Showing posts with label poetry. Show all posts
Showing posts with label poetry. Show all posts

Thursday, December 03, 2009

:: Warkah Buat Jebat ::

No comments:

Teng.teng.tengggg....
Dum dum tak..dum dum...


Alahai Jebat
Semua menda nak cepat.
Semua menda nak dapat.
Semua nak on time.
Semua nak one short.


Tapi Jebat....
Semua keje ko biar orang lain tertonggeng buat
Semua menda ko nak siap nampak hebat
Semua ni buat aku meluat
Semua arahan kau buat aku rasa hangat


Wahai Jebat
Cepatlah kau beringat-ingat
Cepatlah siapkan tugasan bertingkat
Cepatlah pikul tanggungjawab berat
Cepatlah redakan hatiku yang larat


p/s : tak daya dah wei nak tolong jadi tukang sapu, tukang lap, cleaner kamu.





Thursday, October 22, 2009

:: Tersentak ::

2 comments:

Aku tak kisah kalau orang bersenda.
Ada masa aku juga lakukan yang sama.
Aku tak kisah kalau kau ingin menasihat.
Ada masa aku pun terlepas melihat.
Aku tak kisah kalau kau naik angin.
Ada masa aku juga berubah angin.
Aku tak kisah kalau kau mahu berdiam.
Ada masa aku begitu untuk elak berdendam.

Yang aku kisah bila kau tak berlaku adil.
Yang aku benci bila kau buat terkebil-kecil.
Yang aku kisah bila kau nak aku ikut cara kau saja.
Yang aku tak suka bila kau canang aku tak reti nak jadi dewasa.
Yang aku tak gemar bila ego kau tinggi.
Yang aku sangsi bila kau kata kau bz tapi sempat berFB.
Yang aku tertekan bila kau tak mahu berdepan.
Yang aku bosan bila kau asyik2 nak menyakitkan.

Apa nak buat, lumrah kehidupan.
Kalau semua nak menang, mana boleh jalan.



Friday, August 28, 2009

:: Kenapa Aku Berkecil Hati? ::

3 comments:
Kenapa aku berkecil hati?

Kau ajak aku jumpa.
Ya, aku memang suka.
Dapat jugak bergurau senda.
Tapi aku mula tertanya-tanya.
Kau jumpa aku kerana persahabatan kita?
Atau kau nak marketkan insurans kau saja?

Kenapa aku berkecil hati?

Kau kata "Kalau nak support, jangan cakap saja"
Kau kata juga "Jadilah client aku, baru betul caranya"
Sudah ku kata, insurans tu aku dah ada
Takkan nak tambah lagi dua tiga
Nak jadi ukuran, bukti kata-kata
Kalau tak, kau tak layan punya!

Kenapa aku berkecil hati?

Kita keluar makan bersama
Selepas menonton wayang gembira
Kau minta Indo Mee tak semena-mena
Bila mamak kata Indo Mee tak ada
Kau herdik dia dengan kuat engkau berkata
"Tak ada? Ni mamak ke apa?"

Kenapa aku berkecil hati?

Kau datang rumah singgah kadang-kala
Kau datang ikut sesuka masa
Tak rasa perlu nak sms ke apa
Kau kata rumah aku 'pit stop' kau saja
Buat tumpang kencing semata
Aku senyum hambar walau hati dah berdarah rasanya

Kenapa aku berkecil hati?

Kita berbual pelbagai cerita
Kadangkala bersangkal idea
Kau persoal apa saja yang ku kata
Seolah menidakkan apa yang ku rasa
Orang luar jadi saksi sengketa
Kau rasa tu OK, takda hal punya


Kenapa aku berkecil hati?

Kau tepuk tangan bila aku dilaser
Kau diam diri bila aku dicerca
Kau langsung tak sedar aku dah luka
Kau buat muka bila aku bercerita
Kau rasa semuanya biasa-biasa aja
Kau tak endah bila aku berubah air muka


Ya, aku tahu kau tahu apa yang aku nak sampaikan
Kau juga tahu siapa gerangan yang aku maksudkan
Aku dah bingung dengan siapa aku berkawan
Orang tu dah hilang yang ada cuma kenalan
Maafkan aku jika lama takkan berhubungan
Aku dah bosan, malas nak jadi bahan cebikan
Sampai hari ni, satu maaf pun kau tak pernah ucapkan.

Sekian.

Sunday, February 22, 2009

:: Ngantok! ::

No comments:
It's 10 am.
And I'm late for work.
Ahh..Its Saturday n m not going there u jerk!
It's time for tv and stress free from work
Let's sit and eat till u hear the 'burp!'
It's 2.00 pm
The MS Office trial version has expired.
Need to get the full version but i feel tired.
Need to prepare the slides or else i'll be fired
Why waste money when i can get a pirate?
It's 4.00 pm.
Still strugling to install the software bought earlier.
Made a calls to the vendor or was he the cashier.
This and that, do's and don't he keeps on repeating
Why does this damned software ain't working?
It's 4.30 pm.
And i have lost my patience.
Drove back to the store to get more explanations
Being given new disk with some steps being written down
Will it work this time around?
It's 6.00 pm.
Shit! It's not working still!
I'm running out of time, think i need a chill pill
Patience become nill, and i'm now sweating
I cant just sit and do nothing!
It's 9.00 pm.
I was at the office trying to get the thing that i want
My notebook has crash and i need another one.
Lucky Eddee gimme keys.
Or else i'll be pissed!
It's 12.oo midnite.
Leq texted and fetched me for drinks.
One hour - thats how long the conversation bring
Back home and i was terified by the time.
Dammit! Look at the time, look at the time!
It's 4.25 am.
I'm finally smiling to my disbelief.
I have done a good job, i guess i believe.
As sleepy as a pig, what else can i be.
Why should i wait when i can hear the pillow is calling me?
Buh bye!

