Thursday, July 31, 2008

Personal Development Programme

No comments:
Sudi2kan la eh...Buzz me if you have any contact.

Bank Negara Malaysia alongwith the financial and insurance industry has collaborated to design the exclusive and prestigious Financial Sector Talent Enrichment Programme (FSTEP) to develop robust talent for the financial industry.


FSTEP's objective is to attract graduates from diverse academic backgrounds; from both local and foreign institutions of higher learning to pursue exciting and successful career in the financial industry. High caliber graduates will also gain essential skills for them to excel and this in turn will build a sustainable pool of human capital talent capable of supporting the growth of the industry.


FSTEP provides an intensive one-year training programme in conventional banking, investment banking, Islamic banking including Insurance & Takaful. The comprehensive training module encompasses simulations, workshops, case studies as well as internship with financial institutions. Participants will also undergo personal development modules and be involved in community projects aimed at developing well-rounded individuals.


It is a part of the module to conduct a Personal Development Programme (PDP) to develop multifaceted leaders who can assume the cross functional responsibilities of the company leadership. We believe this will help the participants (with the average age of 20-30, total of 220 pax) to use this broader vision to excel in both decision making and execution for sustained corporate advantage.There are two major focus of PDP which consists of:

1) Self Motivation

  • Build strategic skills for effective decision making and implementation
  • Develop a personal leadership philosophy that reflects greater knowledge, capabilities and confidences
  • Formulate a holistic approach to identify problems, formulate solutions and adapting to change
  • Acquire an in-depth understanding of core business functions and build foundational skills to integrate these functions across the organization
2) Grooming
  • To build up personal appearance
  • Presenting a professional image in business environment visually and vocally
  • Business etiquette and protocol
  • Enhancing Public Relation (PR) skills - Customer Service

Please be informed that the PDP will be conduct as follows:

Topic : Self Motivation
Date : 13 August 2008
Day : Wednesday
Time : 9.00 pm - 5.00 pm
Break : Morning 10.30 am - 10.45 am / Lunch 1.00 pm - 2.00 pm / Tea Break 3.30 pm - 3.45 pm

and

Topic : Grooming
Date : 14 August 2008
Day : Thursday
Time : 9.00 pm - 5.00 pm
Break : Morning 10.30 am - 10.45 am / Lunch 1.00 pm - 2.00 pm / Tea Break 3.30 pm - 3.45 pm
Venue : Financial Sector Talent Enrichment Programme (FSTEP)
Level 1, Dataran Kewangan Darul Takaful
4, Jalan Sultan Sulaiman
50000 Kuala Lumpur

We would appreciate your assistance to conduct the programme. Pease take note that we will only allocate a professional fees of RM 1,000.00 (Ringgit Malaysia One Thousand Only) for one day session.Kindly forward me your proposal (either for one session / both) by or before 5th August 2008.

Thank You.

Regards,
Adzra via adzra.fstep@gmail.com

Wednesday, July 30, 2008

Dying 4 Ur Job?

4 comments:
Membaca entry Cik Yaya pasal Underpaid multitasker itu menyebabkan Cik Kuntum terpanggil untuk berkongsi keratan akhbar ini:



Maka kawan2 sekalian, work smart, pray hard but dont be jahat ok?!!!


LRT Lagik!

5 comments:


LRT 1

Ini kisah zaman jahil Cik Kuntum la dulu2. Bukannya apa, penat sehari suntuk berjalan ke sana sini menyelesaikan tugasan..Cik Kuntum pon naik la LRT mahu pulang ke pangkal jalan. Dalam pada tu, sempat la jugak Cik Kuntum tapaw McD. Dek kerana lapar, ditambah pulak bau kentang goreng yang sangat menusuk kalbu itu..Cik Kuntum pon open table dalam LRT.

Mulakan dengan Bismillah...pehtu ngap satu...kunyah perlahan2 dengan penuh nikmat..Dan..mulakan operasi membaham kentang kedua..ketiga...dan seterusnya...Hew hew hew...Tiba-tida dari suatu sudut terdengar lontaran vokal lelaki yang amat kuat "Dalam LRT tak boleh makan! Tak tahu ke? Tak nampak tu?". Sambil ujung hari pakcik itu menuding ke arah gamba makanan berpalang itu. Adeeehhh..malu nye Cik Kuntum. Rasa nak terjun kuar LRT je. Orang lain pon terkejut, tapi pakat sengeh2 kambing je. Maka...berkubur la hasrat nk abiskan kentang tu. Tahan je la bunyik2 cacing kelaparan dalam usus2 Cik Kuntum.Nasib2...



LRT 2

Tadi, Cik Kuntum pulang dari kerja dengan menaiki LRT jua. Atas dasar berjanji dengan Leq terchenta, maka Cik Kuntum terpaksa turun di KLCC adanya. Elok dari Pasar Seni memulakan perjalanan...Sampai ke stesen Masjid Jamek. Naiklah satu kapel Melayu rupa parasnya. Awek betudung, balak berambut cacak ala pak landak gayanya. Pergh!!! Balun makan kepok lekor tuh! Yang tak bole blah tu...siap main suap2!

Ini memang buat Cik Kuntum hangin. Terkenang peristiwa lama la plak (sebab tuh cita kat part atas tadi!hehehe!). Wahhh...kemain g...aku gigit, kau gigit.Aku suap, kau nganga. Romantika di Tampoi la sangat kononnya. Ting tong...Dang Wangi...Ermm..Cik Kuntum perasan ramai buat muka tak puas hati. Tapi takde sapa pon sampai hati nak sound merpati dua sejoli, takut2 kena sawan nanti.Ting tong...lagi sekali..Kampung Baru..Aksi2 manja itu masih lagi berterusan. Tak kose aku nak nengok lagi dah. Jap g Cik Kuntum nak turun, mesti nak kena sound speaker pecah jugak budak dua ekor nih.

Ting tong...KLCC. Dalam2 usaha nak keluar tu. Cik Kuntum sound dengan system whoofer "Eh, korang kalau nak bercinta pon tengok tempat la. Takat dalam LRT ni tak payah la. Tak nampak ke tanda tak boleh makan dalam LRT tuh? Ke buat2 tak nampak?". Pehtu Cik Kuntum blah meninggalkan dua makhluk terpinga2. Konpius agaknya. Otak tak dapat berfungsi bila tiba2 kena tamparan bahasa tahap dewata raya. Puas hati Cik Kuntum!

p/s : agaknya...dea ingat takleh minum air ngan makan beger je kot dalam LRT?


Perasaan Si Udang

6 comments:

Apakah? Heheheheh...Sampai ati ke korang nak makan cikedis nih agak2? Sekali ngap je menghancurkan perasaan udang hingga berkecai2 jadi debuan rupanya. Sungguh sadis sekali! tak baik u ols!Heheheeh...

Tuesday, July 29, 2008

Tolong Meowwww!!!

4 comments:
Aduhaiii..Terkedu seketika menatap ini gambar! Biar benar? Carrier mende gini rupa? Siap ada menda tajam menusuk jiwa tuh lagi. Ishhh...Tak ke nanti meow2 tu sakit kene cucuk kat *tut* dea. tak sanggup nak nengok weih! Takat ni rasa takde lagi market kat Mesia nih..Kalau ade mau Mamaket harok, mengamok sakan!
p/s : Human Carrier agak2 rupa camne eh?

