Sunday, July 13, 2008

Sepi ...



Bisikku pada bulan

Kembalikan Temanku

Kekasihku, Syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku

Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang

Biar alam ini kelam

Biar ia sepi sepertiku

Dia berjaya sekali lagi dalam percaturan permainan jiwa dalam usaha mengolah erti sebenar cinta. Tahniah dan terima kasih Khabir Bhatia selaku pengarah juga sumbangan Ara & Mira selaku penulis skrip dan lakon layar. Penyampaian yang berkesan diperkukuhkan dengan penampilan barisan pelakon yang mempunyai kekuatan tersendiri. Serius cakap, sepanjang cerita, Cik Kuntum punya mood ada pelbagai rasa. Suka, duka, kelakar, sedih, hiba. And kalau u ols nak tawu, lepas terbahak2 ketawa...boleh ngalir air mata syahdu wa cakap lu! Too bad, kutipan filem ni tak memberangsangkan dan sepatutnya mengikut syarat wajib tayang, hari Khamis lepas merupakan hari terakhir penayangan. Tapi, masih ada panggung yang kasik roll juga disebabkan filem Melayu yang akan datang cuma akan disiarkan pada 24/7. So apa isi Sepi?


Cerita 1 - Adam

Watak Adam ni dilakonkan oleh Afdlin Shauki. He's a chef - wedding cake by profession. No girlfren and keep receiving one after another invitation untuk wedding. Has crushed on wedding planner name as Ilyana played by Vanidah Imran. On the otherside, ada sorang la minah ceria kurang center nama Suzie lakonan Nasha Aziz yang syok sangat kat Adam ni. Nasha made me laugh out loud. She manage to pull the character out of her. Afdlin as usual has this sense of like doing nutin but it is sumtin. Who will win the key to Adam's heart?

Faveret Quote - Kenapa harus bertemu jika hanya untuk berpisah?


Cerita 2 - Sufi

Sufi (Tony Eusoff), seorang ahli perniagaan yang berjaya dan mempunyai keluarga yang bahagia. Namun begitu, atas dasar kerjaya kadangkala membataskan waktu untuk bersama keluarga terutamanya isteri tercinta. Kejadian tragik yang menimpa membuatkan dirinya dihantui perasaan kesal yang menggunung. Bertemu dengan Marya (Eja) yang diharap dapat mengubat lara mungkin sebaliknya. Status sebagai isteri dan juga ibu menyebabkan segala perancangan berubah. Mampukah mereka bertahan dan akhirnya bersama?

Faveret Quote - Hati aku milik kamu tapi kebahagiaan milik anakku.


Cerita 3 - Imaan

Kisah Imaan lakonan Baizura Kahar (Acha Sepriasa Mesia dea ni konon2 nya) sebagai penulis skrip teater yang keliru dalam membezakan realiti dan fantasi. Pertembungan kasih sayang antara Khalil (Piere Andre) yang dikenalinya sejak kecil dengan Ean (Syed Hussein - x Ruffedge) telah membantunya menemui jawapan sebenar pada persoalan yang kabur. Mampukan Imaan melupakan segalanya dan memulakan langkah baru dalam kehidupannya?

Faveret Quote - Well, poem kat atas sana tu


Cerita 4 - Adam, Sufi, Imaan

Ni korang kena tengok la. Like Cinta, this part will show u how these three main character are link up to each other. Ada twist sikit and trust me kalau korang tak sebak, kuar air mata bila dengar skrip dilafazkan bersama dengan lagu2 yang meruntun jiwa - kesimpulannya korang memang mutan!

Reason to watch:-

1) Barisan pelakon yang memberikan hasil kerja yang memberangsangkan

2) Sesuai untuk release tension menonton lawak selamba

3) Membuatkan korang rasa seperti seorang manusia yang punya hati dan perasaan dan amat memerlukan cinta

4) Soundtrack yang best giler!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...