Wednesday, February 04, 2009

:: Pantun di Hari Rabu !!! ::

4 comments:

Hari ini hari Rabu
Esok pula hari Khamis
Pagi2 dah sakit hatiku
Rasa macam ingin menangis

Naik tren ke tempat kerja
Dengan harapan sampai segera
Kat KLCC announcement bergema
Minta turun serta merta
Kerosakan teknikal kata suara latarnya

Mula rasa nak teriak aja
Fikirkan malu ku diam saja
Orang sebelah mula berlaga
Tak mau mengalah nak menang saja

Lima belas minit ku buang masa
Menunggu tren tak kunjung tiba
Dapat naik, aircond plak takda
Mula berpeluh macam-macam bau ada!

Apalah nasib pengguna Putra
Asyik2 masalah saja
Naik kereta jem peningkan kepala
Tiap hari nak mintak nyawa

Kalau aku ahli silap mata
Lama sudah ku kerdipkan mata
Dari rumah zass ke tempat kerja
Tak perlu minyak, jimat tenaga!



Thursday, January 08, 2009

:: Warkah Rindu Buat Trainman Ku ::

12 comments:
Pelusuk kampung telahpun tahu
Berita gembira di tahun baru
Setelah lama diri menunggu
Dapat email dari trainman ku

7 hari telah berlalu
Tidak ku lihat kelibat dirimu
Hanya email pengubat rindu
Tenangkan diri, jangan buru-buru

Hari kelapan di stesen LRT
Sesak orang di waktu pagi
Senyumku mekar, girang di hati
Melihat kau sama menanti

Di gerabak yang sama kita berdiri
Cuma menjeling beberapa kali
Tiba musykil rasa dihati
Kenapa berhenti di KLCC?

Email darimu masih ku nanti
Mungkin kau bz di waktu pagi
Masakan senyap hinggalah kini
Punya mesyuarat penting barangkali
Cepatlah hendaknya engkau kembali
Jangan biarkan ku ternanti-nanti!







Tuesday, December 23, 2008

.: Dia :.

3 comments:
Oh, Malunya hati ini
Bila ku ingat saat itu
Kami hanya saling berpandang
Dan terdiam terpaku
Oh bulan hanya dirimu
Yang menyaksikan segalanya
Oh Bulan tolonglah daku
Katakan padanya
Ku cinta dia...

Benarkah bulan bisa bicara?
Akankah bayu sampaikan khabarnya?
Adakah dia merasa getarnya?
Mungkinkah ada detik bahagia?

p/s : I cant help myself .....

Tuesday, November 18, 2008

.: XOXO :.

No comments:
To You

Just the other week
Am feeling kinda weak
The day I missed the train
Thats the day I saw my man!
Damn!

This week, 2 days in a row
Should i ask for more?
The same place, the same train
But sad to say its different lane!
Damn!

I feel you, i miss you
Sounds too good to be true
Hope tomorrow will be brand new
Insyaallah, I'll be talking to you!
Woohoooo!



Wednesday, October 08, 2008

.: Satu :.

2 comments:

Aku ini adalah dirimu
Cinta ini adalah cintamu

Aku ini adalah dirimu
Jiwa ini adalah jiwamu
Rindu ini adalah rindumu
Darah ini adalah darahmu


Tak ada yang lain..selain dirimu
Yang selalu ku puja
Ku sebut namamu
Disetiap hembusan nafasku


Dengan tanganmu aku menyentuh
Dengan kakimu aku berjalan
Dengan matamu ku memandang
Dengan telingamu ku mendengar
Dengan lidahmu aku bicara
Dengan hatimu aku merasa




Tuesday, September 30, 2008

Baring Atas Jalan

3 comments:

Seronok rasa menyambut lebaran
Dapat membaham pelbagai juadah
Lengang kota boleh berbaringan
Takde jem sapa pon tak sumpah!

Keliling kota melihat jualan
Nampak ramai bukan warga tempatan
Dari Sogo bawaklah lah ke Isetan
Suasana seram buat tak keruan!

Siaran TV sambung menyambung
Pelbagai filem santapan mata
Ujung bulan bil melambung
Masa tuh barulah nak putih mata!

Salam lebaran untuk semua
Tak kira dimana anda berada
Saya ini cuma manusia
Mohon diampunkan segala cela




Thursday, July 17, 2008

Monday, May 26, 2008

Hujan Oh Hujan

No comments:

Hujan Oh Hujan
Kau datang tanpa perlu undangan
Titismu itu bagaikan ratapan
Derumu itu bagai tanda kekuasaan
Gegar guruhmu umpama satu penaklukan
Kerdilnya kita di bumi Tuhan

Hujan Oh Hujan
Kau bawa bersama suatu ketenangan
Membenih bersama rasa keinsafan
Beriring doa satu pengharapan
Pohon hajat agar dimakbulkan
Pinta khilaf untuk dimaafkan

~ DoOrDie @ Ukay Perdana ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...