Nama2 Manja!

3 comments:
Time2 malam ni tiba2 lak Cik Kuntum teringat zaman2 skolah dulu. Memang betullah orang2 tua kata, seronok zaman sekolah ni lain. Thrill beb! Time2 nak belajar2 jadi nakal la katakan. Walaupun Cik Kuntum nih pengawas, perangai ada la iras2 pengganas! Tapi alhamdulillah, keganasan tu dapat la disalurkan ke arah kebaikan. Siap jadi komander pasukan "Gerak Khas" masa kat UiTM. Elllowww...!!! Bukan gerak2 gerak khas abang usop selam tu occay!

Neway, time2 skolah / belajar dulu tuh mesti ada nama2 manja yang sentiasa jadi ingatan kengkorang. I have a few la jugak. Not mentioning those sayang, manja, baby yang my pet sis, pet bro (i femes ok!) bagi kat Cik Kuntum..Ada la few names yang ada history. Antara calon2 nya:

1) Blue Baboon


Diberi Oleh : Azman KP (Ketua Pengganas) a.k.a Abuya
Sebab : Cik Kuntum ni kuat melawan.Mulut bising semendang. There's one day bergasak ngan Azman n Vish tak silap. Tiba2 dea hangen, panggil Cik Kuntum gitu. My reply "At least blue baboon tu sumtin special. Rather than u, the baboon himself". Ahahahah...Kijam2.

2) Apple


Diberi Oleh : Fahmi Sawi
Sebab : There are periods yang geng2 kitaorg ni dok panggey2 nama buah, sayur2 ikut fizikal masing2 la. Macam Fahmi kitaorang panggil Sawi sebab dea tinggi kurus, tapi layu je apart of surname dea dekat2 je bunyik ngan sawi tuh! Ayu dapat nama Anggur sebab dea pakai baju purple due to PRS (Pembimbing Rakan Sebaya - more to Pemusnah Rakan Semua jek!) uniform colour. Sawi panggey Cik Kuntum Apple...dea kata due to size of my body part...I wonder which one...*wink*wink*

3) Bantal
Diberi Oleh : Dani Carebear
Sebab : Cik Kuntum ni pipi tembam dan gebu. Eleh, dea jeles je sebenarnya tu. Dia tuh bantal gak tapi versi laki2. So nak sedapkan ati, panggey je la carebear. Dan nicknames nih tak ramai orang taw. Kira sekret2 me n Dani je la.Poyo!

4) Bobot
Diberi Oleh : Mangkuk2 senior 5H
Sebab : Korang penah baca tak Ujang dulu? Ada satu watak kartun nama Bobot. Bobot ni chubby, chomot, kelakar tapi garang. So, senior2 Cik Kuntum rasa itu la nama yang sesuai nak describe Cik Kuntum. Kira femes la jugak, masuk magazine wat!

5) Mafia
Diberi Oleh : Sendiri taruk sebab terpengaruh ngan Leen Budak Mafia - kartun lagik! So bila tiap kali sign tuh ada satu logo/trademark la konon2 ye. Tulis Adzra da' Mafia. Alahai...lawaks!

6) Doordie
Diberi Oleh : Sendiri jugak tabuh. Orang2 rapat memang tahu la signature name ni. It was suppose to be pronounce as "Do Or Die" - Hidup atau Mati. Tapi ramai pulun baca Dodi! Ellow, I bukan arwah Ex bf Diana ok! Membawa seribu makna dan nama ni start guna bile berjinak2 ngan internet.IRC zaman webnet, DALnet...Tua dah kite ni eh?

7) Cik Kuntum
Diberi Oleh : Ntah. Sumtin happen @ Ofis and i kinda like the nick. Belasah je pakai. Personal note i rasa nick tu macam potray gal yang malu2 meow tapi mau...Mau Ape? Mau bikin gegar laaa! Heheheh...

8) Mok
Diberi Oleh : Geng Gagak Hitam nyer seketeri - Cik Tot. Pasal ape eh? Saiz does matter! Ahahahahha!

p/s : Korang lak camne?


Monday, July 28, 2008

Al-Kisah Si Buta

No comments:
Sepertimana pagi2 hari bekerja yang lain, Cik Kuntum sememangnya bergantung harap kat Putra LRT je. Tak kisahlah kena berhimpit, bersesak, berdiri dan macam2 "ber" yang lain..Cik Kuntum selesa je naik pengangkutan yang satu ni. Praktikal, cepat, murah.

Nak dijadikan cerita, LRT nih bukan la golongan yang cukup sifat je yang guna. Bukan nak menyindir, tapi itu adalah antara sebab kenapa ada tempat duduk khas untuk orang2 yang kurang upaya ni. Entry sebelum ni Cik Kuntum penah bebel dah pasal golongan ketegaq, hati gelap yang takmo bagi tempat duduk khas tu kat golongan yang sepatutnya. Kali ni lain ceritanya.

Macam biasa, Cik Kuntum akan naik dari Stesen Putra up to Pasar Seni sebelum terkedek2 gelek gerudi meniti jalan mau ke kantor. Cuma pagi ni, ada seorang hamba Allah(lelaki) yang cacat penglihatan naik tren togede2 gamaknya. Cik Kuntum tak pasan, sampailah lepas tenyeh Touch N Go. Dalam dok orang tu ketuk2 tongkat dea, takde sapa pun nak tolong pimpinkan tangan, tanya arah tujuan. Ermmm, sorry to say but Cik Kuntum pun sikit lebih kurang je. Nak kata dea terkial2 takla juga.At least nampaklah konfiden nyer. Cuma tu la, dalam duk tak nampak tu apa perasaan dea ye berjalan2 gitu?

Tiba2 ada satu tangan lelaki rentap lengan si buta ni. Kasar seh! Terkejut kejap Cik Kuntum tengok.Perhatikan je kot2 kalau ada yang tak kena..Bole la Cik Kuntum tolong jerit "Helep2!". Sekali rentap, orang tu bawak si buta ke tepi. Tengok2 berbual mesra pulak. Orang buta tu siap simpan terus tongkat dea dan depend to another guy to guide him. Rupa2nya orang tu memang tunggu si buta tu sampai. Maybe nak bawak ke opis sama2 kot? Takla pulak Cik Kuntum tahu. Cuma yang tak puas hati tu, cara dea tarik si buta tuh kasar!As if nak menyamun je gayanya. Sampai Cik Kuntum terfikir, yang sorang tu nampak buta mata tapi celik hati. Still tuhan bagi kelebihan dalam mengenal jalan dan haluan. Tapi untuk yang cukup sifat tuh, mata je celik tapi hati gelap!Takde adab betol! Skolah balik la weih!

