Sunday, June 07, 2009

:: Ku Tunggu Jandamu ::

"Biar Janda, Asal Terhormat"

"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh"

"Amin! Any plan ke malam ni?"
"Ha ha. So far takde la kenapa?"

"Buat plan untuk muvee la. Jom"
"Cerita apa?"

"Other than Terminator, ok"
"I dah tengok dah Terminator. Monster vs Alien pon dah. Nite at Museum?"

"Dah tengok. But ok la"
"Ok.."

Alih2 tu dah nak dekat kol 10 mlm, ada kejutan.

"We go Mines for movie"
"Boleh. U fetch and send both of us"

"Ok bole"
"Wat time nak jumpa? Kat ne?"

"Pick u guys at Ampang Point. 10"
"Ok. Cerita apa?"

"Ku tunggu jandamu. Best ok"
"What? Ku tunggu jandamu?"


Ha ha.. camtula lebih kurang perbualan sms kitaorang. So, off to the Mines layan movie kat sana. Bukanlah masuk dalam list cK pon cerita Indon yang satu nih tapi dah alang2 tu layankan aja. Kalau nak taw, kitaorang ni berempat. Dan total dalam panggung yang besor tu adalah 6 orang. So, layan gelak tak hengat la. Cerita dia camni:

Permohonan Persik untuk bercerai dengan suaminya Rozak telah diluluskan mahkamah. So, Persik pon pergilah membawa diri. Tapi, Rozak ni tak mahu lepaskan Persik sebab minah ni seksi banget dan selalu menjadi perhatian di mana saja dia berada.

Persik pegilah menumpang kat umah akak dia nama Cherry yang juga seorang janda. Dan di sana ada sorang ketua kompleks perumahan tu nama Ibu Rahmah yang sangat anti ngan janda. Anak Ibu Rahmah ni syokkan Cherry. Anak yang lagi sorang nama Tampan lak jadi mangsa buli kat high school.

Ada sorang g jiran, bermasalah ngan suaminya yang mengabaikan tanggungjawab rohaniah. Ada lagi satu group budak2 universitas tiga orang yang jadi jiran Cherry. Plus, jaga kompleks nama Yuno yang suka songlap pakaian dalam penduduk.

Berjayakah rancangan Rozak untuk mendapatkan Persik kembali? Dapatkah Persik membantu semua jiran2 menyelesaikan masalah mereka? Sendiri tengok!

Nota kaki :
  • Moral : Jangan prejudis kat janda or sesiapa sahaja
  • Untuk orang2 yang nak cuci mata, berbaloilah tengok cerita ni
  • Sila tonton tanpa mengharapkan mesej yang sangat berat kerana ianya hiburan semata
  • Rating 18PL ok!


1 comment:

Anonymous said...

cite endon sume lebey kurang je...
name pon indon,,,kontroversi byk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...