Semalam semasa cK berada dalam LRT, seorang lelaki telah menawarkan tempat duduknya pada cK. Baik hati kan lelaki tu? Kalau ikut logik, memang ler baik budaknya. Tapi, sebagai seorang perempuan yang mempunyai tahap sensitiviti yang tinggi melampau, cK rasa kurang best.

Apa-apa pun itu bukan isu nya. Yang buat cK rasa cam tak syok tu sebenarnya adalah rasa curiga pada niat mamat tu offer tempat duduk. Adakah dia memang gentlemen? Kalau begitu, baguslah sapa2 yang bersuamikan dan bermenantukan dia. Cumanya...selama cK naik LRT ni belum ada lagi sejarah yang lelaki akan offer tempat duduk kat perempuan macam tu je. Melainkan.....!!!! Jeng jeng jeng.......
Adakah perut cK yang ala2 'sehat' ni punca segala-galanya? Adakah? Betulkah? Benarkah? Mungkinkah mamat tu ingat yang cK ni pregnant? Maka, dia pun dengan senang hatinya offer tempat duduk dia kat cK. Yelah, takut2 kalau LRT buat hal, emergency break ke kan...Taklah nanti ibu mengandung ni terhoyong-hayang kan? Arrrrghhhhh!!!!!
Adakah saya paranoid kerana berfikiran begitu? Adakah saya poyo? Takkan ler kot kan sampai tahap kritikal camtu. Mungkin ada benarnya...tapi orang tua-tua selalu kata, jangan buruk sangka. Tak gitu? Sesungguhnya, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Bila orang dah offer seat tu, rembat je jangan banyak tanya.
No comments:
Post a Comment