Friday, May 09, 2008

Hutang La lagi!

7hb Mei 2008

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Unit Kewangan, Bahagian Pengurusan

Aras 10, Blok Menara, Lot 2G6

Presint 2, 62100 Putrajaya Serahan Tangan


Untuk Perhatian : Encik Shafie bin Paduka


Tuan,

BAHTERA EVENTS SDN BHD (XXXXX-A)

BAYARAN TERTUNGGAK BAGI PAMERAN APLIKASI ISLAM 2007

- NO PESANAN PERKHIDMATAN: S0204101010007XXXX


Merujuk kepada perkara di atas dan surat kami yang bertarikh 12hb Mac 2008.

Dengan dukacitanya ingin dimaklumkan bahawasanya sehingga kini, kami masih tidak menerima sebarang bayaran untuk tujuan penyediaan 20 unit booth pameran bagi pihak Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bersempena penganjuran Pameran Aplikasi Islam 2007 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Seperti yang dinyatakan dalam surat kami sebelum ini, kami telah mengeluarkan dua invois yang bernombor BE-174 berjumlah RM 19,000.00 (Ringgit Malaysia Sembilan Belas Ribu sahaja) dan invois BE-175 berjumlah RM 48,000.00 (Ringgit Malaysia Empat Puluh Lapan Ribu Sahaja) masing-masing bertarikh 24 September 2007 bagi tujuan di atas.

Untuk makluman Tuan, bayaran bagi invois BE-174 telah dikreditkan ke akaun semasa kami pada petengahan bulan Januari 2008. Atas dasar ingin tahu, kami telah membuat panggilan susulan berhubung bayaran bagi invois BE-175 dan dinasihatkan agar menunggu sehingga invois perkhidmatan dikeluarkan di laman E-Perolehan.

Sehingga awal bulan Mac 2008, bayaran bagi invois tersebut masih belum diproses. Panggilan susulan yang dibuat kepada jabatan Tuan telah meminta kami menulis surat dan memberikan butiran terperinci berhubung permohonan kami bagi membolehkan proses pembayaran dilakukan secepat mungkin.

Namun begitu, usaha kami seolah-olah menemui jalan buntu kerana kegagalan beberapa pegawai di jabatan Tuan untuk memberikan maklumat terkini berhubung perkara ini. Secara peribadi, kejadian seumpama ini merupakan sesuatu yang amat mendukacitakan kami sebagai sebuah syarikat bumiputera yang berkhimat untuk sebuah agensi kerajaan.

Sehubungan dengan itu, kami berharap agar Tuan dapat memberikan perhatian serius terhadap perkara ini. Bersama-sama ini dilampirkan beberapa dokumen untuk rujukan pihak Tuan; yang mengandungi:

a) Salinan Nota Perlaksanaan Perkhidmatan bagi pesanan perkhidmatan yang bernombor S024101010007xxxx bertarikh 26/11/2007

b) Salinan Nota Pengesahan Pesanan Perkhidmatan bagi pesanan perkhidmatan yang bernombor S024101010007xxxx bertarikh 03/10/2007

c) Salinan invois BE-175 bertarikh 24/9/2007

Kami memohon jasa baik Tuan agar dapat mempertimbangkan supaya permohonan ini dapat diproses dalam waktu yang terdekat. Kami juga berharap agar proses pembayaran ini dapat dikreditkan terus ke akaun semasa kami di CIMB Bank Berhad, cawangan xxxxxxxxxx yang bernombor 121800080xxxxx.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berhubung perkara ini, sila hubungi Eksekutif Pentadbiran dan Kewangan kami, Cik Adzra di talian 03-4108 xxxx (pejabat) atau 012-9247 xxx (telefon bimbit). Kerjasama Tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

p/s : Kalau tak respon gak, cek hanta surat g Menteri!

4 comments:

HambaMaya said...

people can know your bank's branch by just looking at the first 4 numbers of your account no.. be careful since you've already stated ur company's name.. jgn sampai duit tiba-tiba ilang lak.. heheheh

Adzra a.k.a DoOrDie said...

adddooiii...amaran keras sungguh ituw!

Kakak Tiri said...

I dah cc kan entry ni kat orang pejabat tu. Tunggu je la respond depa.

Adzra a.k.a DoOrDie said...

hehehhehe....i sent the letter last friday...tup2 i call monday LO dah siap la...itu la ini la...previously dea leh kata doc missing from system!

mengong!neway, tq sis!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...