Tuesday, March 01, 2011

:: Encek Ketam ::

Siapakah Encek Ketam?



Encek Ketam adalah satu spesis makhluk terancam yang sedang mengalami depresi gara-gara kepupusan. Mempunyai kelebihan bertutur secara lantang tanpa pengisian yang spesifik dan bermanfaat.Didatangkan  dengan perisian istimewa untuk menuding jari pada hidupan lain selain daripada dirinya sendiri. Mempunyai alahan dengan kerja-kerja berat yang memerlukan perincian dan perancangan mendalam.Tidak didatangkan dengan kapasiti berfikir walaupun untuk seketika. Tidak menunjukkan reaksi yang baik untuk aktiviti berkumpulan dan lebih gemar memberi arahan tapa memahami proses secara keseluruhan. Mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan jelas dan sering meledakkan hilai tawa tanpa sebab yang munasabah. Sering memperlekehkan kebolehan orang lain dan mengeluarkan kata-kata yang berbaur ugutan, hasutan dan kesat. Selain itu, Encek Ketam sentiasa mempunyai ilusi bahawa dia mampu berjalan lurus walau hakikatnya itu tidak pernah dan mungkin terjadi.

Notakaki : Encek Ketam tidak mempunyai rupa paras seperti Encik Crab dan dia amat memerlukan sekeping cermin besar untuk melihat dirinya yang bongkak itu. Sekian.

3 comments:

KitKet said...

eh eh.. lamanya mak xmasuk sini.. rumah sendiri dah bersarang serigala

Kimi Kay MS said...

wooo i like :)

Unknown said...

mamaket : selamat datang bertandang. first visit lepas i renovate kan? ngeee...

k1m1 : Thanks to him, i have now a new hobby that is to take him down bebeh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...