KK bukan Kuala Kangsar, tapi Kota Kinabalu ya kawan-kawan. Terus terang, cK bukanlah pergi bercuti kosong jalan-jalan sini sana. cK terlibat menjayakan kempen jalur lebar 1 Malaysia yang sibuk Uncle Rais canang tu. It is not a part of my current job scope , its more like a favor to a friend merangkap ex-boss. Disebabkan bz yang melampau, cK nak singgah Filipina market pun tak sempat! Kuciwa!
cK travel sorang-sorang untuk perjalanan dua hala. Namun, nasib tidak bersama cK untuk dipertemukan dengan mana-mana cik abang yang ada mutu, gaya dan unggul. Dua sebab yang menyumbang kepada perkara itu - 1) Flight pergi seawal jam 6.40 pagi. Siapalah yang tegar nak lepak LCCT time tu unless memang ada urusan yang giler penting. 2) Flight balik jam 8.10 malam yang buatkan kita nampak langit gelap je dan minta mata ditutup rapat2. Cumanya rasa kelakar pula bila jumpa orang KL juga kat airport sana. It was not planned at all. Apakah maksudnya itu? Miahhaha...Siapa dia biarlah rahsia. Kang kecoh je semua orang Malaysia. Ngee...
cK dipertanggungjawabkan mengawasi kelancaran perjalanan event highlight - lawatan orang kuat ministry dan agensi juga bengkel kesedaran jalur lebar. It was fun and tiring when the weather can be pretty much unpredictable. It can be sunny where the sun shine so brightly then the rain just pour down un-alarmed. cK ditugaskan untuk jadi nanny artiste. I think i'm ok with the arrangement. Untuk hari pertama, cK salute penari2 kebudayaan yang tegar menari walaupun hujan renyai dan rasa lega bila Dafi & Farah naik pentas, cuaca 'beri muka'. Dan hari kedua, Abu Bakar Ellah rilek menyanyi, nari dan berinteraksi tengah panas dek kerana stage tidak berbumbung. Alhamdulillah.
Perkara yang paling cK tak boleh lupa di KK adalah bila cK terpaksa tawaf segala shopping complex yang ada (termasuk kedai2 dan bazaar) bersama kontraktor perempuan yang gila-gila demi mencari reben merah untuk acara pembukaan. Dah la penat cari reben, kena plak cari kedai nak gubah reben tu. Sungguh tak sesuai! Rasa nak pengsan naik turun tangga, eskalater, lif segala.
Lagi satu pasal caterer. Orang dah nak abis tour, dia still gedik nak hidang makan. Pergh! Sebagai pekerja yang berdedikasi, cK pun terus jadi banquet staff secara serta merta. Hidang makanan beria untuk VVIP. I must do it quick, or else the company's reputation will be on the line. They wont blame the caterer but they will blame the one who engaged the caterer. Thou its not me to blame, but i hold the responsibilities to ensure things are running smoothly and the guest dapat makan dengan aman. Fuuuh!
Apa pun, cK rasa selesa di KK. Orang orangnya ramah belaka. Tak menyombong walaupun ada waktunya bahasa membataskan pergaulan. Makanan memang heaven. Sempat cK belasah butter prawn ngan sizzling beef yang sedap selepas berpenat lelah. Ingat hati nak singgah JP layan nasi ayam penyet yang diwar2 marveles itu...tapi masa dan cuaca mencemburui cK. Next time lah ye?
Still, ianya trip yang penat tapi berbaloi. Dengan tiket, makan, hotel ditanggung dan dapat pula duit saku. Apa lagi perlu untuk cK bisingkan. Tak gitu?
No comments:
Post a Comment