Sunday, July 06, 2008

Apa bikin ari ini?


Bangun tido agak lewat arini gara2 tak sedap badan.Rasa seram2 sejuk je seluruh anggota badan. Sahih! Memang nak demam nih (ke buat2 demam so that ada excuse takyah g ngadap Mem kat opis tu esok?) ..Huhuhu! Nih kalau sapa perati2 Cik Kuntum cuba update blog nih menjangkaui tarikh semasa. Means kalau ari nih 6/7 maka entry Cik Kuntum biarlah dah sampai 8 ke 10 ke..Konon2 sehari satu la.Bole gitu?

Ok back to my activity. Dalam2 seram2 sejuk tuh kena gak g giant nak borong barang2 bulan. Memang ini aktiviti wajib bulanan Cik Kuntum occay? Sebab tu Cik Kuntum rasa pedih bila beras, gula, minyak ngan ntah ape2 lagi naik $$$. Poket Cik Kuntum ni yang nazak! Ingat2 hati nak bawak Ewok gi potong rambut. Dah macam rupa girl girl plak dea. Then, I wanted to have mine as well. Tak larat da nk gugur rambut je poreber. Malangnya, kena tunggu mama balik dulu. Maklumlah Cek Suzie Q caling2 mintak amik kat puduraya. Ikut hati nak je suh dea naik lrt tapi apakan daya Mama kata dea ada belikan barang seramik. Kang pecah pulak.

Kalau u ol nak taw, Mem opis tuh suh mai opis today.Malangnya Cik Kuntum takde hati dan perasaan nak jejak kaki ke tempat tu lagi. Seyes. I dah bercakap ngan Ma and she understand my situation. Restu je bonda Cik Kuntum tu. Terasa panjang akal je nak amik MC barang seminggu dua - ala2 kena demam campak je gamaknya. Berjaya ke? Pehtu bila dah sampai ujung bulan, khabir je kata...tak payah le bayar gaji teman, teman nak benti. Kira gaji tu contra je le. Bole ke gitu? That is how much i hate the job now! Gile kan?

Malam nanti nak ngadap tv tengok Anuar Zain @ Jom Heboh. See..this is wat i normally do. Thou i work like no-body biznes, i still have time for my own. Bukan la macam hamba abdi or coolie..So not cool! Kan? Neway, tadi sempat Cik Kuntum beli dvd Kungfu Panda..Ingat nak layan la nanti. Tengah galak pikir nasib diri dan melayan emosi diri. Still tak dapat figure which hair cut i nak taram jap lagi...How eh? Serah je kepala kat Mamat A Cut tu...kui kui kui....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...