Friday, March 26, 2010

:: Mandi, Tak Dan...Makan, Tak Kenyang2...Tidur, Macam Takmau Bangun... ::

Ya! Itulah kenyataan tentang kehidupan saya untuk minggu ini. Dek kerana tahap tekanan yang agak melampau (seiring dengan suhu yang agak tinggi dan kurang menentu kebelakangan ini), saya turut sama terjebak. Ada yang kata tak berbaloi tertekan dengan kerja namun, hakikatnya pada tahap2 tertentu kerjaya...memang kita akan mengalami perkara tersebut.

Sindrom utama yang membuktikan tahap tekanan itu tentulah aturan makan yang agak bercelaru. Ini bergantung pada individu. Ada yang kurang makan, ada yang lebih banyak makan. Dan saya, tergolong dalam golongan yang kedua itu. Huhuhu. Segala benda yang terlintas kat tekak ni saya nak belasah rasa. Maka, saya rasa berat badan agak melonjak minggu ini. 

Mee kari ini memang sedap!

Bila balik kerja plak, rasa nak mandi punyalah malas. Kira macam 'bercinta' sangat-sangat. Bukanlah saya sayang sangat dengan bau semulajadi badan (yang wangi 24/7 ni) tapi, nikmat berlunjur di sofa yang empuk itu amatlah indah. Bayangkan lepas seharian bekerja memerah otak, patah kuku dek kerana menaip...sekali dapat peluang baring...fuiiyooo! Heaven wooo!

Dan baring tu, lelap mata plak..Ya ampun! Indahnya dunia wooo! Memang nikmat! Namun begitu, saya harus kembali berpijak di bumi yang nyata. Maka, saya akan kembali menguruskan diri ini untuk memudahkan jejaka-jejaka yang available di luar sana untuk kembali me'nekel' saya. Sekian.

2 comments:

MaK JuJu said...

che'gu sgt jeles nengok kesedapan mee kari bwh jambatannnn!!!! arrggghhh!!!!

Unknown said...

miahahahah..terbayang2 kesedapannya kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...