Sunday, July 27, 2008

Bakar Jangan Tak Bakar

4 comments:
Just the other nite we (as in the whole family including the newly wed and off course mak pak tiri kita) bersama2 melantak BBQ. Well, i have this thing on my mind since 2 weeks ago but due to lack of time then my bro plak tak dapt cuti n etc etc...kena la postpone je. Tup2 masa balik keje Cik Kuntum dapat text from Mama saying "Malam ni ada BBQ kat umah". Yey! Apa yang dibakar? Basically ayam la kan..itu main la kira.Pastu Abah plak kata tak cukup so they went off to pasar malam and end up buying ikan pari, udang... was there kerang tak eh..Cant recall..Cik Kuntum ni klau seafood2 nih lemah sikit, kalau Sue Siput ok! ahahah!(Ampun Sue! Jangan hangin lak kat Cik Kuntum!). Thenn, ada la coleslaw yang semangkuk banyaknya dan juga fries. Dalam banyak2 tuh Cik Kuntum rasa macam tak lengkap je set BBQ itu. Maka satu panggilan telah dibuat dan dalam masa 20 minit piza hut combo pon sampai dengan jayanya. Alaa..bukan nak sangat pon pizza tu, nak garlic bread tuh je. Memang la bole buat, sapu, bakar sendiri..tapi dah barang2 nyer takde..baik order je. Tol? Ha...meh bagi tunjuk sikit gamba2 yang ada ok?


Ni calon2 tukang bakar yang merangkap Chef sekali. Dalam2 nak test dah masak ke belom hasil pembakaran deaorang tu, kenalah ngap2 dulu...Nasib still ada belen ...Hhehe


Ha..Yang ni produk utama hasil pembakaran terbuka. Cik Ciken yang telah dimarinated. For the record, tangan tu bukan tangan Cik Kuntum occay? Tu tangan adik ipar kite. Notice kat sebelah tu ade semangkuk coleslaw yang nyaman sekali...Sendiri bikin taw! Yang belah ujung sikit tuh fries yang sebenarnya ubi kayu...percaya tak? Ahaks!

Tu dia para2 sakura!Hangat membara lagi api tu kan? Yang jadi mangsa ialah ikan pari ngan udang2 yang bertukar kaler kemerah merahan gitu. Gaul sekali ngan bahan perap ayam tu, rasanya jadi ala2 pedas masin gitu. Waahhh..masih terasa kemanisan udang tersebut.

Gotcha! Yang tu pinggang eh silap pinggan Cik Kuntum! Ape yang ada eh? Errm...piza hutt (sebab Cik Kuntum yang order..tak bai bazir!) then garlic bread..ni penting untuk disatukan bersama2 coleslaw yang menggunung tu...Then ayam, bahagian dada (itu suda mesti) dan tak lupa juwe udang untuk memaniskan acara. Nyummy!!!!Bon Apetite!

Kucing Jadian Kita

No comments:

Hhehhehe....dah besar dah kucing jadian Cik Kuntum. Untuk pengetahuan u ols, along the way ada beberapa ekor anak kucing yang datang menebeng. Tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, kucing2 tersebut cuma tinggal kenangan. Well, ada yang tak dapat survive sebab mak kucing tu tinggalkan kat umah Cik Kuntum gitu je. Maka mak kepada anak2 kucing yang kat dalam gamba ni la yang tolong bagi susu badan (ehh...motherly u!ada tokoh ibu mithali mak kucing tu!). Ade plak yang sekor tu bela cacing dalam perot. Alahai..alergik sungguh! Nasihat2 orang2 keliling yang beranak angkatkan kucing jadian, tak bole bagi ubat cacing time dak2 tu kecik lagi...so...end up, Papa anta deaorang tu g vacation. Well, pleas note eh...lepas ni if i mention vacation bila cite pasal kucing maksudnya adalah...Kucing2 tu akan dibawa berhijrah ke tempat lain yang mungkin mengambil masa seminggu dua sebelum sampai semula ke rumah Cik Kuntum. Itu pun bergantung kepada tahap kepekaan deria masing2 la kan...Yang terrer tu dua hari je dah balik dah...ehehehe....Yang pasti deaorang nih kalau main, tak ingat dunia! Lasak seh! Tapi manja....auwww..i liiikeeee....just like meow2...gggrrreeeooowww!!!

Ape Masak2? Wa NGAP je!!!

No comments:

Rogol ganti masak-masak

(Sumber Harian Metro)

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Fauzi Abdullah
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Jika selama ini main ‘masak-masak atau main kahwin-kahwin’ begitu sinonim dengan kanak-kanak, namun pengakuan tiga murid sekolah rendah yang terjebak dalam permainan ‘main rogol-rogol’ sangat menggemparkan.

‘Permainan’ yang bertitik tolak daripada ketagihan menonton VCD lucah itu mendorong kanak-kanak bawah umur terbabit ghairah mencuba melakukan hubungan seks walaupun sesama saudara terdekat.

Lebih memeranjatkan apabila murid sekolah rendah seawal usia 10 tahun itu tergamak menjadikan adik perempuan serta kakak dan adik saudara sebagai bahan eksperimen melakukan perbuatan terlarang terbabit.

Perkara itu didedahkan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ahmadi Baharudin, yang memberikan kaunseling kepada sekumpulan murid sekolah rendah yang dihantar untuk pemulihan akhlak dan akidah di sebuah pusat dakwah di Banting, Selangor, baru-baru ini.


Adddoiii!!!! Apelah nak jadi ni..? Hari2 macam2 kes luar tabii la yang mangkuk2 nih buat. Yang dah kawin tak sedor diri dah ada anak bini, yang jadi isteri sebok berkepit ngan laki miang keladi...pendek kata mcm2 hal la ade! Tadi Cik Kuntum sembang2 ngan Bubu and sumhow timbul idea nih...This is how berita will looks like in future(Cik Kuntum tambah lagi nak bagi dramatik sikit)..Pay attention:

KUALA LUMPUR: Seorang wanita telah dilaporkan dicabul kehormatan oleh seorang kanak-kanak lelaki berumur 5 tahun semalam. Kejadian yang berlaku lewat petang semalam turut disaksikan oleh seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang merupakan kakak kepada kanak-kanak tersebut. Menurut mangsa, kedua kanak-kanak tersebut telah mengekorinya sejak dari turun dari stesen LRT yang berdekatan. Mangsa mula menngesyaki sesuatu apabila terlihat kelibat kanak-kanak tersebut mengejarnya. Mangsa yang berjawatan eksekutif di sebuah syarikat telekomunikasi kemudiannya dikepung dan diarah untuk berlutut ketika tiba di sebuah lorong yang lengang. Kedua-dua kanak-kanak tersebut turut mengugut wanita terbabit untuk mengikuti arahan mereka andainya tidak mahu diapa-apakan oleh mereka yang bersenjatakan pisau dapur.

