Ehem. Gila lama tak update aktiviti kat sini. Tak mengapa, janji FB saya masih bernyawa! Cewaaah! Ok, entry kali ni ada kait mengait ngan entry sebelum ni. Ya, bab makan-makan ni mana boleh miss beb! Hiks!
Dengan berbekalkan semangat waja, cK ajak Ayu, En.Isa ngan Emin memanjangkan langkah ke Mid Valley nun untuk menyantap Kenny Rogers. Sampai sana dalam pukul 7 lebih kurang. 7 malam yer, bukan pagi ok. Lepas solat Maghrib tu, dapatlah kitaorang membedal Quarter Set yang sedap itu.
Seriously, ramai orang lah! Masing-masing dengan baju merah. Macam-macam merahlah yang ada - merah cili, merah menyala, merah darah, merah jambu pun ada. Kiranya memang full house Kenny Rogers malam tu. Perasan juga status kawan2 dalam FB menceritakan hal yang sama. Sini penuh, sana penuh. Apa nak buat...Buy 1 Free 1 punya penangan, sapa tak nak kan?
cK sempat tanya kat staff sana, "Penat tak?". Jawapan yang cK dapat "Sikit lah.." sambil diiringi senyum sempul penuh makna. cK pun cakap lagi "Buat lah selalu ye camni?". Jawapan mesra "Oh memang pun. Setahun sekali lah tapi..."
Setahun sekali je? Iskk...takperlah..something than nothing. Kan? Nanti gwe roger2 lagi na tahun depan!
No comments:
Post a Comment