Wednesday, February 04, 2009

:: Pantun di Hari Rabu !!! ::


Hari ini hari Rabu
Esok pula hari Khamis
Pagi2 dah sakit hatiku
Rasa macam ingin menangis

Naik tren ke tempat kerja
Dengan harapan sampai segera
Kat KLCC announcement bergema
Minta turun serta merta
Kerosakan teknikal kata suara latarnya

Mula rasa nak teriak aja
Fikirkan malu ku diam saja
Orang sebelah mula berlaga
Tak mau mengalah nak menang saja

Lima belas minit ku buang masa
Menunggu tren tak kunjung tiba
Dapat naik, aircond plak takda
Mula berpeluh macam-macam bau ada!

Apalah nasib pengguna Putra
Asyik2 masalah saja
Naik kereta jem peningkan kepala
Tiap hari nak mintak nyawa

Kalau aku ahli silap mata
Lama sudah ku kerdipkan mata
Dari rumah zass ke tempat kerja
Tak perlu minyak, jimat tenaga!



4 comments:

Zu said...

cantik pantun....boleh la ikut pertandingan pantun len kali yerr CK

Unknown said...

memendam hasrat juga tuh!

FerioBiru said...

boleh masuk pesta pantun anjuran DBP

Pink Marie said...

sendiri buat ke.

sibaik mek tak perlu melalui semua itu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...