"Ketika itu, kanak-kanak lelaki tersebut telah mendekati saya dan mula mencium sambil meramas bahagian dada saya," kata mangsa sambil menangis. "Si kakak telah mengikat tangan saya dan menanggalkan pakaian saya sebelum adiknya menyuruh saya melakukan seks oral bagi memuaskan nafsunya. Ia sungguh menjijikkan!". Dua anngota polis yang membuat rondaan telah menahan kedua beradik itu dan soal siasat telah pun dijalankan. Ketika menjawab soalan pegawai yang bertugas tentang tindakan yang dilakukan oleh mereka, jawapan ini telah diberikan," Kami sering menontonnya di rumah bersama-sama ibu dan ayah. Bagi kami itu perkara biasa yang tak perlu diperbesarkan. Ia perkara biasa bagi seorang dewasa diperlakukan begitu. Kami cuma membantu." Kedua beradik tersebut telah dibawa di pusat pemulihan akhlak yang berdekatan dalam usaha mendidik mereka. Ibubapa kanak-kanak tersebut masih belum dapat dihubungi untuk sebarang komen dan dipercayai berada di luar negara atas urusan perniagaan.

Friday, July 25, 2008

Love, Rosie

No comments:

Hehehe...Sekarang nih kan u...Cik Kuntum kan...Selalu kan...jadi kan...mangsa jelingan mata mata2 yang tak senang ati tengok Cik Kuntum bergumbira baca novel tulisan Cecilia Ahern nih...Alahai..author yang sama tulis PS, I Love U itu! Eleh...deaorang mendengki sebab Cik Kuntum hepi gamaknya. Balik keje stress free, baca novel layan diri so...takde la wrinkle2 kat muka ni nanti. huhuh..Atau pon ade antara deaorang tu yang ingat Cik Kuntum nak heksen2 baca novel Omputih kot? Jeles la tu! Bwek...Aiman tak kesaaahh...eheheh...

Novel ni ade beberapa version as in cover dea la ubah2. Sebab takmo bagi orang boring kot? Yang kat atas tuh kaler kuning2 ala2 career woman stylo tu kulit buku Cik Kuntum. Hak kat bawah ni, cover yang lagi satu. Setakat nih, takde la Cik Kuntum rasa nak beli buku tu sampai due kali walaupun cover dea berlainan rupa. Almaklumlahkan, Cik Kuntum baca isinya dan bukan belek cover nyer. Walaupun cover memang memainkan peranan penting dalam usaha menarik minat Cik Kuntum usha2 isi kandungannya. Ape2 pon, kan orang selalu pesan "Dun judge the book by its cover". Ada betol ka?



p/s : Lom abis baca g novel nih tapi dah ada satu g buku nunggu untuk jadi manga seterusnya.

Poning Palo Den!

No comments:

Macam2 hal seh! Pening i! Apelah pekdah ko dapat nak busuk2 hati kat orang. Melampau batas sungguh! Sampai sanggup hangkut sumer fail2 balik umah? Giler ape? Sejak bila ko berumahkan opis? Memang la Cik Kuntum paham ngan kondisi badan ko yang memang ala2 takde rumah tuh (dah 24/7 asyik bertempek kat opis jek, ape kes?) tapi…tak la pernah Cik Kuntum rasa alamat opis tu bertukar jadi alamat umah ko kan? Iskkk…Punya busuk ati nak nyusahkan idup orang sampai sanggup menganiaya! Udah2 la kan. Dah tamat tempoh penguasaan kuku besi ko tuh. Ape lagi yang nak diribut ributkan?


Ni la masalah kalau orang yang tak dapat menerima penolakan. Alahai…reshuffle tuh mende biasa la.Infact, budak2 kat tepi Sg Wang t upon dah pandai shuffle. Hari2 plak tu! Eh, relevan ke nih? Hehehe. Parti baru dah dapat mandate. Ko blah, balik umah dok diam2 sudah. Tak payahlah nak melatah. Macam budak2 mentah je, nak muntah I tengok yu!


p/s : Sebarkanlah benih2 cinta, Musnahkanlah virus2 benci. Virus yang bisa rosakkan jiwa umat manusia……



Thursday, July 24, 2008

Test try market sikit!

3 comments:

Testing2..try test!

Dengan kadar kejakunan yang amat tinggi, Cik Kuntum cuba nak buat entry daripada MS Word ni. Maklumlah tempat nih macam advance (macam jek eh) guna software 2007 nyer. Cung tuh memang la cung tapi teraba2 la juwe nak carik icon2 toolbar tu. Aaahh..persetankan itu semua! Eheheh…yang cube dibuktikan sekarang nih adalah…dari MS Word nih leh je teros update blog. Tu yang den tak cayo tuh! Maka dengan ini Cik Kuntum akan cuba godam dan hit icon 'Publish" tu jap je lagi….agak2 lepas tak?


 

Tunnnggguuu……

Kira Jangan Tak Kira!

2 comments:
Text msg :

Me : Naik tren dah. No 123, deck 2. Hurry up! Kat masjid jamek dah..kinda empty, sure ken fit in

Leq : Darn! Ppl q! Move to deck 1!

Me : Late. Kunang2? Jom? Or else Malis?

Leq : Ken, syg. Btw, u'r paying!

Me : Ken, np! Park where? Stw?

Leq : Yup.

Maka...turun la Cik Kuntum ngan Leq kat Setiawangsa..Sambil ngobrol2, jalan la g kereta dan meneruskan perjalanan untuk makan2 ke Kunang2.Al-maklum ngidam carbonarra katanya! Hehehe...

Dalam dok sembang2..tibe2 teringat satu perkara! Cik Kuntum dah kalut seketika. Kobek beg poket depan, belakang...tengah...addduuuii! Camne nih?

Me : Huhuhuh...(sambil buat muka seposen)

Leq : Apsal ko?

Me: Tinggal wallet kat opis la...How?

Leq : I'll pay 1st lor. Then pay me bek! Ahahahah!

Maka....selesai satu perkara. Ntah ape pesen nak banja orang tapi end up orang tu plak bayar dulu.Ahahah...Dah sudah mentekedarah...tiba2...

Leq : Eh, u...I ada RM35 je. Cukup tak? Ahahahah

Me :Erk? Gile ko? Well...cukup2 kot...Kalau ko tak belasah tambah spring roll tu mesti cukup.

Leq : Takper....kita bagi duit syiling. Ahahhah!

Maka...sekonyong2 g ke kaunter la kami berdua.

Leq : Adik, berapa eh? Meja 34..Yang makan carbonara, bihun Spore, teh o ais laici, limau asam boi... ngan spring roll tu..Kita ada RM35 je nih..Lebih kira burn eh? Hehehhe

Awek kaunter : Errmm...ehehhe...Ha, nah.. (Sambil tunjuk bil)

Leq : Erk...RM39.80? Haaa? Tunggu sini jap! Tak cukup nih (Leq pon jalan g kereta then return)

Leq : Ha..ni...singgit....ermm...seposen..due posen...pat posen...nam posen...(sambil kira syiling emergency dea). Brape dah?

Awek kaunter : Rm38....ahh...seposen...nam posen....lapan posen...RM39 kak.Lagi lapan posen.

Leq : Ha, nah amik. Nasib cukup. Kalau tak..basuh pinggan! Heheheh..

Me : Huhuhu..ala...kurang, kira halau la...Esok2 jumpa lagi kan? hehehe...

Moral of The Story:
1) Kalau nak banje orang pastikan wallet ada.
2) Rajin2 la simpan syiling buat2 sesak time2 emergency. Banyak kemudahannya.
3) Kalau lagi besh, korang buat2 la campak je dalam beg korang beberapa hengget buat simpanan rahsia..






