Thursday, August 28, 2008

Restoran Bawah Jambatan

Morning Sumer! Harap2 u ols sume dah bersarapan pagi la hendaknyer. I just did. Almaklumlah pagi nih kebzan melanda Cik Kuntum. Maka lewat la kuar makannya. Memandangkan lokasi oopis Cik Kuntum yang terletak kat tengah2 kotaraya metropolitan ini (cewaaahh!), ada la few places yang bole dituju untuk melunaskan hasrat makan2.

Walaupon kat opis ni ada kafetaria, tapi kot ari2 balun makan kat situ..Borink la juwe. Memandangkan minggu depan dah puasa, makanya kitaorang pergi la jalan2 cari makan. Hasilnya, sepakat sarapan kat RBJ - Restoran Bawah Jambatan.

~Pemandangan dari bawah flyover~

Kat mana? Korang yang tahu jalan2 dalam KL ni sure pernah dengar Bulatan Syed Putra. The one yang bole menuju je Masjid Negara, stesen Keretapi Tanah Melayu or else boleh juwe menghala ke Pudu dan Loke Yew. Kat situ ada flyover. Atas kereta lalu tapi part bawah flyover, manusia makan minum.

Speciality? Mee kari (buh kerang) yang enak, according to my boss la. Sebab Cik Kuntum tak makan kerang tapikan bau Mee kari tu memang nyaman jek! Ada kedai kopitiam cina yang mana aroma kopinya ala2 Old Town gitu.

~Menu pilihan Cik Kuntum~

But then, pilihan utama Cik Kuntum adalah Roti Canai banjir + Teh Ais yang memang kaw giler! Salute beb! Kuah dhal yang pekat tapi lazat!Maka itu la sarapan Cik Kuntum pagi ni. I am a simple person ok!Dun complicated my perot. Hahaha! Or else, i will end up buat lawatan ke Cik Jam Ban jerk..Tobat tamaw!

~Tanda harga & senarai makanan~

Ha...yang ni signage untuk makanan & minuman yang ada. Yang tak boleh layan tu, adaker burger masuk dalam kategori minuman? Pehtu Roti John ada kategor panas / sejok? Kot yang panas tu baru buat kot? Hak yang sejok tu mungkin yang awal pagi or semalam punya? Itu macam ka? Hik hik hik...Takde hal la tu. Masing2 dah cerdik so sendiri pikirlah.

Sapa2 yang rasa nak buat lawatan tu sila2 la ke gerai2 yang berkenaan. Ampun Tok Ketua, Cik Kuntum makan bawah jambatan. Kedai tok nyer roti canai cepat naw abisnye!Kempunan i!eheeheh!

2 comments:

sue cipot said...

mcm best jer ni.. cik kuntum jom esok kite bekpes sama2

Unknown said...

eh ehh...cek siput opis kat ner?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...