Tuesday, March 16, 2010

:: Kuiz Tentang Hidup ::

1. Dimanakah orang yang busuk hati sering ditemui?
a. Di pejabat swasta, kerajaan, semi gomen
b. Di kawasan sekitar rumah
c. Di dalam pengangkutan awam
d. Di mana saja pada bila-bila masa

2. Mengapakah mereka ini busuk hati?
a. Mereka lupa nak spray perfume kat hati masing-masing
b. Dah terlalu lama hati dorang penuh ngan agenda jahat hingga busuk lagi bernanah
c. Tiada kehidupan yang aman damai dan mententeramkan
d. Tidak dapat menerima kenyataan akan kelebihan orang lain 

3. Apakah ciri-ciri fizikal orang busuk hati?
a. Mereka tua, berbau, suka cakap kuat-kuat, ketawa berdekah-dekah sambil 'hujan' air liur
b. Tak berapa tua, tak berapa muda, suka ketawa mengekek-ngekek untuk perkara yang tidak kelakar
c. Badan bulat-bulat, telinga capang, mata terbeliak, hidung kembang
d. Sukar dikesan kerana mereka datang dalam pelbagai bentuk dan amatlah senang berubah keadaan

4. Bagaimanakah kita dapat mengesan kehadiran orang yang busuk hati?
a. Bila dia datang dekat, semua orang lari
b. Bila dia buka mulut, pokpekpokpek semua orang buat derk
c. Bila dia hantar email, dengan senang hati orang terus drag ke "Deleted Item"
d. Bila dia senyum atau melintas, semua buat2 tak nampak

5. Apakah rawatan paling sesuai diberikan pada orang yang busuk hati?
a. Bagi renjatan elektrik yang manja-manja biar otak dia kembali normal
b. Korek biji mata dia, rodok perut dia, pehtu tinggalkan kat mana-mana
c. Cabut hati dia pehtu rendam dalam clorin untuk 8bulan, tengok dia leh tahan tak
d. Takyah buat apa-apa kecuali buat tak tahu je

Panduan Menjawab:
A - Tahniah! Kalau jawapan korang banyak 'A', korang memang normal. Tidak ada yang pelik atau aneh dengan perasaan korang tu. Kita semua begitu.

B - Wow! Kalau jawapan korang banyak 'B', korang memang best. Korang memang mempunyai bakat semulajadi untuk berhadapan dengan golongan orang-orang busuk hati ni. Korang memang cool!

C - Ahah! Kalau jawapan korang banyak 'C', tabiklah. Korang memang best. Sesungguhnya korang memang sedar dengan kehadiran si busuk hati dan berjaya mengharunginya hari demi hari.

D - Boleh tahan! Kalau jawapan korang banyak 'D', korang memang tegar. Walaupun korang rasa nak tamatkan riwayat si busuk hati, korang masih waras dan meneruskan hidup seadanya.

Selamat Menjawab!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...