Not Again!

No comments:
Not again!!!!

Aiyayayayaya!!!!

Why la its happening to me?

Kot kalau semalam Cik Kuntum jumpa Lesbo ini ali wa jumpa laki sama femfuan yang sama2 gatai! Yeah, dalam LRT lagi laaa! Ada satu kapel nii, berhimpit rapat kemain..rangkul2 pinggang. Untuk tidak berfikiran buruk Cik Kuntum cuba usha2 cincin di jari memasing. Ye la kot2 kalau dah sah jadi hubby n wifey takkan taknak pakai cincin memasing kot kan? Ek enaaa...Takde! Baik laki2 mahupon femfuannya!

Ini suda lebey nih. Cik Kuntum cuba bz2 kan diri sambil humming2 lagu Jason Mraz, Chris Brown sumer..tapi kasi terlentok ala2 leher patah dak girl yang bertudung mengganggu sungguh! Tergesel...yang tangan jantan tu plak...dok meramas punggung the girl. Cess! Sempit2 pon sempat! Ape punya orang laaa...Cenggitu kot cara carik sumber inspirasi, semangat untuk happy bekerja pagi2 hingga ke dinihari? Ye laa..kot pelok2 petang kang..dah bacin. Pagi2 la wangi2 sket, ye dak?

p/s : Dah dua ari insiden gini. Semlm lesbo, ali nih kapel tak sedor diri esok ntah2 gay! addoi!

Tuesday, July 22, 2008

Goblok The Story

1 comment:

Eeeeeiii....Horror2! Pagi2 dah tgk aksi yang menggerunkan!Apa jadah dalam celah2 orang ramai bersesak2 naik LRT ade pulak makhluk berchenta2 sakan. Euwww! Masalah utamanya, kalau kot laki ngan pompuan tuh lain cerita..paham la memang gatai2 sakan. Tapi ni ha...iishhh....pompuan sama pompuan! Eiii...geli2...Cess cess cess!!!Bwek2 bwek2! Haktui!

Ha...ni Cik Kuntum nak sambung story.Macam biasa, Cik Kuntum naik LRT dari stesen putra nun di sana. Kira permulaan awal la tu kengkononnya. Walaupun ramai orang dah q, manage masuk tren punyalah. So, masa masuk je tren tu..takla pulak perasan menda2 yang luar biasa. Cam biasa, orang bersesak masuk. Dalam dok adjust position, Cik Kuntum nampak la ada 2 pompuan ni (sorang tinggi, tapi lagi rendah dr Cik Kuntum dan sorang lagi katik, lagi la rendah dari Cik Kuntum). Tengok2 rapat je berdiri menghadap muka masing2. Ala..ok la tu kan, daripada dok berdepan2 laki pompuan, rapat2..kang....zaass!cantas2! Dengan telinga yang disumbat ngan earphone Cikk Kuntum pon layan la pemandangan. Ye laa semenjak solo nih, nak gak usha kot2 ada calon2 lain ke buat cuci2 mata. Terpandang la kelibat dua perempuan tadi. Bercerita sakan, dan yang sorang t dok perati bibir sambil ketap2 bibir sendiri. Eh, cam pelik! Mungkin itu perasaan Cik Kuntum je. Alih2, si tinggi tu dok usap2 rambut pendek. Belai2 kemain. Then, aksi seterusnya...Si pendek park kepala kat dada si tinggi! Ape kes? Then, Cik Kuntum perasan yang si pendek tu actually pelok baeek je pinggang si tinggi! Wat the H*LL! Kalau korang rasa dah tak sanggup nak baca, tunggu lu. Aksi hebat kemuncak..Taaadaa!!!! Dea laga2 hidung daa..then...si pendek buat muka chomey2 then si tinggi tu kish dahi, pipi dea! Adoooii!!!Apa ke hal nyer Yeop! Apalah masalah remaja deaorang ni. Rabun ke buta ke...tolol ke? Or semuanya? Alahai...Mual seeehhh!!!

Kalau kata jiran sekampung, kenapa harus dimangga pagarnya yer?

3 comments:

This blog is open to invited readers only

http://XXXXXXXXXXX.blogspot.com/

It doesn't look like you have been invited to read this blog. If you think this is a mistake, you might want to contact the blog author and request an invitation.

You're signed in as missy.adzra@gmail.com - Sign in with a different account


p/s : Konsep baru berjiran, barangkali


Daughtry in Town!

2 comments:
Daughtry finally in town ( KL off course) for the Sony Ericsson Traffic Jam street party. Yang sakit hati tuh it is claimed that the street party is an exclusive event for 3,000 party goers and the tickets are NOT FOR SALE !!!!Seyes?! Gosh! Tapi, andaikata korang nak jugak g tengok Daughtry, meh sini Cik Kuntum bitaw step2 yang nak kena polo untuk dapat tiket tuh:

1) Mula2 kena g usha2 Henpon Sony Ericsson yang dari siri Walkman sahaja ok iaitu - W350, W580 & W910. Pastikan ori dan bukan AP


2) Dah pilih2, korang bayar la rege henpon tu dan tadaaa...Dapat 2 tiket FREE (konon2, padahal dah byr ngan duit enpon!) untuk tengok Daughtry perform dalam session
Meet & Greet with Daughtry.

3) Dapat tiket tu, ingat satu untuk korang dan satu g bagi kat Cik Kuntum (tanda tima kasih bg info) dan leh ah berhoye2 kat 1 Utama, Central Pa
rk Avenue pada hari Sabtu, 26 Julai 2008.

Nota Kaki Panjang :
Info pasal rege henpon yang Cik Kuntum cilok dari kedai Abuya kat sini.

1) W350 - RM698


2) W580 - RM978(Free 512mb memory card)


3) W910 - RM1028(Free 1gb memory card)


p/s : Takper laa..Cik Kuntum Sms je la Daughtry suh mai makan cekodok kat warong Tok Ketua


I'm Yours : Jason Mraz

No comments:
Layan Jek....





Jason Mraz Lyrics
I'm yours Lyrics

p/s : I likkkkeeee!!!

Datin In Waiting

2 comments:
An article printed in The Star few days back:-

"SEREMBAN: The country’s first man in space, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie, will be awarded the Darjah Dato' Setia Negri Sembilan (DSNS) in conjunction with Yang Di-Pertuan Besar Negri Sembilan Tuanku Ja’afar's 86th birthday today.

He is among 18 people receiving the award, which carries the title Datuk."

(ignore the "Eksklusif" part tu, sumer da taw kan?)

Well, looks like someone will automatically become a Datin soon, very soon. Bermula dari seorang yang tiada apa tapi at last bikin nama. For no particular reason, I just adore this couple. Tak kisahlah sok sek sok sek yang kata Dr Sms tu aw aw ke, Dr Harlina tu pura2 jer bercinta nak tutup kisah auw2 si hensem tu ke...At least both of them are Doctors! So wat? Think thats why they end up having each other as company. Daripada bebelan Kak Tiri - Wat A Waste tu, baiklah Cik Kuntum doa2kan pasangan yang satu nih. Sama chantek, sama padan. Pendek kata lengkap la ciri2 nya. I sincerely hope, its not the title Datuk (or the thought of him carry the title one day) that make them an item. Lainlah si plastik suara sepit yang sorang tu, ala2 amik jalan mudah je. Pintas sumer shortcut yand ada, janji impian terlaksana. Tak kose ah!

p/s : Jangan Main Belakang weiihh!




