Sunday, July 20, 2008

Karaoke Jamban

Ermm..pernah ke dengar istilah karaoke jamban? Kalau kata karaoke, mesti ramai yang paham la kan? Means menyanyi guna minus one sambil tgk skrin yang ada lirik dan akan ada bola2 melompat / kaler yang akan menunjukkan line mana yang nak kena nyanyi during particular timing / tempo. Jamban - bahsa kaso menunjukkan lokasi bahan buangan dibuang sebelum melalui proses kumbahan. Bila digabungkan karaoke jamban - menyanyi dalam sebuah bilik yang bersaiz sempit ala2 citer Ali Baba dengan 40 penyamun tu. Ala bab yang Ibrahim Pendek kene tanda "X" and end up kena dajal tanda bilik kecik tu.Ha, yang tu la!Meh tgk gamba meh Cik Kuntum tarok.


Anyway, aktviti ni memang mendapat sambutan dikalangan dak2 skolah yang still bergantung kat papa mama masing2 untuk dapat bekal $$$. So karaoke jamban nih murah la kira. Tapi kan, ade risiko. Nak taw? Ini adalah antara petikan yang Cik Kuntum terima dari kiriman email kawan Cik Kuntum:

"Ia bukan omong kosong kerana faktanya terserlah hasil tinjauan wartawan Berita Harian bersama ahli audiologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Mohd Almyzan Awang, ke beberapa pusat karaoke jamban di pusat beli-belah sekitar Kuala Lumpur. Menggunakan alat pengukur paras bunyi, bacaan terhasil menunjukkan angka memeranjatkan iaitu mencecah hampir 120 desibel (dB), satu paras bunyi yang menurut Mohd Almyzan melampaui keupayaan pendengaran manusia biasa. Apa tidaknya, kata beliau, gegendang telinga manusia hanya mampu menampung bunyi sehingga 80dB dan apa saja bunyi yang melebihi paras itu diklasifikasikan sebagai berbahaya dan mampu meragut deria pendengaran, sama ada sementara atau kekal selamanya.

Malah, katanya, keadaan dalam karaoke jamban lebih mengundang risiko tinggi berbanding pendedahan kepada bunyi kuat di tempat lain kerana di situ, pengunjung akan berada dalam satu ru ang sempit dan tiada elemen lain yang mampu menyerap bunyi kuat itu selain tubuh individu itu sendiri."

Ha! Sapa nak jawab tu? Kot2 adalah ahli2 kampung yang berminat nak menyumbangkan suara korang (setelah direjek berkali2 dari segala rancangan realiti yang ada) jangan la kedekut sangat. Kuar la duit lebi sikit, carik KTV yang lebih elok ala2 Red Box ke.Daripada berisi jadi pekak lak satu ari nanti, baik2lah korang invest sikit duit tu. Untuk pendengaran korang jugak, kan? Makanya, toksah la berangan nak g jejak karaoke jamban yang sempit mempit itu k? Ish...tak kuasa Cik Kuntum!

~p/s : Cik Kuntum nyanyi dalam jamban je sambil layan shampoo rambut!~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...