Dengan semangat ngeblog yang sedang membara ni, maka eloklah cK ambil kesempatan tang mana yang patut untuk buat movie review.Sebagai tanda sokongan dan cinta yang meluap2 pada produk tempatan, cK mulakan review untuk cerita Mentera dulu.
Jalan cerita dia simple je. Semuanya pasal dengki, khianat dan ilmu hitam. Barisan pelakon filem ni pula, muka baru kebanyakannya. Kalau ada yang cam senior sikit pun, dorang lebih banyak berlakon drama instead of film. Keseluruhannya filem ni OK-OK je. CGI yang cantik especially time 'menurun' dalam penjara Pudu. Naik jap bulu roma. Still, cK masih tak faham kenapa hero cerita ni perlu ala-ala nude gitu. Over tau!
Lagi satu yang tak boleh blah...bila terkenangkan dialog heroin cerita ni "Abang....Abang...." dari awal sampailah habis diulang-ulang. Mungkinkah dia ni susah nak hafal dialog yang panjang2? Atau wujudnya dia dalam filem ni sebenarnya hanya tempelan semata-mata? First timelah juga rasa macam nak baling je tin air tu kat skrin sebab heroin dia ni lampi (lambat pickup) . Geram ok!
Pengajaran yang boleh diperolehi lepas tengok cerita ni ada few lah kan. Antaranya - jangan amalkan ilmu hitam nanti korang jadi hitam ...errr...i mean, internally lah..bahasa kiasan yang bermaksud nanti korang jadi jahat. Then, betapa lemahnya manusia apabila ia berkait dengan orang yang tersayang hingga sanggup melakukan apa sahaja - halal atau haram.
Next, si GARAM plak. Macam biasalah, cerita-cerita dunia perisikan antarabangsa ni mesti gempak kan. Isunya masih pasal loyalty, kawan makan kawan pehtu nak last2 tu baru nampak twist dia. Tak susah sangat korang nak paham cerita Angie Jolie ni cumanya korang mungkin tertipu kejap lah. Ala...kejap je pun, tak lama.
Apa yang cK suka ngan cerita ni? The fiction fact that Angie is so fit for just about anything. Dah bengkak bengkil. calar balar, darah2 tapi still tough ok. Nak la juga kot ikut jejak langkah belasah orang sesuka jiwa raga tapi apakan daya, takde cikgu yang sudi nak ngajor. Huhuu...
Oh ye..on the personal notes - i dont like Angie in blonde. Terasa aneh ok. Its like watching a bimbo yang giler expert. It just don't jive. So, back to black color..memang kinda sexy and yes, jiwa kental. Tu cK suka giler. Yang tak suka lagi - mamat yang jadi hubby Angie tu. Apakah? Ok ok...it make sense la kot with the Beauty and the Beast concept. Fairytale je ada couple yang hensem ngan lawa. So, cK terima je lah kenyataan tu.
Deep down, i believe that there will be a sequel for the movie. Tak mungkin kot ending dia camtu je. Mesti ada punyalah. My next list would be hurm...let see...ape eh? Harry Porter kot? Jangan Pandang Belakang Congkak 2? Har har har....Tunggguuuu.....
No comments:
Post a Comment