Monday, July 21, 2008

Not A Slave For You

No comments:
Wallaaa!

Untuk pertama kalinya dalam sejarah bekerja kat sini, Cik Kuntum raa seolah2 menghirup udara segar yang dapat menenangkan jiwa. Despite the saying yang mengatakan it will not last long (thou ada yang kata si kuku besi itu - gone case) , I will enjoy this momment as long as I can.

Satu permulaan yang agak baik setelah hampir 2 minggu memanjakan diri bersenang2 di rumah. Cik Kuntum yakin, doa orang2 yang teraniaya ( iaitu saya, diri saya, dan saya juwa) telah dimakbulkan Yang Esa. Alhamdulillah.

Kesimpulan dari perkiraan yang sulit itu dapat dirumuskan sebagai:

Opis(Kuku Besi) = (Cik Kuntum + Hamba Marhain) - Kuku Besi

Opis = (Cik Kuntum + Hamba Marhain) - Kuku Besi / Kuku Besi

Opis = Cik Kuntum + Hamba Marhain

Jika Cik Kuntum = Hamba Marhain, dimana Hamba Marhain = Happy

Maka,

Opis = Happy + Happy = Happy Banget!

p/s : Not bad huh? Kui kui kui!

Sunday, July 20, 2008

Middle Finger for U!

No comments:

" A vulnerable lady who can easily fall in one man's arm. Thats why i choose her"

PI MAMPOS LA JACKASS!!!


Hero Jambu

No comments:

KUALA LUMPUR: Pegawai Penguasa Penjara Unit Urusetia Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Abdul Razak Darus, tidak menafikan kegiatan hubungan sejenis di kalangan banduan lelaki ‘senior' dengan banduan lelaki jambu yang baru menjalani hukuman penjara.

Bagaimanapun, dia menyifatkan kegiatan itu sebagai kes terpencil.

“Kes itu jarang berlaku dan kami kategorikannya kepada dua iaitu secara paksa kemudian rela dan sukarela.

“Perlakuan di luar tabii itu tidak berlaku dalam pengawasan atau rondaan wadar yang bertugas, tetapi ketika waktu tidur dengan kesamaran malam apabila lampu bilik ditutup,” katanya.

Sumber : Harian Metro (muka depan) , 19 Julai 2008.

Link lain : Leh g kat sini


Astagfirullah...

Sapa nak jawab tu? Mungkin ini sebabnya kenapa ramai pesalahlaku jenayah lebih gemar melarikan diri dar ditangkap pak polisi. Dok luar penjara sah la tak selamat bila pikirkan nasib yang bakal menimpa diri speshly yang jambu2 tu, lagi la tak selamat! Ok guys, jambu kat sini bukannya buah ok? Jambu means chomey, kiut2 gitu (mcm Abang Zool kot?kui kui kui).

Yang lebih buruk, bila adanya pengakuan dari pihak penjara bahawasanya perkara ni memang disedari oleh mereka. Sapa yang beli Metro tuh bola la baca segala mala details. Ada confession dari bekas banduan jambu yang jadi mangsa. Cara2, sebab-penyebab dan juga langkah2 pon ada diceritakan. Dan perkara terkutuk ni sering dilakukan oleh banduan yang lebih otai dan akan berada dalam tahanan lebih lama dari yang lain2, mungkin juga yang kena hukuman penjara seumur hidup. Serammm!!!

Menda ni buat Cik Kuntum berfikir semula tentang cerita yang pernah Cik Kuntum dengar dari seorang sumber - yang bole dipercayai la juge sebabnya dea memang ada kat tempat kejadian. Jawatan apa atau berstatus apa, biarlah Cik Kuntum rahsiakan. Kata dia, sewaktu kes tergempar yang dapat publisiti besar-besaran tahun 98 dulu tu, individu berpengaruh tersebut turut menerima layanan dari adik2 jambu ni. Wallahualam, Cik Kuntum tak taw la kebenarannya. Cuma cerita ni, dah lama Cik Kuntum dengar cuma susah nak caya sebab Cik Kuntum pikir gejala luar tabii ni tak relevan ngan keadaan penjara dalam negara kita ni. Mungkin Cik Kuntum silap. Apa2 pon, doa2 lah yer semoga mereka2 ini kembali ke pangkal jalan. Amin.







Tips : How To Wake Me Up

No comments:
How To Wake Me Up :

1) NEVER shout my name out loud (obvious rite? shout means loud!). I will end up screaming with the highest dB using those words u dont even want to hear.

2) DO NOT repeatedly knocking at my door with those BOOM BANG sound. I mite end up knocking @ your head.

3) DON'T even think on using remarks or be sarcastic to me when i just open up my eyes. You will have to bare to get things to be thrown to your bloody face.

4) Thought of splashing me waters? HELL NO! U will be taking your bath outside the bathroom, u bet!

5) NO WAY u gonna get away if you shake my body as if there's an earthquake or sumtin. The last thing you know, you'll be my punching bag.

6) A wake up call from someone sweet with an intro "Morning Munchkin / Honey / Darl / Baby" will be just fine.

See, I'm not asking for too much..Didn't i?

Karaoke Jamban

No comments:
Ermm..pernah ke dengar istilah karaoke jamban? Kalau kata karaoke, mesti ramai yang paham la kan? Means menyanyi guna minus one sambil tgk skrin yang ada lirik dan akan ada bola2 melompat / kaler yang akan menunjukkan line mana yang nak kena nyanyi during particular timing / tempo. Jamban - bahsa kaso menunjukkan lokasi bahan buangan dibuang sebelum melalui proses kumbahan. Bila digabungkan karaoke jamban - menyanyi dalam sebuah bilik yang bersaiz sempit ala2 citer Ali Baba dengan 40 penyamun tu. Ala bab yang Ibrahim Pendek kene tanda "X" and end up kena dajal tanda bilik kecik tu.Ha, yang tu la!Meh tgk gamba meh Cik Kuntum tarok.


Anyway, aktviti ni memang mendapat sambutan dikalangan dak2 skolah yang still bergantung kat papa mama masing2 untuk dapat bekal $$$. So karaoke jamban nih murah la kira. Tapi kan, ade risiko. Nak taw? Ini adalah antara petikan yang Cik Kuntum terima dari kiriman email kawan Cik Kuntum:

"Ia bukan omong kosong kerana faktanya terserlah hasil tinjauan wartawan Berita Harian bersama ahli audiologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Mohd Almyzan Awang, ke beberapa pusat karaoke jamban di pusat beli-belah sekitar Kuala Lumpur. Menggunakan alat pengukur paras bunyi, bacaan terhasil menunjukkan angka memeranjatkan iaitu mencecah hampir 120 desibel (dB), satu paras bunyi yang menurut Mohd Almyzan melampaui keupayaan pendengaran manusia biasa. Apa tidaknya, kata beliau, gegendang telinga manusia hanya mampu menampung bunyi sehingga 80dB dan apa saja bunyi yang melebihi paras itu diklasifikasikan sebagai berbahaya dan mampu meragut deria pendengaran, sama ada sementara atau kekal selamanya.

