Showing posts with label TGIF. Show all posts
Showing posts with label TGIF. Show all posts

Friday, February 27, 2009

:: Siapa Punya Salah? ::

6 comments:
Dunia kita sehari-hari memang tidak lekang mendengar berita sensasi di sana sini. Nak lagi berita hiburan. Memanglah boleh cari makan.

Sana-sini orang bermusuhan dan saling menyalahkan. Tuding jari sana, tuding jari sini. Disebabkan status selebriti, senanglah dapat publisiti. Bukan minat sangat nak mengikuti segala onak duri diaorang ni cumanya, nak juga cK sentuh few issue yang hangat masakini tentang orang-orang seni kita.

1) "Memang salah saya!"

Itu statement yang keluar dari mulut dia, tuan empunya diri yang terpampang gambarnya meriba seorang wanita yang terserlah bukan muhrimnya. Bukan itu sahaja, aksi berlatarkan minuman keras juga jadi tanda tanya. Apakah yang terjadi sebenarnya?

cK tak tahu nak kata apa. Jadi orang yang bermuka-muka , hipokrit itu memanglah tiada untungnya. Depan tv nampak ok je, belakang tabir tunggang langgang sampai merah-merah muka. Manusia memang alpa. Tapi, apalah yang nak dibanggakan melihat aksi diriba, meriba, meraba hak yang bukan punya kita?

Meluat pula bila menatap lama. Orang kata wanita itu mesra orangnya, sudah dianggap kakak pun. Tak pernah pula cK nak bergamba ngan adik sambil minta diriba. Atau pegang2 bahagian dada sambil berpelukan mesra. Anehnya! Lagi hebat bila sang isteri katanya rela suaminya diperlakukan sebegitu rupa! Waduuuh!!! Sharing is loving afterall, heh?


2) "Sapa-sapa yang belajar tak tinggi, saya nasihatkan kawin then cerai pastu mintak duit!"


As confident as she looked, Shafnie, now director of a beauty product company, broke down when she told reporters that he had not made any attempt to see their two children -- Muhammad Shafiq Iman, 12, and Muhammad Shabil Iman, 9.

"My children miss him. They tried calling him, but he claimed he was busy and did not entertain them.

"Our children are growing up. Whatever happens to us individually, they are still our children."
She said he does not even know their children's birth dates, or which school they go to.


I was having a conversation with my fellow colleagues masa lunch. Mixed reaction. Yes, total of 50k plus tu memang banyak and outstanding for so long. 300 sebulan yang diminta untuk saraan 2 orang anak macam ciput je jumlahnya nak di bandingkan dengan show si bapa yang merata. Tu tak masuk income jual gelang ngan jadi duta ntah segala menda.

Salah? Memang nampak tak kena je kan. Sedangkan dia ngan bini barunya bercuti sini sana ngan anak yang lagi dua orang. Anak yang dulu tu, apa cerita kan? But then, dia kata ex nyer tak mau beri ruang untuk in touch dengan anak2nya. Tup2 dok serang, naik turun mahkamah mintak dwet. Dia pun kata, tututan ex wife nyer melampau. 9k untuk dwet coti2, ntah apa-apa lagi. "Saya tak nak la nanti dia pakai mercedez ke sana sini". Eleh. Kalau ko pakai bimmer takper?

cK punya pendapat gini. Sebagai seorang ibu yang penuh dengan rasa tanggungjawab, peliharalah anak tu sebaik-baiknya dengan tulang kederat sendiri. Walaupun awak tuh dah pernah bercerai 2 kali, lantak pi. Jaga anak tu, jangan sibuk2 nak mengharap ngan bekas laki. Dia dah buat-buat tak reti, pi la mati! Sekali membesarkan budak-budak tuh pakai dwet dia, berjuta kali nanti dia canang sampai masuk TV. Kang keluar pulak statement "Kalau takde duit Daddy, korang tak dapat nak makan nasi sampai besar ni. Mummy korang apa reti?". Lagi menambahkan sakit hati.

Awak pun bekerja orangnya kan. Kalau tak dapat nak bermewah-mewah, tak apalah. Pentingkan anak-anak tu. Besederhana dalam segalanya. Esok lusa anak-anak akan nampak, siapa yang lebih banyak berbakti, menyumbang pada kehidupan mereka. Tapi, andai benarlah ci puan ni mementingkan $$$$ semata, elok lah ex hubby awak tuh angkut sumer anak-anaknya. Amik terus custody. Awak pun senang nanti, keje dan tanggung diri sendiri je.

Macam2 hal!




Friday, February 13, 2009

:: Jual Ikan La Lu Olang! ::

4 comments:
Hish..Pagi ni dengan selamba kataknya cK mintak mama n papa anta g opis. Bukan ada apa pon yang urgent ke apanya. Tak lambat pon kalau naik LRT tuh. Semuanya gara-gara Hot Fm! Yup, stesen panas itu lor.

