Sunday, February 01, 2009

:: Project Cuddle ::

Semalam cK sempat menonton Oprah@Hallmark - tahun 2007 punya edition da. Hati tersentuh menonton program yang bertemakan"Oprah - Cheers to You!".

Konsep episod kali ini adalah untuk memberikan penghargaan kepada beberapa individu yang telah berkorban untuk membahagiakan orang lain. Individu-individu ini akan dikejutkan dengan kehadiran Oprah di lokasi tertentu (rumah, Disneyland etc) dan mereka akan dijemput untuk sama-sama terlibat dalam rakaman rancangan Oprah sendiri.

cK tertarik dalam usaha seorang wanita bernama Debbe Magnusen yang menguruskan sebuah program "Project Cuddle". Projek ini bermula dari tahun 1996 bertujuan untuk membantu golongan wanita / ibu-ibu malang yang tidak tahu apa yang ingin dilakukan terhadap bayi dalam kandungan.

Wanita-wanita ini mungkin telah tertekan, terlanjur, ditinggalkan suami atau berdepan dengan masalah kewangan yang memaksa mereka melakukan tindakan drastik dengan meninggalkan bayi mereka di merata tempat.

Debbe telah menyediakan talian free toll untuk dihubungi apabila ada insan yang menjumpai/meninggalkan bayi mereka. Dengan ini dia dapat menghubungi pihak berkuasa dan mula berkeja dengan jabatan kebajikan untuk mencari ibu bapa angkat bagi bay-bayi malang tersebut.

What a noble heart she has kan? Dan dia tidak mengenakan apa-apa bayaran terhadap usaha murninya itu. Johnson's Baby juga telah memberikan Debbe kad VIP untuk digunakan bagi membantu bayi-bayi yang baru lahir ini. JB akan menyedikan hamper penuh barangan jagaan bayi setiap kali Debbe menerima kehadiran bayi baru.

Pelik juga dalam keadaan negara kita yang ala-ala timur penuh dengan adab, adat mengapa tiada insan yang begini? Masyarakat kita masih belum terbuka minda untuk beramal kah? For more you can read here : Project Cuddle

2 comments:

fizzzy !an said...

fz pun tgk ini semalam.

tp fz tertarikh dgn Prgram "O" Ambassador.

DoOrDie said...

owhhh..hak yang tu pon besh gak..

c'mon peeps, tangan yang memberi lebih baik dr yang menerima. kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...