Sunday, November 30, 2008

.: Work in Red :.

2 comments:
Hari ni hari Ahad. Ya Ampun! Kalau boleh lambatkan masa kan ke best. Penat beb! Semalam, sehari suntuk berjalan saja. Ape kes? Korang tak nak taw ape kes pon, CK tetap akan blogkan jugak. Hehehehe...Maka, korang takde pilihan yang banyak...Samaada terus membaca atau tukar je tengok blog lain. Ok kan?



Jalan cerita ke Mid Valley sebenarnya nak tengok cite Antoo Fighter tuh (kot2 ade ke yang terasa bila CK taip antoo tu? Nyeh nyeh nyeh). Asalnya nak pegi berempat consist of Me, Leq, Tot and Dewi. Cik Leq yang organize la kira meet up nih. Siap ade theme gitu! Mesti merah ok! I nearly forgot on the theme..nasib la tak larik tema (dah terasa2 dalam hati nak pakai merah tapi tataw kenapa..Rupa2...ahaks!).


Last minit call from Dewi mentioning that the auntie kena operate. She has to give her support. So nyer, Leq pon carik la ganti untuk tiket Dewi. End up, she called Di3 to join us. Ok la tu, dari dia takde buat apa. Maka layan je la cite tuh sampai ke akhirnya. Nanti entry lain CK review pasal cite tu ok?

Abis je cite tuh, Leq kasik signal kena temankan dia cari baju untuk dinner dea tema 60's - 70's. Mula la otak nih menerawang nak pikirkan pakaian yang sesuai. Well, Tot mention polkadot. Sempoi je kan? Tapi Leq kan agak sehat, maka idea tuh dipendamkan kejap. Well we kinda agree that baju tuh should be in print design or else she can be Hippies. Kool tak?

Carik punya carik, lepas due tiga kedai terjahh masuk...baru la jumpa yang berkenan kat mana kitaorang nih. So bila da beli, kena carik eksesori plak. Kelam kelibut la tengok jam dah kol nam, dinner kol 8.30!

Dapat cekak n subang, we head up straight to Tot's. Bersiap dari sana. Maka CK secara paksa rela kena mekapkan dia. Tot amik part tacap2 kening. Heehhee...Disebabkan faktor masa, terpaksa la kitaorang bertungkuslumus mencantikkan dia dalam waktu yang terhad tuh. Rasanya misi tuh tercapai la kot.

Dah hantar dia g KLCC, kitaorang ronda2 sikit sebelom amik dia balik. Lepak lebih kurang end up balik kol 3 pagi! Apalah nak jadi ngan CK nih....balik lewat2 malam nih. Kot kalau kena colik camno? HEheeehe....tak koso den do!




Friday, November 28, 2008

.: I love Graphic :.

4 comments:
Main2 komputer sambil tunggu hujan reda. Waaahhh...saya sangat suka ape yang saya jumpa. memang teruja gila babeng la (mind the language okie!). Inilah hasilnya bila ada makhluk yang bosan dan terlalu memuja dirinya dan gambar2 yang disnap oleh nya. Pendek kata, tentang dirinya sahaja!


I love it! I'm lovin it! I'm in love! Sume ada...ahahahahah! Year End Sales akan mula esok. Apa lagi kawan2? Sapa yang dah siap buat list tuh, masa ni la nak tunaikan. Jangan tunggu lama2 nanti lama2..abis da sales, abis da duit. Look forward for an enjoyable weekend. Hope u guys will too!


.: Happy Bday Encek Eddee :.

2 comments:
Whoa...masa untuk makan kek lagi! Hari Senin lepas makan kek Siah (besdaynya jatuh pada hari Ahad). Kitaorang kumpul2 dwet beli Secret's nyer Chocolate Indulgance. Nyaman banget donk! Nanti CP aplod la gambanya..tertinggal tren plak! Hehehehe!

La nih , hari ni plak kan...Besdaynyer Cik Eddee Pfordten. Pelik sikit nama dia sebab ada darah2 German gitu. Thats why rambut ade highlite sikit (haahaha..ngan bantuan inai je tuh!). Throw him a surprise party la jugak. Sikit2 je janji sume hepi.


Nak tambahkan lagi rasa seronok tuh, CK pesan kat Cik Leq (ari jumaat kan kitaorang ada lunch date) to buy Bday Card yang spesel - besar sikit la for sumer orang sign. Tup2 dia bawak mai, amik ko! Memang besor sioott!


Puaslah masing2 sign nama n wish untuk dia. Macam2 deco ada. Sumer tak sabar tunggu nak baham kek. (Eh, sorry eh...CK lupa rotate itu kek). Thanks to Sunny sebab belikan cake tuh kat La Manilla. Its a Carrot Cake yang dibahagian atasnya dilayerkan dengan white chocolate. Sedapppp!!!!! So refreshshing!

Dengan ini dapat CK rumuskan bahawasanya sejak kes Pot Luck itu hari (yang CK organize last minit tuh) opis ni dah menyambung tradisi makan2 nih. yeeehaaaa!!!! More to come bebeh!