Pagi nih sapa yang dengar sure tahu kan hot chat pasal lagu2 cinta korang. Sapa nak buat permintaan ke apa memang dialu2kan. Cuma insan terpilih je yang akan ke udara dapat buat luahan perasaan. Tu yang cK exciteg sangat tuh. Ada lagu2 yang da lama tak dengar. Masuk2 keta je dah denga suara As Feminin..sonok la sangat.

Dek nak melayan lagu2 olskool ni, tu yang suh mama anta g keje tu. At least leh layan lagu2 time jam yang berjela kat Jalan Genting Kelang tu kan, kan, kan?

Habis satu bab nak cerita satu bab lagi. Pagi nih masa dalam perjalanan nak ke ofis, 2 kali cK tembung ngan ambulan. Mula2 tak sedar, tau2 dah bunyi siren. So sebagai pemandu berhemah Papa pon ketepi la..Nak bagi laluan kat ambulan. Dah bunyi siren mesti la ada kecemasan. Betul tak?

Yang jadi panas hati ni bilamana ada driver2 yang bodoh sombong, buat pekak dan ala2 terkebil2 tak taw nak buat ape. Clueless dan blur cap ayam! Dah tu boleh plak buat muka tak bersalah! Innocent sangat la kononnya!

Nak dekat 10 minit ambulan tu sangkut. Tak dapat nak gerak. Memang jalan tengah jamming the nation. But then, kalau masing2 tak jual ikan (selfish) dan beri laluan kat tengah tu...boleh lagi ambulan tu cerlus aihhh...

Takde sivik langsung la depa2 nih. Kot dalam tu orang tengah bertarung nyawa. Korang sedap2 je tegar dok tengah2 dunia takde rasa apa? Tu time orang lain, kot esok lusa time korang plak? Apa maw cerita?

Friday, January 23, 2009

:: Decanter @ Jalan Setiabakti ::

2 comments:
Hari Jumaat memang selalu dinanti. Bukan saja CK berpeluang untuk masuk lewat, malah balik awal juga. Yeap! Normal working hours will be 8.45 am - 5.45 pm, whereas Friday will be 9.00 am - 5.00 pm. Kool kan?

Yang lebih menarik ialah waktu lunch. Selalunya setiap Jumaat CK akan cuba sedaya mungkin untuk makan tengahari di luar bangunan office. Usually end up at Central Market having my lunch with Leq but not today.

Sunny promised to take me to Decanter (again!) to have a bite on Spagethi Bolognaise. Mind you guys, i prefer Italian's (the food-lah!) compares to those raw Japanese sushi! Maka kami berlimat(Me, Sunny, Ayu, Jj and Dilla) went to Jalan Setiabakti to have our lunch.

Highly recommended by Sunny, I ordered the above mentioned accompanied with Hot Lemon Tea and Air Suam. Can u believe it? Adzra minum air panas ? Air suam? Terpaksa beb! Kalau tak, mau ilang terus suara CK nih.For those yang belum tahu, CK sedang dalam keadaan sulit untuk berbicara gara2 hilang suara. Sign languange je la nampaknya..

We tried the pizza, Fish & Chips and off course Sunny's favourite - Chicken Wing. As for dessert, we opt for Apple Pie serves with a scope of vanilla ice cream. Aiyoo! Apple pie yang sangat lazat rasanya compare to Secret's. Rasa manis buah epal bersulam dengan rasa kulit kayu manis yang amat sedang2 enak dicampur bersama sultana dan sedikit hirisan badam. Sedaapp wooo!

Out of everything, I love to see the Nyummy Terry in action. Who's Terry? Go figure! *Nyeh*Nyeh*Nyeh*A nice setup to go dating2 speshly dah nak dekat2 ngan Hari Kekasih nih..So, lovers ! Take note ok?

A note from Sunny "Adzra, would you please stop staring at Terry's butt?". Can't help la bro! Neway, thanks for the lunch darling!

:: Don't Tag Me, Please ::

7 comments:
Salam untuk semua. Dengan mengambil mood hari Jumaat dan juga hari penuh kegembiraan buat saudara K.E yang bakal2 menjadi tunangan orang sebentar lagi, maka CK akan cuba sedaya upaya menaip dengan kadar penuh sopan dan solehah. Cheewah!

Rata-rata semua ahli kampung kita ni ada MukaBuku. Kot ada yang still ado2, g la register cepat2. Bukannya apa, orang takde kisah dah frenster, tagged, maisepes sume tu. I find FB more convinient to be used. You can link ur blog entry as well. The best part, FB user must be 18 and above. So, this is not the club house for adik-adik ok!

Bila ada perkara-perkara sensasi atau informasi yang nak kita kongsi bersama, kita boleh tag atau mention kengkawan dalam circle kita tuh. Therefore, diaorang akan dapat notifikasi untuk membaca maklumat tersebut. Plus, dalam gambar dan video pon kita leh tag orang. People can comment on those particular entry. Contoh cam kat bawah ni :(Sila klik untuk lebih besor saiz gambarnya)


Bagi CK, whatever i find interesting and informative to share i will tag most of the people, worth sharing. There are some pictures which i find meaningful pon i will definetely share it. Yes, i can sent it via email still thats one of the reason of me having FB. Duuuhh!!

