Thursday, November 20, 2008

.: EPF : 8% or 11% :.

Rasanya rata-rata semua dah tahu akan perkara ni, dimana bermula tahun depan hingga 2010 kuli2 dalam Malaysia nih boleh memilih samada nak tolak EPF 8% atau 11%. Buat sapa2 yang masih tak tahu sekarang ni berapa jumlah caruman, jawapannya 11%.

Caruman 8% ni akan bermula automatik pada bulan Januari 2009. Sesiapa yang masih mahu mengekalkan caruman pada tahap 11%, anda diminta mengisi borang yang disediakan pihak terbabit or else, email je kat CK untuk request salinan...CK dah dapat ok?

Dengar khabarnya penurunan ini bertujuan untuk mengurangkan beban ekonomi supaya tak jadi eco-no-money. Namun begitu, sila renungkan fakta kat bawah nih kejap sebelum kalian mengambil keputusan masing2.

Anggarkan gaji pokok korang sebulan RM4000.

- Kalau EPF ditolak 11% ( RM440 ), Income yang layak dicukai = RM3560, income tax kena bayar = RM77.

- Kalau EPF ditolak 8% ( RM320 ), Income yang layak dicukai = RM3680, income tax kena bayar = RM109.

**Kesimpulan Secara Rambang Ikut Matematik Tahap Sempoi :

Dengan caruman 8% yang kononnya rendah itu, akan menyebabkan korang bayar income tax dengan kadar yang lebih tinggi dari biasa kepada siapa? Gomen!

Adakah korang sedar dan memang selesa dengan keadaan ini? Ada beberapa cara yang dapat difikirkan untuk menghadapi situasi ini. Antara calon2 yang sesuai :

1) Korang mohon keje beramai2 ke Gomen, so that nanti ada harapan merasa sekali faedah bila dapat kenaikan gaji ataupun bonus.

2) Instead of bayar cukai, korang (yang muslim) bayarlah ke Pusat Zakat. Whats the different? Pusat Zakat punya duit akan disalurkan ke kerajaan negeri instead of cukai yang disalurkan ke Gomen directly.

3) Korang leh kekalkan caruman EPF korang tuh seperti sedia kala.

The choice is yours bebeh! Choose wisely!


5 comments:

SilverFerio said...

ai tak kisah la mana2... ai akan kuarkan KWSP pastu invest dalam Mutual Fund...

Mr.bha said...

bayar zakat....
bukak akaun SSPN...kompem income tax boleh dielakkan,....

aku la ros said...

tetap akan teruskan 11%....

Pink Marie said...

tahpape.
sibaik u did the math.

DoOrDie said...

anome - trf g akaun ai bley?

bha - sonok jugak tuh

ros - sama la kita...mau borang ka?

mek - ha...nak kasik paham...kalau tak nnt ada plak yang blur sotong..huhuu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...