Wednesday, September 17, 2008

Resepi Rahsia

Ahah! Ketahuilah kamu bahawasanya Cik Kuntum telah mengidam nak membedal kek sejak hari Isnin yang lalu.

Namun begitu, atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan contohnya tertidur kerana terlalu penat dan pening akibat penangan bau2an yang dihidu ketika dalam tren, Cik Kuntum terpaksa biarkan niat suci murni itu berlalu begitu sahaja.

Walau begitu, hasrat Cik Kuntum terlaksana juwa malam ini. Sungguh pun agak hampa kerana Sikret Resepi kat Melawati nih tutup awal (yang patut tutup kol 10.30 tp gatai tutup kol 10!), Cik Kuntum berjaya menjejaki cawangan di Taman Melati. Lihatlah hasilnya....



Alang membeli, kenyangkan perut sekali! Hambik ko...Sekali 3 Cik Kuntum beli. Hajat hati nak beli dua je asal2 nya. Tapi, setelah difikirkan dari segala segi dan segenap sudut...Cik Kuntum "up" lagi sekotak. Moga dengan ini, lenyaplah seketika perasaan mengidam itu hendaknya.



Kek apakah yang terpilih untuk mengikuti perjalanan pulang menuju ke rumah dan seterusnya tekak Cik Kuntum? Dari kiri ke kanan - Coklat Banana, lapisan Coklat yang diselang selikan dengan hirisan pisang yang cukup ranum. Yang di tengah2 Brownies with Walnut yang sangat kaya dengan rasa Coklat dan sangat lembab dan cair apabila di masukkan ke dalam mulut.

Yang paling hujung, tentulah Rasberry Cheesecake pojaan hatiku! FYI, memandangkan bday Cik Kuntum dah makin dekat (hint..hint...sebulan dari sekarang!) sila2lah kirimkan cheese cake ye? My faveret ol time yu!


Ha...yang nih plak..aksi Cik Kuntum memasukkan cheesecake yang lazat itu ke dalam mulut sebelum operasi selanjutnya dilakukan. Kalau korang nak taw, Cik Kuntum suka kemam lu cake tuh dalam mulut, bagi dea cair sendiri...then dah nak melted tuh..baru telan. Ha..barulah orang kata menikmati makanan..ada butulka?

4 comments:

Pink Marie said...

huis kontrol plak nganga tuh.
agagaga...

aku la ros said...

sedapnyeeee....

HambaMaya said...

suka betul dia dapat makan idaman hati ek.. samapi nampak-nampak jerawat.. hehehe...

Adzra a.k.a DoOrDie said...

mek - itu sudah mesti ....nak menunjukkan yang kuntum memang makan, buat buat hiasan!

bunga ros - owhh...nyaman tok!

tuan hamba - biasa la tu..jerawat nak enteprem...kot kalau tacap ngan potoshop tuh, ilang lah ia..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...