Friday, February 13, 2009

:: Jual Ikan La Lu Olang! ::

Hish..Pagi ni dengan selamba kataknya cK mintak mama n papa anta g opis. Bukan ada apa pon yang urgent ke apanya. Tak lambat pon kalau naik LRT tuh. Semuanya gara-gara Hot Fm! Yup, stesen panas itu lor.

Pagi nih sapa yang dengar sure tahu kan hot chat pasal lagu2 cinta korang. Sapa nak buat permintaan ke apa memang dialu2kan. Cuma insan terpilih je yang akan ke udara dapat buat luahan perasaan. Tu yang cK exciteg sangat tuh. Ada lagu2 yang da lama tak dengar. Masuk2 keta je dah denga suara As Feminin..sonok la sangat.

Dek nak melayan lagu2 olskool ni, tu yang suh mama anta g keje tu. At least leh layan lagu2 time jam yang berjela kat Jalan Genting Kelang tu kan, kan, kan?

Habis satu bab nak cerita satu bab lagi. Pagi nih masa dalam perjalanan nak ke ofis, 2 kali cK tembung ngan ambulan. Mula2 tak sedar, tau2 dah bunyi siren. So sebagai pemandu berhemah Papa pon ketepi la..Nak bagi laluan kat ambulan. Dah bunyi siren mesti la ada kecemasan. Betul tak?

Yang jadi panas hati ni bilamana ada driver2 yang bodoh sombong, buat pekak dan ala2 terkebil2 tak taw nak buat ape. Clueless dan blur cap ayam! Dah tu boleh plak buat muka tak bersalah! Innocent sangat la kononnya!

Nak dekat 10 minit ambulan tu sangkut. Tak dapat nak gerak. Memang jalan tengah jamming the nation. But then, kalau masing2 tak jual ikan (selfish) dan beri laluan kat tengah tu...boleh lagi ambulan tu cerlus aihhh...

Takde sivik langsung la depa2 nih. Kot dalam tu orang tengah bertarung nyawa. Korang sedap2 je tegar dok tengah2 dunia takde rasa apa? Tu time orang lain, kot esok lusa time korang plak? Apa maw cerita?

4 comments:

Zu said...

suka jerr ikut belakang ambulan blh dpt laluan....

DoOrDie said...

bukan bole kena saman ke?

SilverFerio said...

ya ka

DoOrDie said...

ya laaa...bukan ka?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...