Monday, February 09, 2009

:: Jom Masak!!! ::

cK nih ada mood sikit kalau nak masak. Bila time rajin sangat, mulalah otak nih fikir macam-macam disamping plak tekak merasa-rasa je certain taste. Hari Sabtu lepas cK dan family ke pasar malam. Best woo pasar malam kat sini, sampai tiga kali seminggu! Itu tak kira lagi pasar tani plak.


Macam-macam yang cK beli antaranya daging lembu dan sayur kailan. Ha, kalau nak tahu inilah dua elemen penting dalam favourite dish cK. Daging ni selalunya cK suka buat masak lemak cili padi dan kawankan dengan sambal belacan. Tak lupa mesti ada kerabu ulam or kangkung goreng ke.


Kot kalau kailan tu sah sah cK suka goreng ngan ikan masin. Memang terbuka je selera mengadap juadah, sampai bertambah. Tapi, untuk hari ni daging tu cK tak buat gulai lemak cili padi pun. cK buat daging masak merah je. Huhu..itu pun kira favourite dish gak. Daging merah cK pedas ok, dan mesti ada daun limau purut. Ada sesetengah orang suka rendam dalam sirap. Oh please..Not me!

Untung ke sapa yang memperisterikan cK nanti? Tepuk dada tanya selera ok. I'm not perfect pun. Masak pun suka-suka je. Terima kasih kat Mama yang suka masak. Maka cK akan curi2 tengok skill masak Mama kat dapur tuh. Cumanya cK nih lebih vitamin M. Camno tuh?

6 comments:

Dory said...

i lapa nih! huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

DoOrDie said...

alalalaaaa....meh sini meh...

aaauuummm.....nyum nyum nyum...

Zu said...

memang bertuah sapa dpt CK ....emmm jgn jadik mcm zu dah kawen br sebok nak belajar masak:D

DoOrDie said...

alahai...lomah den baco...

*blush*blush*

sikit2 je la zu...

Pink Marie said...

rendam sirap?
ye ke?? lor..

DoOrDie said...

ha ah...sebb dia nak keliling daging tu kaler merah...kat kedai makan ade yang prektis camtu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...