kemampuan yakni $$$, keselesaan dan citarasa masing2 dalam membuat pilihan jenis2 rumah yang ingin diduduki. Itu pun belum kira samada duduk secara sewa, beli or free!

Kita nih hidup bermasyarakat (sepatutnyalah). Namun, ada juwe golongan anti-sosial which is obviously NOT me.Heheheh...Kan orang tua-tua kata,"Berkawan biar ramai, Musuh jangan dicari". Maka Cik Kuntum pegang la juga konsep tuh. Kalau dah rasa tak suai tu, wat derk je la...Pandai2lah bawak diri dari terus dok ngadap dan kena maki. Tapi, cuak juga rasa hati bila terfikirkan perkara yang satu ini. Dalam ramai2 antara kita ni, kenalkah kita pada jiran2 kita? There was a saying yang mentioned, jiran nih patut dianggap seperti saudara. Ini kerana, mereka orang pertama yang paling hampir dengan kita dalam kehidupan seharian speshly kalau kita dirumah.

Dan ada juga hadis yang mengatakan (errmm....Cik Kuntum rasa cam khutbah Jumaat plak) yang mengatakan bahawasanya kita harus mengenali sekurang2 nya 40 orang dari kalangan jiran tetangga kita.Means dalam 40 pintu gitu. To be honest, Cik Kuntum personally rasa yang Cik Kuntum masih belom cukup memenuhi tuntutan itu. Tapi kalau 40 orang dihitung dalam skala yang lebih besar dalam area penempatan rumah Cik Kuntum ni, insyaallah cukup barangkali. Ermmm...Apa kes dengan orang2 yang duduk kat kondo? Bukanke golongan nih mementingkan privasi. Adakah mereka mahu mengenali siapakah gerangan dibalik pintu unit sebelah? Untuk mereka di rumah banglo yang sarat dengan CCTV dan sekuriti penjaga pintu, mahukah meraka mengenali siapa jiran mereka?

Kalau diikut-ikutkan design / rekabentuk rumah dalam negara kita nih pon rata2 berpagar segalak (ikut MamaMok lagi!). Nampak sangat awal2 dah ada penghalang, pendinding diri. Camna nak mesra2 alam? Tak macam kat kampung zaman dolu2. Biarkan pintu nganga pon takda sape kisah. Sekarang nih chill kat Warong Tok Ketua je yang ok. Tok takde pon, kita gerek je layan melantak!Namun, mungkin kita punya sebab peribadi untuk tidak mengenali jiran sendiri. Maklumlah, manusia dilahirkan pelbagai dan selalunya lebih banyak tohmah daripada hujah! Tak begitu? Realisitiknya, jiran hanya pada nama bukan lagi sebuah ikatan / hubungan yang mempunyai kepentingan.

Maka, Cik Kuntum telah terfikir akan satu persoalan. "Bersediakah kita untuk menemui ajal dalam keadaan berseorangan dan hanya ditemui 2 atau 3 ari kemudian?" Itu pun maybe lepas jiran (yang mungkin tk pernah bertegur sapa) mula terbau bau yang kurang menyenangkan. Jadi bagaimana ya, bersediakah kita?



2 comments:

Mademoiselle Cynicleopetra said...

skrg manusia lebih menjaga harga dari menjaga hati sesama insan...

mama mok pun belom sedia untuk mati...masa byk dosa...

Mademoiselle Cynicleopetra said...

harta*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...