But then, one of my good friend pernah tanya " Why do u have to tag me when I'm not in the picture?". And my answer would be "Saje". Its not saja-saja. It's indiretly asking your opinion on those picture. Do u see wat i see? What do u think of it? Was it lovely? Was it horible and the list will go on.

If you don't like it, with all respect please untag yourself. I will view it from time to time and once i spot the changes I will understand your signal. You don't wanna be tag. Maybe the kinda anti-social or uneasy to be tag/ mention in most of the things i've load. Or maybe, you are just to busy to read it and it is time consuming to keep browsing and digging the entry just to understand why u've been tagged on a first place.

Above all, please let me know if you feel annoyed or mentally disturbed whenever i tag you in my entry. For me, as long as it will not spoiled my repo and menjatuhkan maruah , I'm kool ok
!

Friday, May 09, 2008

Hutang La lagi!

4 comments:

7hb Mei 2008

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Unit Kewangan, Bahagian Pengurusan

Aras 10, Blok Menara, Lot 2G6

Presint 2, 62100 Putrajaya Serahan Tangan


Untuk Perhatian : Encik Shafie bin Paduka


Tuan,

BAHTERA EVENTS SDN BHD (XXXXX-A)

BAYARAN TERTUNGGAK BAGI PAMERAN APLIKASI ISLAM 2007

- NO PESANAN PERKHIDMATAN: S0204101010007XXXX


Merujuk kepada perkara di atas dan surat kami yang bertarikh 12hb Mac 2008.

Dengan dukacitanya ingin dimaklumkan bahawasanya sehingga kini, kami masih tidak menerima sebarang bayaran untuk tujuan penyediaan 20 unit booth pameran bagi pihak Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bersempena penganjuran Pameran Aplikasi Islam 2007 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Seperti yang dinyatakan dalam surat kami sebelum ini, kami telah mengeluarkan dua invois yang bernombor BE-174 berjumlah RM 19,000.00 (Ringgit Malaysia Sembilan Belas Ribu sahaja) dan invois BE-175 berjumlah RM 48,000.00 (Ringgit Malaysia Empat Puluh Lapan Ribu Sahaja) masing-masing bertarikh 24 September 2007 bagi tujuan di atas.

Untuk makluman Tuan, bayaran bagi invois BE-174 telah dikreditkan ke akaun semasa kami pada petengahan bulan Januari 2008. Atas dasar ingin tahu, kami telah membuat panggilan susulan berhubung bayaran bagi invois BE-175 dan dinasihatkan agar menunggu sehingga invois perkhidmatan dikeluarkan di laman E-Perolehan.

Sehingga awal bulan Mac 2008, bayaran bagi invois tersebut masih belum diproses. Panggilan susulan yang dibuat kepada jabatan Tuan telah meminta kami menulis surat dan memberikan butiran terperinci berhubung permohonan kami bagi membolehkan proses pembayaran dilakukan secepat mungkin.

Namun begitu, usaha kami seolah-olah menemui jalan buntu kerana kegagalan beberapa pegawai di jabatan Tuan untuk memberikan maklumat terkini berhubung perkara ini. Secara peribadi, kejadian seumpama ini merupakan sesuatu yang amat mendukacitakan kami sebagai sebuah syarikat bumiputera yang berkhimat untuk sebuah agensi kerajaan.

Sehubungan dengan itu, kami berharap agar Tuan dapat memberikan perhatian serius terhadap perkara ini. Bersama-sama ini dilampirkan beberapa dokumen untuk rujukan pihak Tuan; yang mengandungi:

a) Salinan Nota Perlaksanaan Perkhidmatan bagi pesanan perkhidmatan yang bernombor S024101010007xxxx bertarikh 26/11/2007

b) Salinan Nota Pengesahan Pesanan Perkhidmatan bagi pesanan perkhidmatan yang bernombor S024101010007xxxx bertarikh 03/10/2007

c) Salinan invois BE-175 bertarikh 24/9/2007

Kami memohon jasa baik Tuan agar dapat mempertimbangkan supaya permohonan ini dapat diproses dalam waktu yang terdekat. Kami juga berharap agar proses pembayaran ini dapat dikreditkan terus ke akaun semasa kami di CIMB Bank Berhad, cawangan xxxxxxxxxx yang bernombor 121800080xxxxx.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berhubung perkara ini, sila hubungi Eksekutif Pentadbiran dan Kewangan kami, Cik Adzra di talian 03-4108 xxxx (pejabat) atau 012-9247 xxx (telefon bimbit). Kerjasama Tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

p/s : Kalau tak respon gak, cek hanta surat g Menteri!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...