Cerita ini adalah berlandaskan kisah benar. Tak ada satu pun part yang tipu atau bohong. Nak kaborkan sikit ni, last week cK sempat join marathon-sendiri-bikin. Mana taknyer, kena berlari beria mengejarkan Putra nak collect tiket SALT punya pasal.
Tiket tu dah booked for 9.30pm tapi haruslah kena collect 45 minit sebelum kot means before pukul 8.45pm lah. Nak jadikan cerita, cK balik keje jalan2 menten pegi LRT Pasar Seni tanpa rasa bersalah nak naik tren pukul 7.45mlm. Kira-kira ada sejam lagi. Plus, it takes only 20 minutes to get to Wangsa Waju. Sempatlah makan minum segala bagai kat Wangsa Walk tu.
Sampai je kat LRT Pasar Seni, tengok ramai benor orang pakat turun dari platform. Eh? Aneh la ni kan. Pehtu dengar orang sok sek sok sek "LRT stuck kat Jamek, dah dekat sejam dah". Dem! hawau tol. Dalam banyak2 hari, apa kekdahnya dia nak rosak hari ni. Pilih lah esok ke, lusa ke. Aiyo!
Otak berputar pantas. Dup dap dup dap bunyi jantung. "Camne nak sampai Wangsa Maju on time ni ah?". Nak amik cab time2 camni, wajiblah berhengget2 dia charge kan. Isk...Gegar jantung weih. Maka, buat julung kalinya dalam tempoh masa 10 tahun...satu rekod baru telah tercipta! Korang kenal apa menda ni?
Tu dia! Sambil2 cK gelabah cari bas Rapid, dengar dengan lantang suara abang Metrobus "Wangsa Maju! Wangsa Maju!". Dengan muka separa sexcited, apa lagi..Hop in la kan. Ngeh ngeh ngeh. Minta ampun minta maaf ye kaklong kak chik...tak merasalah cK nak duduk pun. Kena lah berdiri. Kerok2 wallet nasiblah baik ada duit kecik. Kalau tak, mahu malu kena halau dek konduktor. Tragis!
Rasa aneh gila dah lama dan berhimpit2 ngan manusia yang bercampur ngan bau2 hapak ketiak, debu2 jalan. Oh, sungguh poyo! Kira setimpal ngan tambang lah pun kan RM1.90. Huhu. Its an experience but not something i look forward la kan. Cuma yang best tu cK dah ada alternatif lah nak balik kot Putra buat hal lagi. Takdelah nak suh Mama datang to rescue ngan Mohd Noor Wira tu.
Another memorable moment for year 2010! Plus point - i share it with people that matters. Meow!
No comments:
Post a Comment