Tuesday, February 08, 2011

:: Lipstit Merah Y'All ::

"Sister, sister! Abah upload gambar you kat Facebook!"
"Dah tu kenapanya?"
"Gambar tu you pakai lipstit merah giler!"
"HAH?!"

Ok fine. Lipstit memang warna merah. Merah hati, merah jambu, merah cili, merah stroberi (eh ada ke?). Tapi bila warnanya merah GILER,itu sudah cukup untuk menyebabkan cK jatuh dalam kelompok fashion victim. Cuak kejap. Dengan gigihnya, cK cari balik gambar tu dalam mukabuku Dekdek.

Rasa macam nak pengsan pun ada ok! Tapi cK buat2 control cun jelah kan. Sapa yang tak pernah terjebak ngan kes salah make-up ni? Apatah lagi bila mula2 belajar pegang berus ngan liptsit Avon tu. Sure tenyeh selagi boleh la kan. Tu yang sampai menyala merah sebbatu dah nampak. Pendek kata, boleh buat konpius antara bibir ngan trafik light. Miahahaha...

Yang pasti, cK nak buat penegasan kat sini yang bahawasanya time cK disabotaj dengan aksi yang sebegini rupa, ketahuilah kamu yang lip gloss masih belum ada dipasaran Malaysia. Iye, betul. tak caya sudah. Memang jenama lipstit paling fofuler time tu Avon la kan. Dapat pegang, beli seketul lipstit tu rasa cam pegang emas ye kawan-kawan. Automatik feel dia lain. Rasa macam diva i tell you! Aku ada lipstit Avon, ko  ado?

Kalau tak silap cK gambar ni diambil time majlis pernikahan yang berlangsung 5-6 tahun sudah. Lipstit merah memang sangat hot ye time tu. So, korang tak payah nak kutuk banyak2. Sampai sekarang ni pun ada je artis2 baik dalam ke luar negara yang duk rajin calit lipstit kaler merah GILER tu. So, obviously im not a follower but i see myself as the trendsetter. Boleh?

Inilah dia gambar yang jenggo itu. Jangan gelak. Kalau tak, entah. Bukan boleh buat apa pun. Korang jauh. Nak sumpit pun tak sampai. So apa lagi tunggu?Mulakan eksesais mulut korang, gelak sampai kejong. Tapi ingat! Sapa2 yang gelakkan orang lain tu, nanti Tuhan marah taw. Ha ..ha...tak tawu! Lantak korang!


p/s: Weih, agak2 la kot nak gelak. Over kot! Sentap mak nanti!

3 comments:

Nabil Aizat Abdul Rahman said...

Haha..semua orang ada gambar2 lama yang rasa macam xnak upload je kan..tapi best kot tengok balik gambar2 lama ni bila dah tua...nanti gelak sorang2 bile going down the memory lane..

yaya|azura said...

Miahahahah..... i blom pernah ada liptit merah. ;)

DoOrDie said...

bung beyl : Tua? Apa tu? My age just stop at 24.Lalala~!

Yaya : oh...sungguh tak cool okie. i kena sabotaj. #nanges

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...