Monday, July 28, 2008

Al-Kisah Si Buta

Sepertimana pagi2 hari bekerja yang lain, Cik Kuntum sememangnya bergantung harap kat Putra LRT je. Tak kisahlah kena berhimpit, bersesak, berdiri dan macam2 "ber" yang lain..Cik Kuntum selesa je naik pengangkutan yang satu ni. Praktikal, cepat, murah.

Nak dijadikan cerita, LRT nih bukan la golongan yang cukup sifat je yang guna. Bukan nak menyindir, tapi itu adalah antara sebab kenapa ada tempat duduk khas untuk orang2 yang kurang upaya ni. Entry sebelum ni Cik Kuntum penah bebel dah pasal golongan ketegaq, hati gelap yang takmo bagi tempat duduk khas tu kat golongan yang sepatutnya. Kali ni lain ceritanya.

Macam biasa, Cik Kuntum akan naik dari Stesen Putra up to Pasar Seni sebelum terkedek2 gelek gerudi meniti jalan mau ke kantor. Cuma pagi ni, ada seorang hamba Allah(lelaki) yang cacat penglihatan naik tren togede2 gamaknya. Cik Kuntum tak pasan, sampailah lepas tenyeh Touch N Go. Dalam dok orang tu ketuk2 tongkat dea, takde sapa pun nak tolong pimpinkan tangan, tanya arah tujuan. Ermmm, sorry to say but Cik Kuntum pun sikit lebih kurang je. Nak kata dea terkial2 takla juga.At least nampaklah konfiden nyer. Cuma tu la, dalam duk tak nampak tu apa perasaan dea ye berjalan2 gitu?

Tiba2 ada satu tangan lelaki rentap lengan si buta ni. Kasar seh! Terkejut kejap Cik Kuntum tengok.Perhatikan je kot2 kalau ada yang tak kena..Bole la Cik Kuntum tolong jerit "Helep2!". Sekali rentap, orang tu bawak si buta ke tepi. Tengok2 berbual mesra pulak. Orang buta tu siap simpan terus tongkat dea dan depend to another guy to guide him. Rupa2nya orang tu memang tunggu si buta tu sampai. Maybe nak bawak ke opis sama2 kot? Takla pulak Cik Kuntum tahu. Cuma yang tak puas hati tu, cara dea tarik si buta tuh kasar!As if nak menyamun je gayanya. Sampai Cik Kuntum terfikir, yang sorang tu nampak buta mata tapi celik hati. Still tuhan bagi kelebihan dalam mengenal jalan dan haluan. Tapi untuk yang cukup sifat tuh, mata je celik tapi hati gelap!Takde adab betol! Skolah balik la weih!

1 comment:

ijad said...

salam... apa khabar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...