Malah, katanya, keadaan dalam karaoke jamban lebih mengundang risiko tinggi berbanding pendedahan kepada bunyi kuat di tempat lain kerana di situ, pengunjung akan berada dalam satu ru ang sempit dan tiada elemen lain yang mampu menyerap bunyi kuat itu selain tubuh individu itu sendiri."

Ha! Sapa nak jawab tu? Kot2 adalah ahli2 kampung yang berminat nak menyumbangkan suara korang (setelah direjek berkali2 dari segala rancangan realiti yang ada) jangan la kedekut sangat. Kuar la duit lebi sikit, carik KTV yang lebih elok ala2 Red Box ke.Daripada berisi jadi pekak lak satu ari nanti, baik2lah korang invest sikit duit tu. Untuk pendengaran korang jugak, kan? Makanya, toksah la berangan nak g jejak karaoke jamban yang sempit mempit itu k? Ish...tak kuasa Cik Kuntum!

~p/s : Cik Kuntum nyanyi dalam jamban je sambil layan shampoo rambut!~

Saturday, July 19, 2008

Welkam Tok!

3 comments:

~ Gamba kopi setarbak Tok curik dari warung~

Waaahhh...nampaknya Cik Kuntum akan berjiran ngan Tok tak lama lagi. Tanah lot yang tok baru beli untuk projek ternakan kambing kacukan siam tu akan mula beroperasi Senin nanti. Nampak gaya ada can la Cik Kuntum berdeting2 ngan Tok. Kalau dulu takat jeling2 balik langsir je time Tok naik beskal roda bengkok tu buat rondaan kampung (maklumlah Abe Zool ngan Ke takleh diharap sangat...waahhh suka ati Cik Kuntum je buat kenyataan!). Moga dengan ini, mungkin kita boley main mata sampai juling ke tepi barangkali, ye tok!

Oh ye, jangan risau..Rahsia tok akan selamat ngan Cik Kuntum. Memandangkan kuli2 Tok kat tanah lot tuh tak tahu lagi status Tok sebagai ketua kampung 360, Cik Kuntum akan buat2 lupa diri. Itu bisa diatur kok! Pepehal, welkam neighbour!

Friday, July 18, 2008

Katakan TIDAK!

3 comments:
Pernah tak terfikir yang dengan membantu seseorang menyebabkan kita sengsara? I know i do, for some reason.Sigh! Kadang2 kita teperangkap (means kita taknak buat, tapi kena buat jugak) dalam situasi yang amat sukar untuk memberikan keputusan. Banyak faktor yang terpaksa dipertimbangkan atau kita hanya perlu tutup mata dan n go with the flow. But then, till when? But watching Makcik Oprah make me realize of all the Don'ts that I've done so far. Meh nak share:

1) Say NO to people who repeatedly ask for money - borrow your money. Why? By giving this people a special treat, kita sebenarnya membiarkan mereka lari dari tanggungjawab. Golongan ini akan mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah. Akhirnya, kita akan rasa diperguna. Kelmarin pinjam, arini byr, lusa pinjam balik. Ape kes mcm tu? Leh ke korang tahan ngan orang2 yang begitu?

2) Say NO to your family member yang jadi peminjam tegar dan tak reti2 nak lunaskan repayment. Kita akan terfikir, sayangi keluarga....Duit bole cari, tapi family tak ternilai harganya. Well, wrong! We thot we share their problem when we let them to have the money. Nope! Its not how things work. Kita sebagai orang yang berduit pinjamkan duit kat family member dengan harapan masalah selesai. Fikirkan, kenapa mereka meminjam? Sebab mereka tiada sumber. Bila takde sumber, how do u expect them to settle their loan? At the end of the day, apa yang u share sebenarnya? Kemiskinan mereka! Nutin will be better. Yang lagi sakit, bila u plak tenat deaorang wat derk je. Makcik Oprah pon kadang2 rasa seolah2 dijadikan Bank Negara/ATM oleh ahli keluarganya. Imagine Makcik Oprah pon kata gitu? Reta dea berjuta2 pon rasa gitu apatah lagi kita yang kurang / tak berharta ni.

3) Say NO to anyone yang nak pinjam duit cuz they are all liars! Deaorang nih tanam tebu tepi bibir je. Tabur janji2 palsu , buat muka seposen bagi kita kesian kat dia. Bila dah masuk perangkap, duit dah bertukar tangan..Kim salam je le. Mohon murah rezeki halal segala. These people tend to make an empty promise. They just want that damned bloody money. Ni memang selalu sangat jadi dalam family. Nak mintak balik, kang menyinga. Kata tak sayang keluarga segala.

Maka, berpada padalah dalam segala usaha melakukan bantuan kecemasan korang kelak. Jangan sampai makan diri. Afterall, prevention is better than cure..Tak gitu kawan2?



The RED Lines

2 comments:


"Buang yang keruh ambil yang jernih."

Thats what they said went things turns
not the way we want it to be. Hell No !
Fucked up and u avoiding everyone around you.
Thats exactly wat you did, Mr JackA**!
Feels like i wanna stuck your head
sumwhere you just cant imagine like
in someone's ass so that u can smells the shit
Should you know that
with all the damage that you've done
I promise never to let go
I shall find my way to bite u back!

P/s : U can read the whole thing but re-read only the red lines.


Thursday, July 17, 2008

Amiiinnnnnnnn......

No comments:

Ngomelan Cik Kuntum di pagi buta...

Dejavu?

No comments:
Its happening again.

The same old drama.

Maybe different scrip? Or just different actor?

Pretty sure its different director!

Tak tahu apa nak jadi sekarang ni. Lepas satu satu nonsense yang timbul. One say sumtin, the other reply than Kaboom! The End. Nak kata anti klimaks, tak jugak. Tapi kat mana centre of perfomance agak2nya? Errr....So i sound like Adlin Aman Ramli giving his comment kat budak2 AF? Addoii! Not gonna work peeps!

Try to tackle the issue instead of hide it under the mattress, carpet or wherever hiding place that one think would be the best. Dalam filem selalunya, hero kena hentam dulu then last2 baru dapat victory. Tapi, kalau asyik kene penangan panahan Sang Kap Hal yang bertalu-talu dengan bantuan Seri Bijan (yang mungkin akan diterminate bila sampai masa) macam mana plot cerita nak berkembang? Esok lusa, serender mcm Usop Selam. Buat sume plot cinta leleh2..pehtu sangap.

Apa2 pun, Cik Kuntum doakan semuanya akan berjalan lancar dengan izin-Nya. Untuk orang2 yang berdebar2, menunggu bila pulak waran akan keluar untuk diri masing2...Buatlah persediaan mental dan fizikal yang secukupnya. Kami semua hanya mampu mendoakan yang terbaik dan Dia akan berpihak pada orang2 yang benar.

