Tuesday, February 17, 2009

:: Perkara Mudah Dibuat Susah ::


Dalam perjalanan ke pejabat hari ni (yey! mintak mama anta lagi!), cK berfikir tentang sesuatu yang mungkin telah lama berada dalam benak pemikiran korang semua. Isu lama dan mungkin basi tapi masih tiada perubahan.

Adakah itu tanda-tanda mentaliti dunia ketiga orang-orang di Malaysia? Kalau nak diikutkan, perkara-perkara yang bakal cK senaraikan kat bawah ni semuanya senang-senang sangat. So practical! Tapi kita nih susah nak buat. Kenapa yer?

Jom skodeng!

1) Memotong line bila tengah jem
  • Ni memang menyakitkan hati. Dah la jalan tengah sesak, lagi korang nak mencelah2. Tak boleh ke kalau ikut je lane tu? Macam kat MRR2 just rite after simpang ke Bukit Antarabangsa ada satu simpang ala2 roundabout tak jadi tempat nak masuk ke Baverlly Hills tu. Kat situ pun sanggup orang korner semata2 nak potong 2 3 biji kereta yang kadang2 end up balik ke posisi asal. Ntah apa ntah!
  • Kenapa ? Diaorang nih semua rasa diaorang je ada lesen dan layak bawak keta atas jalan. Plus, ada yang jenis memang suka kuar lewat pehtu kelam kabut nak sampai awal.
  • Apa nak buat? Kawal pemanduan korang, jangan bagi muka. Kalau tak paham bahasa, korang hon je! Oh, kan besh kalau leh langgar je! Hehehe.
2) Buang sampah merata sesuka hati
  • Pantang ada pembalut gegula, puntung rokok, tisu...and the list will go on. Punya banyak ada tong sampah, kat tengah2 jalan tu jugak la nak campak. Tak kiralah yang tengah berjalan atau yang dalam kenderaan. Siap boleh buka tingkap semata2 nak buang tisu masa kenderaan bergerak.
  • Kenapa? Kurang cerdik. Alasan biasa : Lahai... kan ada DBKL, MPAJ dan segala majlis perbandaran la nak bersihkan nanti. Kalau tak dorang takde kerja plak nanti
  • Apa nak buat? Daripada korang sepah merata, baiklah simpan dalam beg ke, poket ke. Balik umah, buang la. Kalau bawak keta plak, make sure ada satu plastik beg untuk buang sampah je. Kalau rasa malas, cuba bayangkan kalau orang main curah sampah atas tempat tidur korang. Suka tak?
3) Makan kat fast food restaurant
  • Time dah kat kaunter tuh bila cashier kata "Order pls"..time tu la baru nak dongak pikir nak makan apa. Duhhh!!! Tak bley tahan betol cK ahh!
  • Kenapa? Sepanjang2 line beratur tadi taknak plak fikir sebab deaorang sibuk sembang2, layan sms.Dah puas terkikik2 baru muka biru bila orang mintak order. Tak pon kang, mula la tukar order 2 3 kali. Sengal!
  • Apa nak buat? Tolonglah fikir apa yang korang nak makan sebelom korang sampai kat tempat tuh lagi. Kalau boleh, sila buat backup sekali kot2 apa yang korang nak makan tu habis ke, tak jual ke. Kan senang?
4) Bagi tempat duduk untuk unfortunate, ibu ngandung dalam pengangkutan awam
  • Time sesak2 masing2 macam sardin dalam tren (sebagai contoh) ada pula seorang ibu mengandung. Orang-orang sihat yang duduk ni, buat2 tak nampak. Ada yang pretend tidur sebab malas nak bangun berhimpit ngan orang lain. Sapa suh ko lambat kan? Ha, camtu la konsep dia.
  • Kenapa? Diaorang nih mungkin dilahirkan tanpa hati perut. The catch is "first come fist serve". Sapa naik awal, dia la dapat seat! Apa plak nak bangun2 bagi orang lain dok. Yang ngandung tu pun, lain kali suh ah laki beli keta ke apa. Yang buta, ala...diaorang tak nampak apa pun. Takdehal lah! Sengal kan orang2 nih!
  • Apa nak buat? Korang sound je kuat2 kat orang2 yang tegar tu. Kalau dia buat derk, korang cuit je dia, tepuk2 bahu ke apa. Kasik satu mesia dengar. Lantaklah, apa nak malu! Dah terang2 tulis kat situ, seat tu untuk orang-orang kurang upaya bukan kurang daya!
5) Couple / Makhluk yang makan dalam tren
  • Dahlah beli keropok lekor or hatta roti john sekalipun, bau semerbak dalam tren. Saja nak eksyen ke apa tuh? Pehtu sebok mengunyah2 depan orang beria2. Macam tak bleh tunggu sampai umah baru membaham.
  • Kenapa? Dorang buta mungkin? Kan dah tampal stiker kata no food and drinks allowed Ala..yang gamba burger cross tuh. Maybe sebab dia guna gamba burger maka diaorang ingat makanan lain bole makan la kot dalam tren nih.
  • Apa nak buat? Korang siku je couple2 yang main suap2 dalam tren tu. Tenung sampai juling. Lagi best tanya "Aiii?? Keropok lekor je??? Kenapa tak buat piknik je dalam ni?" Sambil tuh korang tunjuk stiker no eating tu.
6) Kencing / Berak tak flush kat tandas awam
  • Pengotor gile! tak kira tandas laki or pompuan baunya toksah nak kata la...Tobat weih! Memang putus selera. Sebab tu la cK sanggup tahan je niat nak melepas kat tandas awam ni, sanggup balik umah taw! Bayar 20 ok la lagi ni ada yang 50 sen tapi keadaan toilet? Perghh!!! Bwekk! Haktuih!
  • Kenapa? Jakun! Umah depa takde tandas or memang saja nak bagi kerja kat pencuci tandas tu. Takkan nak makan gaji buta je kan?
  • Apa nak buat? Ni susah sikit la..Kena la pandai2 cari tandas yang bersih or else kena tahan je la. Apa bole buat kan? Sambil2 tuh beritahu la kat akak yang jaga toilet tu suh bersih2kan tandas tu.
Rasanya macam banyak lagi benda2 yang mudah dan senang tapi orang2 negara kita ni susah nak buat. Apa kata korang?

