Monday, June 08, 2009

:: Potong Rambut, Londeh Dada ::

cK baru je baca satu blog entry from this one guy yang membicarakan soal ketidak seragaman pelaksanaan akta dalam industri seni negara kita. I have to agree on certain points, well almost all. Antara yang disentuh termasuklah isu2 di bawah ni:

1. Rambut panjang
Rasanya pengharaman artis lelaki berambut panjang ni telah pun ditarik balik. Way back masa isu ni hangat, Tok Mat sangat glamer. Sebagai group otai Search n Wings, dorang pon offer diri untuk dicaras rambutnya.

Nota kaki : Tindakan ini penting agar remaja terutamanya tidak akan simpan rambut panjang2 dan kelihatan seperti seorang kutu jalanan. Namun begitu, cK rasa sampai hari ni ok je Papa Rock rambut panjang. Tak penah cantas pon? Awie n Amy je yang cam jadi metrosexual berambut pendek selalu sekarang.

2. Buka baju
Yang ni sampai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Msia pon masuk campur. Gara2 bukak baju dan tepek uruf 'S' kat dada, si Pejal Tahir nih kena banned. Lama la juga. Kesian member. Tengah syok2 nak promo album yang baru kuar, langsung takleh kuar live show. Masa tu 8tv punya live show pon kena tempias. Terpaksa buat delayed telecast.

Nota kaki : Nak buka2 ni kena pastikan berada dalam kelompok muhrim saja. Bukan kat tengah2 orang ramai, lautan manusia dalam tv plak tu. Cannot! Kata orang-orang bijak pandai industri. Yang cK musykil, kalau dalam drama ada babak tepi kolam yang sah sah tak pakai baju tu, takde plak kena ban.

3. Majalah / media cetak
Yang ni, cK memang tak into la. I dont pay for Media Hiburan, Hai, URTV or majalah playboy Mesia, Mangga. Apa menda ntah yang dapat from there. A collection of gossip? Ok. Lagi? Or yea... soft porn medium? I bet! Gambar tepi kolam, kat party, tayang lurah, singkap kain nampak peha. Apa lagi? Yang ketat2, senteng2...aaarrrghh...is that fashion?

Nota kaki : Mungkin editor rasa pembaca mesti up to date ngan fashion terkini. So, semua fashion yang ada kena juga dibawa masuk dalam negara kita. Nanti orang kata gambar basi pula. Cuma, kalau camni takkan meracun minda dan akhlak pembaca ke untuk meniru cara pemakaian artis2 tu? Ohh..tak kot...sebab gamba tu tak gerak2.

4. Telemovie / drama
Ni lebih kurang majalah gak. Tapi versi live gerak2 la. Bole nampak la, lurah gegar2. Montot tonggek2 bila jalan. Plus, leh gak nak belajar cara2 body posture yang betol time nak ngorat. Yang penting, leh ah kita cuci mata tengok makhluk tuhan paling seksi nih.

Nota kaki : Macam mana nak educate orang-orang kita agar mempertahankan budaya, cara hidup masyarakat timur bila segala2nya sama dengan barat?

5. Filem luar
Seriously ada few film yang cK rasa patutnya ditarik atau diharamkan penayangan di Malaysia. Contoh paling recent, Ku Tunggu Jandamu. Gile seksi sorang2. Plus, penggunaan bahasa yang agak lucah diikuti perbuatan yang bole merangsang lelaki2 dan perempuan2 yang pervert. Kenapa masih boleh lulus?

Nota kaki : Cerita dalam negara - Dukun, Mualaf kena gantung habis2. Kononnya boleh memesongkan akidah. Abis tu babak2 berbaur sex dalam cerita mat salleh, jiran seberang tu? Apakes?

6. Radio tempatan
Dasar 90:10 untuk mengurangkan penguasaan pengaruh indonesia dalam siaran, kemasukan pengaruh dalam industri kita ni amatlah baik. Still, dalam dunia jalur lebar sekarang, tanpa promosi di radio artis masih boleh mengembangkan bakat. Contohi Yuna. Ikut gigs je asalnya. Pehtu jual EP. Then orang request lagu dia kat radio. Barulah terhegeh2 orang radio nak cover dia.

Nota kaki : Kenapa radio aliran Melayu perlu pasang lagu2 Inggeris? Tak cukup ke dengan adanya saluran bahasa Inggeris menyiarkan lagu2 luar negara. Takkan lah yang bahasa ibunda pon nak berlumba2 pasang lagu mat, minah salleh? Indonesia tu just a small issue la. Masih pakai bahasa melayu as basis. Kita paham, dia paham. Itu pun nak gado2.

Above all, tepuk dada tanya selera!



5 comments:

Armando De Luca said...

kembali kepada ISLAM

Rantong said...

Salam ziarah. Such a great blog.

View Profile: Rantong™

DoOrDie said...

baman : armando??? perghh..

Rantong : thnks!

KitKet said...

alah inilah orang cakap kuman seberang laut nampak tapi gajah depan mata - mati tutup ngan tisu..

ek? rasa macam xbetul pulak peribahasa kali ini..

hmmm

DoOrDie said...

takper, i paham... :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...