Thursday, October 22, 2009

:: Tersentak ::


Aku tak kisah kalau orang bersenda.
Ada masa aku juga lakukan yang sama.
Aku tak kisah kalau kau ingin menasihat.
Ada masa aku pun terlepas melihat.
Aku tak kisah kalau kau naik angin.
Ada masa aku juga berubah angin.
Aku tak kisah kalau kau mahu berdiam.
Ada masa aku begitu untuk elak berdendam.

Yang aku kisah bila kau tak berlaku adil.
Yang aku benci bila kau buat terkebil-kecil.
Yang aku kisah bila kau nak aku ikut cara kau saja.
Yang aku tak suka bila kau canang aku tak reti nak jadi dewasa.
Yang aku tak gemar bila ego kau tinggi.
Yang aku sangsi bila kau kata kau bz tapi sempat berFB.
Yang aku tertekan bila kau tak mahu berdepan.
Yang aku bosan bila kau asyik2 nak menyakitkan.

Apa nak buat, lumrah kehidupan.
Kalau semua nak menang, mana boleh jalan.



2 comments:

Zu said...

Kalau bdepan ngan org mcm ni pedulikan jerrr n delete terus dlm hidup CK :D bykkan bsabar k

DoOrDie said...

bagus juga zu, ada gak hiburan sekali sekala.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...