Friday, November 07, 2008

.: Sayang Dekdek :.

"Kak, mama otw g HKL ni."
"Apsal?"

"Doc suspect Dekdek denggi ngan anemia. Terok da."
"Hah? Pasal tu demam tak kebah2?"

"Ha ah"


Petang ni kang lepas keje CK nak g KLCC jumpa Leq n Tot then trus g HKL je. Sian Dekdek.

Memang kitaorang satu rumah demam2 + batuk + muntah2. Kan CK dah kabo CK lembik last week. Minggu nih baru bertenaga nak buat keje sumer. CK lembik, Ewok lembik then Dekdek plak.

Yang peliknya, Dekdek macam on off. Dia makan ubat demam, macam kebah. Tapi pehtu muka melepek je. Rupa2 ada hal lain. Patutlah makan macam tak lalu je dia. Dah la kurus, kena attack gitu plak. Ish....Dapatkah dia menanggung rasa itu?

Mesti Mama risau gegila nih. Orang pon risau jugak. Apa nak buat, Dekdek kenalah minum air bebanyak ye tak? Jangan sampai kena masuk darah sumer segala sudah. Ishh...Memang tak sanggup tengok si Peng (Ck panggey dia Peng sebab kepeng) tuh kena cocok sana sini...Ntah dapat ke tak doktor nak carik urat dia. Kurus sangat.

Suh makan banyak takmo. Tapi bila selera dia datang, makan macam bela hantu raya plak. Banyak weih! Tapi tuh ah, hal2 kesihatan ni kalau sekali dah kena...tak bole nak buat apa. Kena sentiasa berjaga2 je la.

Ya Allah! Berikanlah Dekdek kekuatan untuk mengharungi hari-harinya. Amin!


9 comments:

Mademoiselle Cynicleopetra said...

semoga dekdek selamat...amin

Kakak Tiri said...

Oh... hopefully negatip lah.

Pink Marie said...

semoga tuhan pelihara dekdek..
amin!

Dory said...

ish.. bahaye la denggi tu.. semoga dekdek cepat sembuh..

Saya, Aku dan Kamu said...

get well soon dekdek!

SilverFerio said...

get well now

Zu said...

denggi bahaya tue ...apapon semoga dedek cept sembuh

HambaMaya said...

doa yang elok jer untuk semua..

DoOrDie said...

thanks sumer orang!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...