Wednesday, July 16, 2008

PS, I Love You

3 comments:
"Holly couldn’t live without her husband Gerry, until the day she had to. They were the kind of young couple who could finish each other’s sentences. When Gerry succumbs to a terminal illness and dies, 30-year-old Holly is set adrift, unable to pick up the pieces. But with the help of a series of letters her husband left her before he died and a little nudging from an eccentric assortment of family and friends, she learns to laugh, overcome her fears, and discover a world she never knew existed."

Jujurnya, Cik Kuntum jatuh cinta pandang pertama dengan novel tulisan Cecilia Ahern - daughter of Ireland's PM. If I'm not mistaken, she's the one yang tied knot with Westlife's hunk tu Nicky or sometin. First, pasal cover buku. 2nd - jalan cerita yang nampak simple tapi bermakna dan hati rasa WAJIB untuk membelinya.Hehehe..(Excuse.....excuse)

All this while, I've been seing/hearing Mem Alunyah dok promo muvie yang diadaptasi dari novel ni. Insyaallah, nanti Cik Kuntum carik jugak DVD cita ni. Neway, Hillary Swank it in..Wat more could u ask for. Tulisan yang sangat mengujakan untuk kita terus membaca dari satu lembaran ke lembaran seterusnya. Off course, penghayatan memang penting tapi the author has done such a great job to get you thru the whole process. I dun read alot but at least this has made my purchase worth. Mind you, Kinokuniya ada discount for 20% up till August so better grab something good to read.

Cik Kuntum dan usha2 dah masa g jenguk kat Borders ari tuh. A few more novel wont harm kan? Tapi seyes, takmau beli kat Borders itu. Mahal ringgitnya! Dan alang Kinokuniya ada jualan murah (hhuhu...promo lagi nih) baiklah Cik Kuntum salurkan ke sana je ada betol ka? 2 buku yang Cik Kuntum buh gamba nih adalah next in line. Maknanya, ada peluang cerah untuk mengakhiri kitaran hidup atas shelves dan pulang menemani malam dan siang Cik Kuntum. Hows dat sounds?












Itu Dea Suda Mari

3 comments:
Phew!!!

Alhamdulillahhhhhh.....

Setelah lawatan ke Pos Ofis minggu lepas menemui penghujung yang tak seberapa, Cik Kuntum buat lagi lawatan kedua. Dari luar lagi dah kelihatan banyaknya kepala2 menunggu giliran. Cik Kuntum pun satu, sapa suh pegi time lunch ye tak? Cuba la pegi time pagi2.

Dengan semangat dan keazaman yang tinggi, Cik Kuntum terus menekan punat untuk mengambil nombor giliran. 1238..Ok la tu kot? Alih2 bila Cik Kuntum tengok current number, its only 1218. Aduhaiii...20 orang lagi baru Cik Kuntum dapat jejak kaunter!

Memandangkan, orang2 kat menara pendek sebelah menara berkembar tu prihatin..Cik Kuntum dah berjaya menggunakan khidmat internet + MMS seperti biasa semenjak semalam. Keeelaaass! Jadi, sambil menunggu giliran tu, Cik Kuntum pun online. Tak semena2 tibe2...

"Eh, u boleh tolong saya isi itu bolang libet ah?"6

Cibet....Ah Beng mana pulak nih? Ramai2 manusia dalam tu, asal la Cik Kuntum yang dia tanya!

"Erm, boleh. Mana?"

"Haa...sini2..Wa bagi wa punya IC. U tolong tulis baik2 ah?"

Eleh....Mind u, handwriting Cik Kuntum comel ok.Bwek! Sambil2 isi tuh, tengok2 ada beberapa orang Ah Beng menunggu juwe. Apakah??!!!

"Eh, amoi...Nanti u tolong ini kawan2 wa juge ah? Maw isi bolang wooo.."

End up, Cik Kuntum jadi ala2 kerani am pula kat pejabat pos tu. Apa nak buat, muka Cik Kuntum nih ada rupe welfare / kaunter khidmat pelanggan gamaknya. Masyarakat Mesia kan memang gitu.Huhuhhuuu...

p/s : Walau dah dapat duit rebate tu, ada "accountant" dah tolong allocatekan expenses Cik Kuntum! Apalah nasib badan...





Bertukang Lagik!

1 comment:


Adeeehhh...Dah dua hari Cik Kuntum tak dapat tidur lena. Gara2 apa? Gara2 merenovate umah Cik Kuntum. Dah rasa mual tengok feature wall (bak kata Eric Leong) ngan wall2 lain sama je kaler. Atas dasar tegar dan tak tahan sabar, menyebabkan Cik Kuntum hampir2 kehilangan widget midget yang ada. Tu la! Gejet lagi!

Walaupon begitu, umah separa siap ini sekurang2 nya menepati selera Cik Kuntum. I liiikkeee!

u like?

Tuesday, July 15, 2008

Brapa Kali Nak Cakap!

1 comment:
"Adik, brapa kali Mama cakap jangan main komputer lepas pukul 11?".

"Tak cukup2 ke jumpa kawan2 kat skolah, nak melayan internet pulak!".

"Kalau tak tidur sampai pukul 1 pagi mengadap buku intergrasi takper jugak. Ini tak, frenster la itu la ini la!!!".

"Lagi skali Mama nampak ko main komputer lepas pukul 11, siapla ko ngan kawan2 ko!!!".

And more...and more....

More.......

Teruk sangat ke kalau duduk menghadap komputer ni? Salah ke kalau ada akaun untuk frenster, Muka Buku segala?Usia tak sesuai? Pendedahan terlalu awal?

C'mon! Komputer ngan internet tu dah jadi macam isi ngan kuku, lauk dengan garam (eh, relevan ke?). Kalau setakat nak siapkan report, menggodam MS Excel, Word...takla menarik minat sangat. Sekarang nih, instead of tergedik2 cari buku kat library, all info kita leh dapat in advance. Dengan sekali klik je (or beberapa ketukan kat papan kekunci tuh sebab nak taip carian kita, before one click on your mouse). Adakah orang2 yang online malam2 or lewat pagi tuh jahat2 belaka. Most of them maybe, but not all. Orang2 yang kerja shift tu, malam la masa online nyer, siang membuta.

Build up your own page @ Ruang Saya (MySpace) will do harm to u? I doubt that. Penyalahgunaan komputer tu yang salah. Totally wrong! Just like makan ubat. Kalau berlebihan, dan campur benda2 lain...Off course hasilnya lain. Macam tu jugak la dengan komputer ni. Kalau menggatal tengok Porno, menda mengarut memang la silap. Tapi ada jugak yang kata OK, daripada deaorang dok praktik menda yang bukan2 tanpa mengira sesiapa pon..Baikla deaorang tu tengok je kat skrin sambil melayan perasaan. Cik Kuntum tak suruh, tak halang ok!

Takut rosak binasa? Kena la berjaga2. Asyik berkeras je, apa cerita. Nanti sendiri merana. Pepehal...tepuk dada, tanya selera. Or bak kata Nabil "Lu pikir la sendiri!"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...