Tuesday, September 30, 2008

Baring Atas Jalan


Seronok rasa menyambut lebaran
Dapat membaham pelbagai juadah
Lengang kota boleh berbaringan
Takde jem sapa pon tak sumpah!

Keliling kota melihat jualan
Nampak ramai bukan warga tempatan
Dari Sogo bawaklah lah ke Isetan
Suasana seram buat tak keruan!

Siaran TV sambung menyambung
Pelbagai filem santapan mata
Ujung bulan bil melambung
Masa tuh barulah nak putih mata!

Salam lebaran untuk semua
Tak kira dimana anda berada
Saya ini cuma manusia
Mohon diampunkan segala cela




3 comments:

SilverFerio said...

wahhh aksi melampau nih :D

Mira a.k.a Toti said...

pagi nnt aku nk try buat ar... tp...ko kene dtg cik mok coz ko kan suke amik gambo...hik hik hik

Adzra a.k.a DoOrDie said...

hehehehhe....cuti seminggu ni ah baru dpt baca komen...hantu2...pc umah lak kong....auwww!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...