Tuesday, October 20, 2009

:: Terima Kasih Semua ::


Mama suruh pulang awal. Aku kata Ok.
Mama tanya adakah aku tak punya acara? Aku kata tiada yang istimewa.
Aku pulang jam lapan. Mama suruh mandi, nanti nak makan.
Aku rasa tak sabar. Sedap sungguh bau makanan.

Aku confident ke dapur, Papa tangkas datang menahan.
Disuruh duduk di meja, ada surprise kasi kejutan.
Mama muncul tersenyum2. Ku lihat kek besar ditatang di tangan.
Itulah kali pertama Mama buat cubaan. Buat santapan anak perempuan.

Air tangan Mama habis ku telan. Kek Coklat, Mee Kari penuh kelazatan.
Air Lemon kesukaan turut Papa sediakan. Agar aku tidak kehausan.
Hampir aku titis tangisan. Tanda syukur atas kurniaan.
Terima kasih Tuhan atas kegembiraan. Buat aku seorang insan.


Nota Kaki Ayam :

Buat semua yang mengingati ulang tahun saya, terima kasih. Buat saudara, saudari, tuan, puan yang hantar mesej kat frenster, email, FB, SMS..terima kasih teknologi! Tahun depan kirim2 lah mesej lagi.

2 comments:

Zu said...

apy bday CK......rindu ngan korang semua:D

DoOrDie said...

sesama zu! rindu kamo jugaaa!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...