Kisah Rokok :
Semalam keluar kenyataan yang mulai Jun 2010 hanya rokok berpek 20 batang sahaja yang akan dijual dalam negara. Langkah ini diambil untuk menggalakkan amalan kesihatan di kalangan penduduk negara kita. Kiranya pasni cik abang2, pakcik, atok2 dan akak2 kita takleh la merasa nak beli rokok 7 batang, 14 batang dah.
Tapi, berjaya kah konsep ni dilaksanakan ke perokok tegar? Dah kalau selagi ada rokok depan mata, dorang dok hadap hisap sampai paru2 itam...Lagi lah berkotak2 kot kalau pek 20 je jual. Cane? Erm...rasional lain, baik kata cik Arief dalam my FB comment langkah ni boleh membantu menaikkan ekonomi negara. Pasal apa? Pasal rokok kan ada tax. The more they buy, melantun la revenue negara. Sapa yang untung? oh...sudah tentu lah orang gomen yang tak pernah tak dapat bonus tu kan.
Personal Thot : Jual je pek rokok 7 batang dengan harga 20btg. Bley?
Kisah Gula :
Rata-rata semua dah dengar pasal penarikan subsidi gula. So, silalah jangkakan penaikan harga ya. Dah la sekarang ni stok susah nak dapat (nak nyer bila time ada perayaan), ni dah naik harga plak. How? Jangan sampai ada kategori gula premium ngan gula biasa plak nanti. Auw! Kalah minyak u!
Again, langkah ini turut tempias pada amalan kesihatan masyarakat kita. Kurangkan gula dalam makanan, lebihkan gula dalam senyuman. Cewaah...konsep nya. Next time kita gi mamak pekena teh tarik, jangan komplen ya kalau kurang manis. Its either naikkan harga or, kurangkan bahan.
Personal Thot : Minum air suam suda. Lebih elok untuk pencernaan. Itu pun ada sesetengah tempat cas 20 posen. Nak cover duit gas kot?
Kesimpulan :
" Merokok meningkatkan risiko sakit jantung serta stroke karena nikotin akan membentuk daya tahan terhadap insulin, sehingga menimbulkan kondisi pra-diabetes"
Tak kisah la korang ni perokok tegar or sugar junkie...dedua leh dapat diabetes. Dedua leh jadi tak sihat. Abis tu apalagi? tak reti2? Buatlah apa yang terbaik untuk diri.
No comments:
Post a Comment