Tuesday, October 27, 2009

:: Lari Laju-Laju ::



Dalam kehidupan seharian, ada 1001 perkara yang harus kita tunaikan. Yang wajib pada Pencipta, sunat dan yang memang menjadi tanggungjawab pada yang tecinta. Terlalu banyak perkara yang harus kita lakukan dalam satu-satu masa. Dan dengan itu, ada masa dan ketikanya kita tergelincir seketika.
Tak sempat bertatih, terpaksa mengejar arus masa. Ada kalanya terpaksa pula mendahului detik rentak putaran jam agar kita tidak ditinggalkan. Dalam menghayun langkah dan mengatur strategi kehadapan, kita akan berdepan dengan pelbagai dugaan. Kecil, besar masalah itu sudah menjadi lumrah. Hubungan bisa goyah dek kerana amarah.

Menyelesaikan perkara bukan perkara mudah. Namun, bila difikirkan semula tujuan kita dilahirkan kedunia bukanlah untuk bersengketa. Masa terlalu mencemburui umat manusia dan ianya boleh menyebabkan kita hidup dalam kerugian andai tiada manfaat yang diperuntukkan.

Terlalu singkat masa yang diberikan untuk kita sering bermusuhan atau sentiasa melahirkan ketidak puasan hati atas segala apa yang terjadi dalam kehidupan seharian. Cara paling mudah dan murah untuk menjalani kehidupan adalah dengan mengikut atur rentak tanpa banyak memberontak. Setiap sesuatu itu dijadikan ada beralasan. Dan setiap sesuatu yang berlaku itu adalah ketentuan. Belajarlah menerima kenyataan dan lupakan hidup yang penuh dengan alasan.
Sesekali tersasar langkahmu, segeralah pulang ke laluan asalmu. Andai kamu terlalu buntu, hati2 ketika memilih laluan baru. Ia bakal memberi dimensi baru yang mungkin tak tercapai dek akalmu. Fikir sedalamnya sebelum kamu berkata-kata. Pepatah lama ada berkata "Kerana nila setitik rosak susu sebelanga". Tak perlu jadi susu, jangan jadi nila. Cuba kaji peranan belanga. Ia masih menerima segala sesuatu itu walaupun perubahan telah berlaku.
Perubahan itu perlu. Bukan tanda kegagalanmu, namun bukti keberanian mencuba sesuatu yang baru.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...