Dia kata "Boss, nak minta advance buat belanja raya untuk anak-anak".
Dia mungkin niat "Ni kalau dapat advance ni, boleh la tukar rim 17" gold kaler. Pehtu bagi sikit kat bini buat beli perabot, tukar langsir apa patut".
Dia kata "Boss, kalau boleh nak minta advance lah nak buat belanja anak-anak nak masuk sekolah"
Dia mungkin niat "Dah dapat advance ni, boleh la gi holiday. Gi Bukit Tinggi ke, Cameron ke. Janji jalan!"
Ok Ok. cK mungkis bias dalam hal ni. Tapi, sesungguhnya ia sesuatu yang amat muak untuk didengar, dibaca setiap tahun. Minta advance bukan sikit-sikit plak tu. Nak seribu dua. Susah sangat ke orang-orang Gomen ni nak menyimpan? Atau dorang ni memang jenis suka meminta-minta sepanjang masa?
Ni nak bagi peringat sikit kat semua. Tiap-tiap hujung tahun, budak-budak akan cuti sekolah lepas tu awal tahun anak-anak akan naik darjah. Tiap-tiap tahun juga lepas puasa sebulan di bulan Ramadhan, masing-masing akan menyambut Hari Raya tak kira puasa penuh atau tak. Bukan sesuatu yang diluar jangkaan kan? Semuanya dah boleh diduga dan dibuat belanjawan. Jadi, kenapa korang tergedik-gedik nak minta advance?
Jarang plak kita dengar dorang ni minta advance sebab masuk hospital, nak buat kenduri arwah ke apa kan. Balik-balik mintak advance sebab nak bersakan. Duh! Kang bila dah dapat advance tu, mula la kecoh pula nak bonus, kenaikan gaji baik yang melintang, menaik segala. Tapi bila waktu kerja, ramai betul yang menyerong. Patut ke?
Perkhidmatan pelanggan masih ditakuk lama. Kau tolak aku, aku tolak kau. Kalau sampai kat kaunter tu, nak senyum pun payah apatah lagi nak mesra pelanggan kan? Bab-bab duit ni memang sensitif ya. Kalau korang punya perfomance tu setimpal ngan bonus berbulan yang korang dapat tu takpe gak. Ini tak.
Tolong cermin diri ya abang akak Gomen.Kalau rasa tak mampu nak bersakan, cukuplah seadanya. Tak perlu semua nak serba baru dari pangkal rambut sampai hujung kuku kaki tu. Belajar menabung dan bersyukur dengan apa yang ada.
No comments:
Post a Comment