Thursday, November 27, 2008

.: A.I.D.S :.

No comments:

The Malaysian AIDS Foundation would like to call upon all avid cyclist supporters to rally together to celebrate World AIDS Day and let Malaysians know that we still have a battle to fight against HIV/AIDS in Malaysia .

A mini Ride for Life will be held in conjunction with the World AIDS Day Celebration at Berjaya Time Square .

It is a short loop around the Golden Triangle in Kuala Lumpur which everyone can be a part of - just bring your bike and don't forget your helmet!

Registration is FREE and everyone joining the ride will get a specially-designed T-shirt sponsored by M.A.C Cosmetics - Viva Glam, NYC.

So be there to show your support towards a worthy cause

Details as follows:

DATE : Sunday, 30 th Nov 2008
VENUE : Berjaya Times Square
ROUTE : Approx. 30km Tour of Golden Triangle – Kuala Lumpur
FITNESS LEVEL : Suitable for all levels of cyclists
FLAG OFF : 7.30am sharp (Don't be late)

Please call James Bak at 0122221200 or email him at james@ebakz.com if you have any further enquiries.

.: Kari Kepala Ikan Lagi? :.

4 comments:
Ha! Nilah aktiviti masa hari pertama gaji kuar. Berapa hari bulan eh...25? ke 26? Memang ala2 tradisi opis nih, bila gaji je manager2 buat amal jariah, belanja anak2 buah. Oh, i like the concept! But still la, pilihan tempat tuh depend kat manager itu sendiri.


Dan kali nih En. Eddee ngan bek hati nyer menaja makan tengahari kiteorang berenam (termasuk dirinya sendiri). Makan di mana? Kat Restoran Kari Kepala Ikan (apa ntah namanya) yang kat sebelah opis Tok Ketua. (Oooppss...sorry la Tok, tak jemput join sekali! kalau dwet CK , i ok je!)


Bila makan kari kepala ikan ni, orang kata baik pakai tangan. Kot pakat sudu, tak feel! Tak mamak la kan? HEheheh...Kitaorang order ayam goreng, ada tauge goreng, kari kambing, papodum dan tak lupa jelatah bawang ngan kicap tuh. Ala korang tengok sendiri la gamba yang ada nun.

CK mintak kuah madu sebab nak cicah ngan ayam goreng. Lazat beb! Nak dijadikan cerita, terbocorlah rahsia yang JJ suka makan bukan takat mata ikan malah...taraaaa....Bibir ikan juwa! First time beb CK dengar hobi pelik begitu! Kalau mata ikan tuh, penah la dengar lagi sebab one of my couzie pon suka gak korek2 bab2 mata nih. Tapi...bibir ikan??? Aiyooo!!!



CK tak gheti sangat nak makan2 kepala ikan nih. Lucky me ada Encek Eddee, tolong cubit2 ikan tu. Hehhee...Ala2 papa yang beriman plak dia...Hehhehe....Dia bukan cubit2 CK punya je tapi suma2 orang la kiranya. Play a good role an gentleman la kononnya. Hehhehehe....

Yang paling besh bila tengok boss CK makan. Pergh! Berselera sungguh dia! Kalau sapa yang kenyang pon leh jadi lapar tengok dia makan. Menikmati rasa kari dan ikan yang amat layannnn!!! Tak caya? Korang tengok sendiri la gamba2 yang ada tu kan..

Apa2 pon, tiada berlaku pembaziran atas order2 itu. Semuanya licin! Rasanya mamak tuh pon konpius, pinggan tuh tak berpakai ke baru je cuci? Heheheh...Sampai begitu sekali! Ahaks!Burp! kenyang baaahhh!



.: Tan Sri Basir, The Big Boss :.

No comments:
Hari ni kira hari yang bertuah! CK personally cukup suka bila ada Session With Prominent Leader ni. Yelakan..Bukan senang kita nak jumpa tokoh2, VVIP yang berjaya nih. Bz schedule semendang. Makanya, bila deaorang sudi datang tuh..Sonok beb!

Boss besar minta CK snap pix (ehem2 i seloroh2 mintak professional fee seh!). Kata boss, kamera CK nih tajam gambarnya (sharp) dan CK pandai sikit la compare to orang2 lain dalam hal2 nak amik gamba nih. Tertanya2 gak dia tengok kat mana eh? Bukak facebook ke ape?Hehehee...

Hari nih kitaorang menerima kunjungan Ybhg Tan Sri Basir, orang kuat Malayan Banking. A humble person i must say, dan tak lokek ngan senyuman. Tone suara dia pon, lembut je. Takde la intonasi eksen atau berlagak tepi kolam! (pinjam ayat Cek Isa).

Dia share experience on "What it takes to be a good banker?". Camno tuh? Key point dea, banker nih WAJIB dari kalangan orang yang trustworthy. I guess dalam hidup nih pon , kita amat2 memerlukan orang yang memang jujur dan ikhlas dalam apa sahaja yang dilakukan. Tol?

Tan Sri spent masa from 9.30 sampai la 12.00 kat Audi opis nih. Then dia ada jemputan kat tempat lain. Owh yea, kot sapa2 yang blur2 lagi sapa Tan Sri nih, rajin2 la bukak website maybank tuh. Tengok board of director. Lagi satu kan, Tan Sri nih happen to be Dato Seri Rafidah Aziz punya hubby. Ada iras2 i tell u...mesti jodoh panjang nih.

p/s : Bilalah CK nak dijemput bagi talk camni eh? Mau publispikinofobia CK nanti! Nyeh nyeh!



Monday, November 24, 2008

.: Wat Say You ? :.

5 comments:
It's been a while now for me to have this sesi luahan hati seorang pekerja korporat. Cant blame the person. More or less, the job must be tough or the boss is too cold and pushy.

I've been in the position before. Hidup rasa terseksa gila. Nak pergi opis pagi2 tu rasa macam kena paksa je. Otak nih ligat je fikirkan aktiviti lain selain dari pergi kerja.

Nak kata tempat kerja tuh tak best, tak juga. Bole tahan la environment nyer. Cuma mungkin sebab ada satu dua kepala yang gila, bukan gila2 ok! Kot gila2 kalu, leh lagi CK tahan. Ni ha, jenis keje tak sama masa ngan orang lain.

Hidup dah jadi tak tentu hala, macam hilang nakhoda nya. Cewaaah! Lagi kecewa bila diri sendiri tak taw portfolio sebenar. Dalam letter tulis lain, bila masuk buat menda lain. Bukanlah CK berkira, at least biarlah proper. Kalau kerja sendiri tak siap, takkanlah nak terhegeh2 buat keje orang. Multitasking, yes. But Over task, sendiri kena tempias!

Yes, during the period memang rasa nak blah je from that place. But alhamdulillah, things change and i have change too. The mood become different now. Sebab tuh CK percaya, things happen for a reason. Sabarlah. Ade hikmahnya.

Tapi, tak dapat dinafikan, ada juga musibah yang datang melanda menyebabkan kita kena berfikir lebih mendalam. Fokus dalam kehidupan, apa yang kita inginkan sebenarnya. Bukan semua tindakan kita mesti ada dalam daerah percubaan. Bak kata Rizal Hassan "Tak ada istilah cuba. Cuma ada mahu/ya atau tak". Think of it, it's true. Mana boleh kita cuba jatuhkan sebatang pen. Yang ada cumalah samada kita nak jatuhkan pen tu, atau tak.

Buat sahabatku yang lara itu, lambung dadu pilih jalan hidupmu.

Sunday, November 23, 2008

.: Sabtu Yang Panjang :.

4 comments:
Dah penat jenjalan kat Dataran Car Park (sambil wink*wink* tengok lintas langsung HotFm ngan Yebaa yeba!) kitaorang masuk One Utama sat. Sempat la layan Digi nye promo yang besar besaran. Maka Leq pun menjalankan tanggungjawab kepada majikan terchenta untuk melaporkan kegiatan competitornya.

Patutnya dari One Utama tuh nak ke PWTC, tengok career fair. Apakan daya ujan dan rasanya takkan sampai on time, lencongan di lakukan. Lepak kat Curve jap sambil layan makan pasta meatball kat Lava (depan Paddington tuh).

Sambil2 tuh apa lagi memerah otak nak buat proposal (yang sepatutnya CK kene habiskan design tuh ari nih, tapi takde mood lagi nak buat). Tengoklah nanti. Dah penat memerah otak, kitaorang meneruskan perjalanan melepakkan diri kat tempat lain. Ye la, lama2 sangat kat kedai orang kan, hangin lak depa.

Hajat hati nak ajak Toti, tapi dia keje shift malam. Akhirnya kitaorang pon pegi la Al-malik nih. Located at Danau Kota, area Uptown Danau Kota tuh. Apa yang besh lat sini adalah Roti Tisu. Memang tinggi menggunung beb! Cukup manis, masin dan rasa mentega nyer..Pendek kata layan!!! Tak caya , korang tengok la gamba bahan bukti nih!

CK mula2 rasa nak makan Kuey Teow tapi tup2 tukar menu jadi Tauhu Bakar plak. CK suka panggey menu tuh as Tauhu Busok sebabnya bau kuah ala2 rojak buah dengan pes otak udang tuh..memang ada bau ok. Campur sikit belacan, memang feel la makan, Dan nyata, ianya tak mengecewakan CK. Syiok!

Dah puas isi perot, kitaorang jenjalan kat Uptown tuh la. Makan 2 3 round la juga. Tengok t Shirt segala. Pusing beriya tapi hampeh tak beli apa! Ahaks. We were looking for opportunity kot2 nak meniaga kat sana.Just notice that kat situ takde tempat jual kelengkapan sembahyang. Ermmm..rasa2 bole jalan ke ah? Kalau jual telekong, sejadah, tasbih etc yang berkaitan dengannya? We just it a thot la, takde konpirm ape pon. Saje2 suka mengarot di malam ari.

Balik umah dah kol 11 lebih (ehehhee) then ngantok. Online, tapi tido sampai ke pagi. Ahahahaha! Taw2 ade je msg2 orang kasi. Sorry la yer, CK ngantok sangat malam tadi hasil berdating ngan CL terchenta!Nanti2 kita sembang eeehhh...?

.: Zoom! Malaysia :.

No comments:
Semalam CK sempat meluangkan masa bersama2 partner sehidup semati CL (ahaha..Cik Leq) ke Dataran Car Park @ One Utama for Zoom! Malaysia Promotion.

Memandangkan kitaorang nih sampai waktu tengahari, maka memang panas terik sungguh keadaan waktu itu. At first, I thought it will be a huge event kinda thing. Al-maklumlah masa dalam perjalanan menuju ke sana, Dj HotFm ada kata orang berpusu2 bagai nak rak.

Masa sampai tuh, tak lah ramai sangat pon orang. Memandangkan event tu dibuat ala2 indoor (dalam belon besar I tell u!) so, kitaorang pon amik kesempatan menyejukkan diri masing2.

Menarik jugak la promo2 yang ada. Yang paling banyak sekali promotion ke Taman Negara. Macam2 pakej beb! Yang bole booking dulu dengan bayaran serendah RM50 pon ada!Ck nih usha2 juga untuk usulkan kat management nanti.

Mana taw CK bole arrange for team building, explorace kinda thing sendiri in future. Tak payah la nak bayar mahal2 kat event organizer yang might end up macam hampeh dan menyakitkan hati and never ending kontroversi.

Ada pakej ke Pangkor untuk pakej meeting RM100 per pax (inclusive of meeting room, bilik, bfast, lunch, dinner - normal + bbq, then coffee break 3 times a day. Soounds kool kan? Ck tengok2 gak promo pasal Homestay. Should be good for the talents. Disamping tu, CK nih tak penah g lagi menda2 Homestay nih, teringin la juga nak merasa. Heheheh..ada udang sebalik mee nih ! Ahaks!

P/s : Ermmm..mana mau pegi eh..Hehehe...Mid Dec'08 konpom i'll be going to Cameron (again!) with my family. yeeehaaa!

Friday, November 21, 2008

.: Habok Itu Indah :.

No comments:
Ahah! Berita baik untuk orang orang kampung sekalian! Andai ada antara korang2 nih yang rasa malas nak cuci kereta atau pun jenis naik tren g opis n simpan je keta tuh buat tontonan awam, baiklah korang tiru idea yang agak kreatif dan memberangsangkan nih.


Bila keta dah simpan lama2 sure la berhabuk2 kan? Speshly yang rumah dok dekat2 ngan kawasan kilang tuh ke contohnya. So, lepas ni korang takyah malu2 dah. Ornag pon takleh nak kutuk2 kalau tengok keta berhabuk2. Korang tunjuklah skill melukis tahap dewa kelapan tuh kat deaorang.


Jadilah jakun nanti dorang tengok keta korang (itupon kalau skill melukis korang menarik tahap gaban la... kot tahap cap ayam...sendiri mau ingat!). Tapipkan u ols, kena simpan dalam garage ni. Kot kalau open air, maw ujan nanti ilang abis hasil seni! Tak cun suda!

.: Tolong lah Letak :.

No comments:
Boyboy : U nak tido kol brapa nih?
Girlgirl : Jap lagi.

Boyboy : Lama lagi ke?
Girlgirl : Jap lagi kot. I nak dengar lagu ni kejap.

(VC starts playing on Astro)

Boyboy : Nak dengar lagu? Lama tak?
Girlgirl : Ha ah tengah dengar lagu la nih.

Boyboy : So?
Girlgirl : So apanya?

(VC Halfway playing..Girlgirl cant concentrate)

Boyboy : So how?
Girlgirl : Huh? Takper, u tido la dulu.

Boyboy : Lama lagi ke u?
Girlgirl : I tgh dengar nih. The longer u hold the line, nanti abis plak lagu nih.

(VC nearly ends)

Boyboy : Tengah dengar lagu lagi ke?
Girlgirl : Takyah la ... dah u bercakap ngan i. Lagu tuh abis da!

Boyboy : Oklah. Pasang la balik, i tak kacau da.
Girlgirl : Nak pasang ape? Menda tuh kat tv bukan player i!

Hello! CK nih kan TV freak. How blunt should i be to get my message across? C'mon la. Can't u sense how reluctant i am to talk to u?

Yeah, it mite be stupid. Just to nag about VC but hey, it's Jared Letto ok! And I don't care how many times I have listen to the song, I just want to listen to it that nite! That particular nite!

Dun mess with my tv show! Take it or leave it!


Thursday, November 20, 2008

.: Jom Fikir! :.

No comments:
If you donate MONEY,
You give FOOD

If you donate BLOOD
You give LIFE

True enuff eh? Well, CK sekarang nih tengah memikirkan projek2 yang bole dijanakuasakan untuk tahun 2009 nih. Kata kuli programme design so kena la mendesignkan modul2 pembelajaran yang bernas untuk intake baru nih nanti.

Petang tadi adalah sessi brainstorming yang ado2 tapi final proposal or presentation nyer belum la lagi. Have to work on it lor. Boss suh fikirkan aktiviti yang compact tapi ada motif dan must meet the objective. Still, the key word is FUN! Still Go go chaiyok!

Setakat nih I'm trying my level best to bring in few big shots in our country to drop by n say hi to all the participants. Biar deaorang nih nganga , drooling tengok leader2 nih depan mata. I'll be proud to be the reason for the event to be happen. Cewaaahhh!!! Insyaallah!

Ya Allah! Kau berkatilah segala usaha ku ini dan semoga sekalian umat Mu itu dapat menerima kebaikan daripada usaha ku ini.

.: EPF : 8% or 11% :.

5 comments:

Rasanya rata-rata semua dah tahu akan perkara ni, dimana bermula tahun depan hingga 2010 kuli2 dalam Malaysia nih boleh memilih samada nak tolak EPF 8% atau 11%. Buat sapa2 yang masih tak tahu sekarang ni berapa jumlah caruman, jawapannya 11%.

Caruman 8% ni akan bermula automatik pada bulan Januari 2009. Sesiapa yang masih mahu mengekalkan caruman pada tahap 11%, anda diminta mengisi borang yang disediakan pihak terbabit or else, email je kat CK untuk request salinan...CK dah dapat ok?

Dengar khabarnya penurunan ini bertujuan untuk mengurangkan beban ekonomi supaya tak jadi eco-no-money. Namun begitu, sila renungkan fakta kat bawah nih kejap sebelum kalian mengambil keputusan masing2.

Anggarkan gaji pokok korang sebulan RM4000.

- Kalau EPF ditolak 11% ( RM440 ), Income yang layak dicukai = RM3560, income tax kena bayar = RM77.

- Kalau EPF ditolak 8% ( RM320 ), Income yang layak dicukai = RM3680, income tax kena bayar = RM109.

**Kesimpulan Secara Rambang Ikut Matematik Tahap Sempoi :

Dengan caruman 8% yang kononnya rendah itu, akan menyebabkan korang bayar income tax dengan kadar yang lebih tinggi dari biasa kepada siapa? Gomen!

Adakah korang sedar dan memang selesa dengan keadaan ini? Ada beberapa cara yang dapat difikirkan untuk menghadapi situasi ini. Antara calon2 yang sesuai :

1) Korang mohon keje beramai2 ke Gomen, so that nanti ada harapan merasa sekali faedah bila dapat kenaikan gaji ataupun bonus.

2) Instead of bayar cukai, korang (yang muslim) bayarlah ke Pusat Zakat. Whats the different? Pusat Zakat punya duit akan disalurkan ke kerajaan negeri instead of cukai yang disalurkan ke Gomen directly.

3) Korang leh kekalkan caruman EPF korang tuh seperti sedia kala.

The choice is yours bebeh! Choose wisely!


Wednesday, November 19, 2008

.: Idol :.

4 comments:
Hari ni CK jarang2 lepak dalam opis.
CK lepak dalam Audi. Bukan keta Audi, tapi Auditorium.
Apa bikin?
Buat modow! Hehehe!
CK layan FSTEP Idol.
Sapa organize?
Participant yang Rawk!
Sonok?
Banget donk!
Sapa Menang?
Jap! Nak sambung tengok...

Later!

Tuesday, November 18, 2008

.: XOXO :.

No comments:
To You

Just the other week
Am feeling kinda weak
The day I missed the train
Thats the day I saw my man!
Damn!

This week, 2 days in a row
Should i ask for more?
The same place, the same train
But sad to say its different lane!
Damn!

I feel you, i miss you
Sounds too good to be true
Hope tomorrow will be brand new
Insyaallah, I'll be talking to you!
Woohoooo!



.: MIDF :.

2 comments:
Lawatan sambil belajar. hehehhe...Itulah istilah olskool nyer. tapi sebab dah masuk era lain nih the visit has been called as "Industry Familiarization Visit". Macam oficial giler je nama dia kan?

Hari ini merupakan hari terakhir untuk the talents undergo their 3rd Rotation (nope! i'm not gonna bore u guys with the technicality thinggy).

Makanya talents nih kena la involved dalam visitation nih. As they were taking Investment Banking syllabus, I have arrange for them to visit MIDF, Jalan Raja Chulan.

I must say, the hospitality memang superb. Daripada facilities, bawak ke speaker ngan PIC yang assist kitaorang sampailah ke makanan! Memang seronok. Budak2 nih memang giler bergambar, so seronok la deaorang bila MIDF arranged for photo session. Klik sana sini. Tak payah nak suruh2 natural pose je masing2.

Paling teruja bila pergi melawat Dealing Room. Segala Reuters, Bloomberg kat sana sini. Tuh ha graf Japanese Candlestick tuh, toksah nak kata la. Its all about the numbers ok! Mau juling mato tengok hari2. Tapi, masyuk beb! Deaorang punya tempat ni takde cafetaria. Pelik kan? They have lounge instead. Why? Management nak they mingle dingle around, mix which other. Takdelah jadi kera sumbang dok makan sengsorang kat cubicle! Ahhh..they are not allowed to makan @ cubicle. Thats why they will gather kat lounge tuh n makan.

Sambil makan2 leh je layan LCD, minum juice free and panaskan ape2 yang patut kat microwave tuh. Lagi satu kan, air bikarbonat Permanis kat sini (means Pepsi la tuh) cost u only RM1 ok! giler murah! Jeles sehhh...

Apa2 pon, thanks to Pn Fauziah n En Azmi for such a wonderful arrangement. Ni barulah professional. Not forgetting the man, En M.O..U r doing great sir!

p/s : terima kasih daun keladi, lenkali kitaorang mai lagi!

Monday, November 17, 2008

.: Nasi Ayam Hainan :.

6 comments:
Nasi Ayam Hainan Melawati.

Kat mana? Medan Selera. Medan Selera yang mana satu? Hehhee...Korang jangn tataw..Medan selera kat Melawati nih ada 3 beb!

Yang lama, yang baru dan yang paling baru. Kesimpulannya, Nasi Ayam Hainan ni kedainya terletak kat Medan Selera baru (means yang start biz sejak tahun 1996/97).

Tokey dia Chinese tapi sumer menda sijil pengesahan Halal memang Uncle n Auntie nih tampal siap2 untuk tatapan ramai.

Yang buat CK suka Nasi Ayam Hainan ni, nasi tu sendiri. Lain beb rasanya. Bila campur ngan sup sengkuang, lobak putih then mixed kan dengan kicap ayam (taste like kicap masin not kicap manis or kicap pekat) ditambah pula ngan sos cili yang dibuat sendiri tuh (pakai cili merah ok, bukan cili boh)...Perghhh!!! Terangkat beb!

Ayam plak moist and tender on the inside but part luar minyak2 tuh alahai....Nyaman bah! Bole pilih sayur apa yang korang nak tambah. Selalunya CK akan up taugeh ngan kailan or bak choy. Sayur nih goreng ngan bawang putih + isi ayam sikit dan minyak bijan. Memang soo Chinese style la. Ada lagi sayur2 lain macam kacang panjang, peria (to name a few). Last time ada buat tahu kicap, pon sedap gak. La ni dah tak buat dah.

Kelakar makan kat sini bila time kira. Auntie tuh mesti gelabah giler. Mula la dia buat bz2 jek. Kalut semendang. Sebelah kedai ni ada kedai rojak yang leh tahan sedap la juwa. Rojak Hameed namanya. Tapi Tokey dia, berkira! Sapa makan rojak dia je leh dok depan kedai dia. Kalau nak makan nasi ayam, main jauh2. Hampeh tol! Pernah la jadi kes gak sampai masuk paper ngan MHI - masa zaman Aziz Desa. Still, to date...Tokey dea masih ado ado gak...Style sama je.

Neway, puas hati CK dapat melepas dendam makan Nasi Ayam Hainan itu. Kurang rindu dihati sudah!


.: Gimme Some Lappy! :.

4 comments:
Akhirnya! Hadiah besday untuk diri sendiri (selain daripada sakit jiwa PC dok kong semendang jek) telah tiba!!!! Dengan tegar dan bersyukurnya, selamat sudah CK beli lappy. Yeyyeyeeye!

Mula2 cam nak sangkut beli Samsung tapi second hand la..No kamera plak. Aiyak! Malas rasa nak ronda Loyat. Tak taw la kenapa kemaruk sangat nak beli juwe lappy. Mungkin sebab dah makan minggu kot tak dapat update blog from home (ces kantoi plak!). Tambah pula, Dekdek dok nak search pasal Cameron tak abis2. Dan lagi satu, rasa rugi bayar broadband tak tentu pasal. Takmo le teman kayakan Maxis tuh.


CK rasa teruja gile akhirnya mimpi jadi kenyataan. P
ergi K4 je beli. Tup2 ada plak branch kedai loyat kat sana. Apa lagi, cite punya cita...usha punya usha...dapat la discount baik punya untuk lappy nih. I like! Tapi kan nak khabor la nih, PC Fair akan datang pada bulan doblas ini. So, kalau ada insan2 yang minat nak carik apa2 sempena PC Fair, pastikan ongkosnya ada ya?

Takde la banyak pon free gift nyer...Sekadar carrying bag HP hasil keluarkan Targus. Targus? I like! Heheheheheh....


Please find below the fact about my lappy :


Nama saya : Compaq Presario CQ40-111AU

AMD Turion X2 dual-core 2.0GHZ
1GB Memory(RAM)
160GB Hard Drive(5400rpm)
Wireless Lan(WIFI)
5-in-1 Card Reader
DVD+RW
1.3MP Webcam
MS Vista Home Basic
1-Yr International Warranty

p/s : Pehni kena kumpul untuk roda 4 yang kedua pula! yey!


Sunday, November 16, 2008

.: Tepung Apa...???? :.

2 comments:

Tepung apa...??? Tepung Gomak....
Tepung Apa??? Tepung Gomak......
Tepung Apaaaaa!!!!???? Tepung Gomak lahhhhhh!!!!!

Untuk menghormati jasa baik dan keprofessionalan Ratu Gomak, siri pertama "Tribute to Ratu Gomak" telah pon bermula.

Sumber: Zahrah Roziz

Bahan-bahan "A"
200 g kacang hijau
1 biji kelapa parut putih
1/2 kilo gula timbang
300 g gula pasir
2 helai daun pandan

Bahan-bahan "B"
600 g tepung pulut
1 mangkuk air
400 g tepung kacang hijau
sedikit garam

Cara-cara untuk Bahan "A"
1. Kacang hijau direbus sehingga kembang. Kemudian tumbuk sampai hancur.
2. Gula timbang dimasak dengan 2 cawan air lalu ditapis. Tuangkan air gula, kacang hijau, kelapa, daun pandan, gula pasir dan sedikit garam ke dalam kuali di atas api yang sederhana besarnya.
3. Masak sehingga pekat dan sebati. Angkat dan ketepikan.

Cara-cara untuk Bahan "B"
1. Uli tepung pulut dengan air dan garam, sehingga menjadi doh yang lembut.
2. Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan inti kacang hijau dan bulat-bulatkan.
3. Panaskan air dan masukkan bebola ini. Bila kuihnya timbul bermakna kuihnya sudah masak.
4. Angkat dan golek-golekkan di atas tepung kacang hijau sambil ditekan sedikit agar menjadi leper.

Panduan
Cara membuat tepung kacang hijau untuk Bahan "B". Terlebih dahulu kacang hijaunya hendaklah dicuci bersih dan ditos. Kemudian di sanggar sehingga kuning. Setelah itu baru dihantar mesin menjadi tepung kacang hijau.


p/s : Kak Tiri, kita nih selalu jadi mangsa jealousy kan kan kan....



.: Sorry, Tak Minat :.

2 comments:
Wat a Sunday! Dalam pada kadar kegembiraan yang amat dahsyat mengexplore si lappy (owh...Ck belom update pasal nih lagi kan? huhuhu)...tiba lah satu sms daripada seorang ratu (ok tak i refer u as ratu ? u must like it alot!). Ratu mana? Hak yang tu la...yang sorang tu.

Ya Ampun! CK ingat dah setel da kes Terusan Wan Mat Saman dia tuh. Rupa2nya tidak lagi! Aiyak! (Pinjam ayat Yaya). Rajin gak ratu tuh baca blog CK rupanya. I think she wanted to have this one entry specially dedicated to her kot? Takper, i will consider.

Apa2 pon, tak cukup ngan sms pertama...Sms kedua plak sampai. CK pon konpius, sapa yang SAKIT sebenarnya. Kot yer kalau baya mak (maklumlahkan ratu kan selalunya veteran je umur - i tak kata tua ok!) apalah yang nak berperang ngan anak (takde la rasa nak jadi anak Ratu pon...).

Tapi bagus jugak dia anta sms menghina ala2 assaulting n hilang akal tu, ada bahan bukti nak dihantar ke balai nanti. Mana mungkin CK boleh membalas sms seorang Ratu. Tak setaraf kan? So...biarkan saja dia. Orang2 professional nih mungkin lain macam corak pemikiran diaorang. Memang pesen anta sms jek kot.

Nak datang umah kalu, takut plak orang report kata menceroboh. So the best way, bazirkan duit kredit la kan. Owh...takpon saje nak kayakan maxis kot? Mesti depa nanti dapat bonus berbulan2 hasil penggunaan Ratu yang satu ni kan kan kan? Murah rezeki kawan2 CK kat sana. Amin!

p/s : Mirror mirror on the wall, Who's the fairest among all?

Thursday, November 13, 2008

.: Masa Untuk Shopping :.

3 comments:
Metrojaya Branded Sale

Elle Homme
Camel Active
Energie
Miss Sixty
Raoul Womenswear
Joan & David
Triumph
Wacoal
Nine West Shoes
Fiorucci Shoes
Hush Puppies Shoes
Delsey
International Renowned Cosmetics & Fragrances
and more


Time : 10am to 9pm


Hall1
Midvalley Exhibition Centre

p/s : Announcement yang pendek untuk sumer wanita

.: Kahwin - Cerai :.

2 comments:
CK rasa terpanggil nak menulis tentang menda nih. Excuse me for not being an expert on the issue or maybe ada yang rasa tak layak nak discuss on these...Just that, i wont go deep sangat pasal the teknik2, tips2 kebahagian ke ape...

Cuma yang CK risaukan adalah isu kahwin - cerai yang sekarang nih hangat diperkatakan. Eh, bukan pasal artis tuh ah! Isu yang segala mala tak sah nih.

Nikah pon katanya tak sah... Cerai pon kata tak sah. Abis camno? Sah or tak sah tu dari segi camne agaknya? Undang2 yang penuh birokrasi? Or memang dari segi syaraknyer?

Kalau dah dilafazkan akad nikah, tang mana yang tak sah akad nikah tu? Sebab Tok Kadi tak dokumenkan segala maklumat yang patut dengan lengkap..? Maknanya pernikahan tuh tak sah ke?

