Tuesday, February 24, 2009

:: Kau Fikir Kau Hebat Ya ? ::

Pagi-pagi cK dikejutkan dengan berita seorang isteri sering naik angin dengan si suami. Korang leh baca kat sini.

Suami yang dikenali sebagai John itu memberitahu media bahawa isterinya yang berusia 30 tahun itu seolah2 mempunyai kuasa luar biasa (woohoo!!) bila menderanya. Tidak tahan didera, si suami akhirnya mengambil keputusan untuk mengadu nasib di balai polis. Waaah! Bukan main hebat lagi penangan seorang wanita ya?

Dunia dah terbalik barangkali. Kalau dahulu lelaki mendominasi hampir segala2nya tak kira dari bidang apa sekali pun. Nampaknya sekarang ini keadaan sudah berubah. Kalau dulu perempuan saja yang selalu didera, dicedera malah kerap dicerca. Hinggakan trauma jiwa raga, bengkak bengkil seluruh anggota.

Apa pula rasanya bila lelaki diperlakukan sedemikian rupa? Hilangkah sudah ego mereka? cK tak pasti atas sebab apakah wanita berkenaan bole menggila sedemikian rupa. Semua berlaku pasti bersebab. Andai isterinya punya masalah jiwa, bawalah berjumpa pakarnya. Jangan biarkan melarat hingga terseksa jiwa dibuatnya. Kalau si suamilah puncanya

Secara tak langsung, cK sedar satu perkara. Manusia akan bertindak apabila hak mereka tercabar. Tak kira siapa jua mereka, lelaki atau wanita. Bila emosi melanda, amarah mula berkuasa. Si tanduk dua mula la menghasut jiwa anak2 Adam. Hasilnya? Entah apa. Buat kalian yang sering sakit hatinya, bawalah bertenang ya? Jangan nanti anak isteri atau mungkin juga suami jadi mangsa penangan sulung kalian. Not nice ok!

6 comments:

Mademoiselle Cynicleopetra said...

momi setiap hari dera babah dan ngamuk sakan...babah hanya tersenyum manjer jerr....kelat pun manjer...cian babah hahahahhahahahah

DoOrDie said...

kui kui kui...

tuh marah2 manja! sambil ngada2!

yaya|azura said...

abam fazz bacakan berita ni kat i tadi.. terus i terbayang bagaimanakah agaknya keadaan abam fazz kalau i bergusti dan perlakukan dia sebegitu... aihhh.. kesian sangat. i heart u abam fazz, i wont do that to u.. unless... hihihiks.

DoOrDie said...

i tkde gado2...

i potong *tut* tros! ahahaha!

SilverFerio said...

sebab kencing sepah2 kut :D

DoOrDie said...

ces...apa da abe man nih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...