Orang selalu berkata tentang Hak. Hak suami, hak isteri, hak anak-anak dalam institusi kekeluargaan. Hak pengguna, hak asasi manusia dan macam-macam hak lagi termasuklah Hulk Hogan. Hiks. Ok, itu tak kira. Yang cK perhatikan kebelakangan ini ramai sangat individu yang salah gunakan hak yang ada untuk kepentingan diri sendiri.
cK bukanlah berniat untuk menghina jauh sekali untuk menghukum sesiapa. Mungkin coretan kali ini akan membuat beberapa hati terasa. Nak perjuangkan hak memang suatu perbuatan yang bagus andai ia tidak bertentangan dengan landasan agama. Itu yang paling utama, yang membezakan manusia dengan makhluk lain. Ya, akal untuk percaya bahawasanya kita adalah hamba pada-Nya.
Tak guna bersuara lantang jika apa yang kita katakan itu hanya terpesong dari agama. Dewasa ini ramai yang enak berkata-kata diatas kebenaran dunia dan ditolak mentah pegangan agama. Ia dianggap beban pada mereka. Kenapa? Kerana mereka melakukan sesuatu yang bertentangan dengannya. Ramai yang cuba berselindung disebalik hak seorang manusia dan memohon untuk diterima kehadiran mereka seadanya.Tidak mahu dipertikaikan atau dibandingkan.
Jika benar bagai dikata, mereka perlu sedar akan tanggungjawab seorang insan bergelar manusia yang dianggap khalifah di bumi pinjaman Esa.Sekaligus ini menyatakan, jika mereka hamba yang bertanggungjawab dan taat pada perintah-Nya juga ajaran para Nabi-Nya mana mungkin akan timbul soal terasa dtindas dan tidak diterima. Lumrah manusia menggunakan nafsu sebagai alasan utama untuk hilang pegangan dan tersasar dari landasan. Itu bukan sebab untuk ck, kamu, mereka berhenti memohon keampunan-Nya dan bertaubat sebelum terlambat. Mati bukanlah sesuatu yang boleh diduga bila datangnya dan bukan hak kita untuk menentukannya.
Berhentilah dari bercakap tentang perkara-perkara yang tidak memberikan kebaikan malah lebih membawa kepada keburukan yang berpanjangan. Ambil masa untuk menginsafi setiap kejadian dan jangan sesekali dengan bangga menyalahkan tuhan atas apa yang terjadi. Tidak, kamu tidak dilahirkan begitu. Setiap hari kita diduga dengan pelbagai situasi yang memerlukan pilihan dilakukan. Andainya tersilap membuat percaturan, kembalilah ke pangkal jalan.
Masih belum terlewat kerana sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment