Wednesday, July 16, 2008

Itu Dea Suda Mari

Phew!!!

Alhamdulillahhhhhh.....

Setelah lawatan ke Pos Ofis minggu lepas menemui penghujung yang tak seberapa, Cik Kuntum buat lagi lawatan kedua. Dari luar lagi dah kelihatan banyaknya kepala2 menunggu giliran. Cik Kuntum pun satu, sapa suh pegi time lunch ye tak? Cuba la pegi time pagi2.

Dengan semangat dan keazaman yang tinggi, Cik Kuntum terus menekan punat untuk mengambil nombor giliran. 1238..Ok la tu kot? Alih2 bila Cik Kuntum tengok current number, its only 1218. Aduhaiii...20 orang lagi baru Cik Kuntum dapat jejak kaunter!

Memandangkan, orang2 kat menara pendek sebelah menara berkembar tu prihatin..Cik Kuntum dah berjaya menggunakan khidmat internet + MMS seperti biasa semenjak semalam. Keeelaaass! Jadi, sambil menunggu giliran tu, Cik Kuntum pun online. Tak semena2 tibe2...

"Eh, u boleh tolong saya isi itu bolang libet ah?"6

Cibet....Ah Beng mana pulak nih? Ramai2 manusia dalam tu, asal la Cik Kuntum yang dia tanya!

"Erm, boleh. Mana?"

"Haa...sini2..Wa bagi wa punya IC. U tolong tulis baik2 ah?"

Eleh....Mind u, handwriting Cik Kuntum comel ok.Bwek! Sambil2 isi tuh, tengok2 ada beberapa orang Ah Beng menunggu juwe. Apakah??!!!

"Eh, amoi...Nanti u tolong ini kawan2 wa juge ah? Maw isi bolang wooo.."

End up, Cik Kuntum jadi ala2 kerani am pula kat pejabat pos tu. Apa nak buat, muka Cik Kuntum nih ada rupe welfare / kaunter khidmat pelanggan gamaknya. Masyarakat Mesia kan memang gitu.Huhuhhuuu...

p/s : Walau dah dapat duit rebate tu, ada "accountant" dah tolong allocatekan expenses Cik Kuntum! Apalah nasib badan...





3 comments:

mophileus said...

Biasa la tue kak...sekali sekala ape salahkn?bkn senang nk wat pahala....len kali sy plak nk mintak tolong akak tulis borang sy.heehh.

mai said...

patut minta duit khidmat isi borang kt apek2 tu kan..massyukk gak..hihi

Adzra a.k.a DoOrDie said...

ejad : ko ada byr roadtax ke? huhuu..

mai : kita kan ikhlas orangnya...hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...