Tuesday, August 17, 2010

:: Apa Benda Yang Kau Taip Ni ? ::

Bila seorang kawan cK menulis satu update yang berbunyi begini :



Maka, dengan senang hatinya cK mengaku bahawasanya "Ya, saya mempunyai masalah yang sama!".

Tak tahulah korang macam mana pula. Mula-mula kita cerita pasal bab memendekkan perkataan. cK rasa bahasa dan ejaan cK dah agak dahsyat dicantas sini sana - terutamanya ketika ber'sms'. Tak sangka pula ada yang lebih tegar caras semua huruf-huruf vowel yang ada dalam setiap baris perkataan. 
cK ada satu habit tengok chat box kat 8TV malam-malam. Kadang-kala cK tengok @15. Yang tu lagi aktif. Naik juling nak faham maksud ayat yang dorang cuba sampaikan. SMS memang sepatutnya ringkas tapi mesti tepat supaya orang senang faham. Bukannya ambil masa dok tenung2 skrin hp tu dengan kening berkerut2 cuba nak faham mesej yang baru masuk inbox. Contoh:

Aq x brp ske ngn dye. Cb ko tgk dye 2.

What is that? Formula baru? Bahasa Iban? My oh my! Maksud sebenar ayat tu cumalah "Aku tak berapa suka dengan dia. Cuba kau tengok dia tu." Ha, amik ko. DIA  jadi DYE. Dan yang paling teruk,celah bedah mana AQ boleh bunyi AKU? Sadis betul. Agak-agak la kan kalah nak slash vowel tu. Ke tak kenal vowel tu menda apa? A,E,I,O,U. Faham?

Spesis kedua, yang jenis suka taip huruf kecik besar selang seli. Boleh tak agak-agaknya buat keputusan? Nak pakai huruf besar ke kecik. Ingat lawa ape huruf selang seli camtu? Tahulah korang leh je buat script untuk tulisan camtu but its a total annoying ok. Terutamanya kalau dorang combine penggunaan perkataan caras ngan typing beso kecik tu.

Aq B bRp SkE nGn DyE. Cb Ko TgK dYe 2.

Tak macam terencat ke korang rasa? The most extreme that i can think of bila nak pendekkan ayat tu cuma "Aku x brp suka ngan dia. Cuba Ko tgk dia tu". Still boleh difahami i guess. Why on earth nak eja CUBA as CB. Cash Book? Coffee Bean? Kalau YOU jadi U, ok lah. Not that bad. Tapi, ni dah sampai tahap mengarut. Silap-silap kang orang ingat mencarut. 

Lagi teruk kalau orang salah faham. Bila buh MRH orang ingat MARAH tapi rupanya MERAH. Mungkin juga ada yang fikir MURAH. Camne tu? Dahlah penuh SMS dengan bahasa rojak segala. Tak perlulah ditambah pula dengan penyalahgunaan bahasa yang melampau over nya. Keep it short and simple. Dah nama pun SMS. So tak perlu mengarang panjang lebar macam menulis buku cerita. 

Kalau nak cerita panjang-panjang gak, cuba belajar buka phone directory tu dan cari nama kawan yang korang nak cerita beria tu. Dah dapat nama dia, tolong tekan butang Call. Kebanyakan hp dia buh icon telefon warna hijau. Korang tekan, tunggu lepas bunyi "tuut..tutt.. tutt.." mesti kawan korang tu akan jawab panggilan tu. Tapi ada gak masa-masa tertentu korang akan dengar suara awek yang jawab "Harap maaf. Kredit anda tidak mencukupi". Jangan suspen, pegi topup dulu. Lepas tu semuanya OK. Peace.

2 comments:

B.E.Y said...

kak adzra...sgt stuju.. nyampah gile la org type ngn upper case and lower case.. rjn betul nk tekan 'shift' button..

DoOrDie said...

dia sakit otak la akak rasa. euuww!!! its happening again, tonite.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...