Macam mana pula dengan penceraian yang tak sah? Kalau lafaz talak buat luar mahkamah, kira tak sah juga ke? Takkan la kot laki bini bila gaduh2 then tak tahan sangat, or memang dah takde jalan damai...tengah2 gaduh tu dok heret pasangan g mahkamah syariah then carik saksi segala baru lafaz cerai. Gitu? Ck konpius!

Ada plak kes yang dah kawin then cerai pehtu kawin kali kedua, tiba2 kata tak sah plak yang cerai pertama kali dulu. Camno tuh? Kira femfuan bersuami dua ke camne tuh? Menda2 camni la buat CK lagi seram nak menamatkan zaman solo (cecewahhh...promosi tuh...). Walaupon masih belom bercalon muktamad (promo lagi..ahahah!) takut juga kot2 kena kat batang idung kita nanti kes camni.

Simpang malaikat 44!

.: Harapkan Hensem Tapi... :.

11 comments:
Geez...CK rasa pihak2 berwajib nih memang wajib berbuat sesuatu dengan pengangkutan awam yang ada dalam negara kita. Sounds like politician plak ari nih..Hehehe...

Seyes guys, Ck bukanlah takmau drive tapi...Jamming the nation la yang menyusahkan. So i opt for public transport. Naiklah LRT. Walaupun bersesak tappi takper, sesekali cuti mata tengok Abam Tren..tenang je rasa. Aiyak! tersasar plak hala tuju cerita nih..

Sebenarnya CK nak luah perasaan pasal sorang mamat n sorang auntie dalam LRT this morning. Meh cita pasal mamat tuh dulu. Ok la, kategori kacak la juwa. But then...Mamat nih naik masa kat Wangsa Maju. Masa naik pon dah kecoh dia sound2 "Masuklah dalam sikit! Orang lain pon nak pergi keje!". Baeeek punya sound.

From Wangsa Maju tren pon benti kat Setiawangsa. Ada sorang akak nak menyelit..takdelah besar pon badan akak tu. Akak tuh cuba sedaya upaya. Sekali mamat tuh jerit "Keluarlah! Tak muat dahhh! Apalah!!!".

Seraya dengan itu, sorang lagi Ahso ketuk paler akak tuh dan kata "Suda tak muat la...Keluar la. Olang lain pon mau pigi keje. Jangan bagi kita lambat la!". Akak tuh macam dah nangis bila kena tolak2 kuar. Pintu tren pon tutup...Mamat ngan Ahso tu still pokpek ngumpat pasal akak tuh.

From Setiawangsa, tren gerak ke Jelatek. Tiba2 "Tolong tepi sikit boleh? Nak lalu nih!". Suara mamat tuh berkumandang. Siooll!!!! Apalah salahnya kalau dia biar je akak tadi tuh naik tren? Dia pon dah nak turun. Sesak2 pon satu stesen je. Apalah sengal punya jantan!

Orang lain pakat tengok sesama sendiri sambil gegeleng. Dah la melayu sama melayu tapi kayu! Sampai biarkan akak tuh kena ketok ngan bangsa lain. Maybe la Ahso tuh tak sengaja tapi...kenapa jadi gitu? Sebab mangkuk tuh (si jantan pailang tuh - lama tak pakai word nih) bodo sombong dan buta hati.

Darn! Screw him! Kalau CK jadi akak tuh, abis CK doakan biar mamat tuh jatuh tangga ke...kena hempat lemari ke...Baru dea rasa!


Wednesday, November 12, 2008

.: Welcome Home Dekdek!!! :.

4 comments:

Dekdek da balik...Yey! Dekdek da balik...Yey!
Yeeehaaaaa!!!!

.: Jealous la Tu :.

No comments:
Macam2 hal jadi sekarang nih. Dalam opis nih pon macam bergelora je senantiasa.

After the episode of serang hendap tuh, timbul plak new story. Berita baru yang dapat tawu, adalah plak makhluk2 dalam opis nih yang tak puas hati ngan orang2 dalam dept CK, including me oso la kan.

We are guilty for bringing the office environment so lively and enjoyable to work in. Hows that?

Yea yea....comments made from idiot who dun know how to enjoy their life and take their work as in work and not enjoying every bit of it. They dont have passion for it.

Dont blame me for having a good time with my work and my fellow team mates. You, on the other hand should learn how to chill once a while. Daily life we communicate with each other either with inside ppl or outside. I'm having a blast with fellow faci. And its based on pure frenship punya relation.

I scratch ur back, u scratch mine...That's it. Win win situation thou i love getting all the prezzie, gift from them. Its how they appreciate me. Cant blame them for that. Sorry, i dun play money politic in this office. They (the outsider) work their ass for the slots. Yes, i made the arrangement by having a fair share for each and everyone.

For some of you, who have extra benefit (in terms of monetories) from my arrangement (sambil menyelam minum air la tuh)...suka hati u la. U choose to be hamba duit, none of my concern. Again, as far as i know i have done no wrong (except kadang2 kuar makan lama sikit sebab keluar lambat) ... Wish to hear good news anytime soon!Yeehaaa!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...