Tuesday, February 08, 2011

:: Gol 5kali = 2.5 Juta ::

Pagi-pagi cK gigih baca online news pasal penjaring terbanyak Piala Suzuki. Ni apa yang cK baca paling awal :

http://www.nst.com.my/nst/articles/1rf1w/Article/
 Sah Safee akan menyarung jersi Pelita Jaya untuk tempoh setahun lamanya. Cuma cK agak kurang faham dengan rasional untuk Safee menerima tawaran itu selain dari wang. I'm not a big fan of football. Dan cK bukanlah yang jenis beria sanggup bersengkang mata atau berasak-asak ke stadium dan mamak untuk menonton Liga Super, EPL atau World Cup. Kalau orang ajak, cK pergi. Kalau tak ajak, cK dok umah. Maka, cK mungkin tak layak nak komen hal-ehwal bola ni tapi being me yang super kepochi, i have to let this thought out somewhere before end up tension tak pasal.

RM2.5juta tu agak tinggi nilainya dan pasti sukar ditolak oleh mana2 pemain atau kelab-kelab negara kita. Fine. Tapi Pelita Jaya menduduki tempat ke 15 daripada 15 pasukan yang bertarung dalam Liga Super Indonesia. What does that mean to you? Corot. Ya, dalam kebanyakan laporan berita memang perkataan corot kerap digunakan untuk menunjukkan betapa 'hebat'nya Pelita Jaya. Kenapa tidak ke Persib Bandung yang lebih gah itu?

cK dah highlite para yang agak mengganggu cK. Despite being corot, Pelita Jaya are known for signing big names for their team. Banyak betul duit dorang? And now, they have our Safee and hope he can motivate the rest of team members. I'm a bit skeptical on this. What happen to the rest of the 'big names' they've signed before? Haven't they make it big? Or does the team pull those people down? Atau mungkin their level of corot is not as bad as our corot? Oh, sungguh emo. 

cK boleh terima konsep 'knowledge transfer' yang cuba FAS atau FAM pertahankan bila membenarkan Safee bermain untuk liga luar. Tapi bagi cK, kan lebih elok jika dia dapat 'mencuri' ilmu untuk dibekalkan pada rakan-rakan lain di tanahair instead of menyalurkan segala skillnya pada dunia luar. Sharing is caring, i know. But there should be give and take, and by that it require more than just $$$. 

Nak main bola ni, bukan boleh harap pada satu tonggak semata. Nama pun pasukan. Kena tengok pada coachnya juga. Bariskanlah pemain-pemain handal dunia sekalipun, kalau cK yang jadi coachnya mau tak ke mana team tu. Tapi cuba tengok King Raja kita, bersungguh mengasah bakat dan menyusun strategi untuk anak-anak didiknya. Naahh..sekarang dunia dah mula kenal kita. 

Dapatkah Safee mengembangkan bakat dan menajamkan skillnya di sana? cK harap dia dapat jaga reputasi diri dan negara sewaktu berada disana. Jangan pula nanti ada yang terjerit-jerit nak ganyang Safee, butakan mata ngan laser dan bawa penyapu segala. Takde semangat kesukanan betul. Nyampah i.

Untuk kita-kita ni, mohlah sama-sama tengok last match Safee bersama skuad Harimau Malaya menentang Hong Kong pada 12 Februari ni. Dua hari lepas tu, dia dah kena gigih practice ngan jiran kita disamping  4 kawan2 international yang lain Yuichi Shibakoya dan Tomoyuki Sakai (Jepun), Walter Brizuela (Argentina) dan  Dramane Coulibaly (Mali). Iya-iya, ngak apa2 kok!

2 comments:

yaya|azura said...

kut ye kuih tepung pelita pon sodap. RM2.5juta boleh beli berapa ketul ek?

DoOrDie said...

mencari2 kaitan komen ni ngan entry. oh...2.5juta! depends...mungkin leh beli banyak kalau pakai pandan ngan santan je..tapi kalau pakai emas? hish...seketul je la kot?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...