8 comments:

Dory said...

ade yg suke bawak keta bersiar2 tapi duk fast lane.. tolong la duk kat tepi weh!

Zu said...

Aku paling benci bila masuk toilet tp tak kena flash ...

DoOrDie said...

dory - ha yang tu pon lagi satu spesis hampeh. tersengguk2...lagi poyo bila bawak keta memahal.alahai..macam nak buat parade je speed dia..

zu - tuh ah pasal...hangen sungguh...bole dia biar je gitu. hati keras!

KitKet said...

kalau bawak keta cam tok hangguk tapi dok fast lane tu satu hal.. yg paling mak menyampah kalau jenis bawak 4WD tapi bawak keta cam nenek xder gigi punya lah takut kalau tayar masuk lopak. tensen betul!

pastu lagi satu jenis yang xreti nak hold kan pintu lift. takut patah jari kot tekan butang hold tu?

DoOrDie said...

sabar mamaket...saba...

oh yes! pintu lift! betol la sangat!!!

yaya|azura said...

bila kata rakyat mesia nie tak berbudi bahasa, marah la pulak yer? byk-lah sangat orang yang tak reti nak 'pakai kasut orang lain' ... cth2 cK bagi tu memang bagus...

SilverFerio said...

apa kecoh2 nih... tak guna komplen... pukui jer

DoOrDie said...

yaya - betol kan kan kan....ampagas jek

baman - nnt spiptal penoh, ramai sangat kena pukul ari2. MC banyak, kerja tak produktif...kenot2!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...