Sunday, January 02, 2011

:: Bagi Cuti Salah, Tak Bagi Kang MC ::

Satu Malaysia dah tahu keputusan akhir Piala AFF Suzuki yang berpihak pada Malaysia dengan agregat 4-2. Sekali lagi cK ucap tahniah pada team Harimau Malaya tak kira pemain, jurulatih ataupun water boy. Mereka bukan saja berjaya menamatkan penantian yang sekian lama tapi lebih bermakna bila kejayaan mereka itu dikongsi bersama seluruh rakyat jelata bila Uncle Jib declare cuti Jumaat, 31 Disember.

Rata-rata update facebook, twitter dan blog golongan marhaen berkisar pada cuti menang bola. Macam-macam reaksi dapat dilihat. Yang berterima kasih, yang terkejut, yang tak berapa nak kisah sebab masih terpaksa bekerja dan ada juga yang mengutuk. cK? Secara peribadi, cK ok je. Terkenang zaman Tun dulu yang declare cuti bila kita menang Piala Thomas menentang...eh guess who? Indonesia! Dah macam dejavu plak. 

Apex 'hilang' dalam ni gambar daa...
Yang cK kurang berkenan bila ada yang sinikal dan rasa dia macam best bila keluar status-status kat bawah ni:

"Menang Suzuki Cup cuti sehari, Kalau World Cup mau sebulan". 
Seriously? Ni orang berpendidikan mana yang keluar statement camni. Negara kita ni bukanlah diperintah oleh orang-orang yang tidak berakal. Kalaupun dorang hilang akal dan umum cuti sebulan, cuba bagitahu company mana yang sanggup follow bulat-bulat? Mesti dorang akan buat bantahan sebab terpaksa bayar  sebulan gaji buta untuk pekerja ATAU mereka terpaksa berbelanja lebih untuk bayar gaji pekerja mengikut tariff cuti umum yang dua kali ganda dari gaji hari biasa. It wont be as simple as i 2 3 .Now tell me, will that one month off be practical?

"We gonna end the year with a holiday n start the new year with another holiday. How productive is that?"
Ok, mungkin korang ni sangat produktif orangnya. Tapi, orang yang produktif pasti bekerja 'around the clock' dan apabila dapat cuti terpijak macam ni dah kira macam dapat durian runtuh. Takkanlah dorang nak tolak? Tol dak? Agak membanggakan juga bila ada rakyat jelata yang bersungguh memonitor kadar produktiviti mereka demi memastikan syarikat dan negara dapat mencapai KDNK yang significant. Kalau produktiviti itu dihitung berdasarkan cuti semata-mata, cikgu adalah satu profession yang paling tidak produktif. Cuti sekolah, cuti hari sukan, cuti hari peristiwa, cuti hari guru - banyak ok. Yet, kenapa kita tak suruh kementerian wajibkan cikgu2 untuk melapor diri ke sekolah seperti penjawat am yang lain walaupun cuti sekolah? Elok je kita hantar anak2 kita pergi sekolah tanpa rasa was-was. Dang!


"Would u rather a govt who gives u holiday or one that ensures ur good prosperous future?" 
And...would rather to have a govt who squeeze and used you till the very last drop of your blood? Big NO isn't it? Aiseh, takkan bab cuti yang sehari ni pun nak dipolitikkan juga? Kering idea betul. Kenapa korang tak memekak bila Kelantan dapat cuti time menang bola itu hari? Itu baru peringkat negeri, yang ini..peringkat asia weih.  Apeda.


Sebab itulah ada pepatah yang mengatakan "Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima".  Manusia tak pernah puas dengan apa yang diperolehinya. Bagi betis, nak paha. Bagi peha, nak dada. Opps!Anyway, opis cK dah bagi green light untuk replace cuti cK but to be utilized in January. That's fair enough. Lebih baik daripada hangus begitu saja. Speaking of office, esok adalah hari pertama bekerja untuk 2011. Moga segala-galanya berjalan lancar, insyaallah. Jom gosok baju, kunci jam dan bermimpi.

Salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...