Sunday, January 02, 2011

:: Jalan2 di Ikea Itu Biasa, Berkaki Ayam di Ikea Itu Tidak ::

cK bukan cuba untuk mencuri identiti penyanyi remaja wanita yang popular, Elyna yang sangat terkenal dengan 'trademark' kaki ayamnya. Bukan niat cK juga nak cari publisiti murahan. Semuanya bermula bila Mama suarakan hasrat nak berjalan-jalan di hari pertama tahun baru. Gigih berbekalkan voucher Metrojaya yang cK terima hasil cabutan bertuah masa 'family day', cK bagi cadangan untuk ke the Curve. Siapa tahu mungkin cK boleh rembat sehelai dua baju atau pun handbag yang cun. 

Dek kerana mementingkan keselesaan, cK pilih untuk pakai flat shoes. Senang sikit nak berjalan. Kalau pakai heels, mau merangkak cK nanti. Maka, bermulalah perjalanan untuk tawaf di the Curve. Tengok kasut, tengok baju. Sehelai baju tu agak cantik dan harga lepas diskaun RM97.83. Mungkin ia dijahit menggunakan benang emas dan berbutangkan permata. Saya tak perlu itu semua. 



Kekecewaan berterusan bila saiz kasut tidak dapat mendampingi saiz kaki 10 cK. Design cantik, warna menarik tapi sayang saiz setakat kaki wanita asia. Entah bila agaknya pengilang kasut akan sedar betapa wanita bersaiz kaki seperti cK juga punya kuasa membeli. Secara amnya kami akan perlu membeli dengan lebih kerap kerana tumit kasut yang setoet itu tidak mampu menampung ketumpatan jisim badan kami. Maka, sila lebih peka. 

Dah habis tawaf Curve, kami pergi makan kat mamak taraf Bistro yang ambil pesanan pakai pda. Kelas! Lepas tu sambung perjalanan ke Ikea. Ok, cK tak pasti korang perasan ke tak tapi Ikea adalah satu tempat yang penuh godaan. Dah lah kita kena pusing all sections, tahu2 bila sampai kaunter tu troli / bag kita dah penuh dengan macam-macam benda. Pendek kata, kalau iman tak kuat memang banyaklah RM yang terbang. Mama pun macam tu juga. Dengan gerak slow motion, Mama teliti segala apa yang ada. Dan disitulah cK mula rasa sakit kaki. Lupa nak beritahu u'ols yang kasut cK tu kasut baru. So, kasut tu 'menggigit'. Berdenyut2 rasa kaki.

Malu cK tolak tepi demi kaki. Selamba katak cK tanggal kasut dan mula berjalan kaki ayam dalam Ikea. Sorry folks, called me whatever you want. I love my feet more! Mula dari bilik tidur sampai ke kaunter check out cK berkaki ayam. Its comforting seh! Tapak kaki toksah cakap - confirm hitam! That's the first time for me to walk in a shopping complex on my bare foot. I've do it once and I have no issue to do it again. Haha!

Tak cukup lagi, kitaorang sambung ke Ikano plak. Nothing much pun kat situ. Ada sales sampai 80% tapi macam biasalah diskriminasi tentang size. XL pun macam segan2 je nak try. Dah rupa balut nangka. Tapi takpe, satu hari nanti pasti cK akan berjaya mem'bootylicious' kan badan ni. Korang tunggu je lah nanti. Dah penat jalan, balik rumah sambung plak acara makan malam. Kaki rasa macam nak cabut je. Paling kurang pun rasa nak rendam dalam ais kasi sejuk pehtu gantung. Esok pakai balik. 

And who say shopping is just a lost of money? You can be healthy too if you do it the right way. Just that, adik2 jangan gatal tak pakai kasut bila jalan-jalan. Nanti kaki masuk cacing. 

Salam.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...