Sunday, November 16, 2008

.: Tepung Apa...???? :.


Tepung apa...??? Tepung Gomak....
Tepung Apa??? Tepung Gomak......
Tepung Apaaaaa!!!!???? Tepung Gomak lahhhhhh!!!!!

Untuk menghormati jasa baik dan keprofessionalan Ratu Gomak, siri pertama "Tribute to Ratu Gomak" telah pon bermula.

Sumber: Zahrah Roziz

Bahan-bahan "A"
200 g kacang hijau
1 biji kelapa parut putih
1/2 kilo gula timbang
300 g gula pasir
2 helai daun pandan

Bahan-bahan "B"
600 g tepung pulut
1 mangkuk air
400 g tepung kacang hijau
sedikit garam

Cara-cara untuk Bahan "A"
1. Kacang hijau direbus sehingga kembang. Kemudian tumbuk sampai hancur.
2. Gula timbang dimasak dengan 2 cawan air lalu ditapis. Tuangkan air gula, kacang hijau, kelapa, daun pandan, gula pasir dan sedikit garam ke dalam kuali di atas api yang sederhana besarnya.
3. Masak sehingga pekat dan sebati. Angkat dan ketepikan.

Cara-cara untuk Bahan "B"
1. Uli tepung pulut dengan air dan garam, sehingga menjadi doh yang lembut.
2. Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan inti kacang hijau dan bulat-bulatkan.
3. Panaskan air dan masukkan bebola ini. Bila kuihnya timbul bermakna kuihnya sudah masak.
4. Angkat dan golek-golekkan di atas tepung kacang hijau sambil ditekan sedikit agar menjadi leper.

Panduan
Cara membuat tepung kacang hijau untuk Bahan "B". Terlebih dahulu kacang hijaunya hendaklah dicuci bersih dan ditos. Kemudian di sanggar sehingga kuning. Setelah itu baru dihantar mesin menjadi tepung kacang hijau.


p/s : Kak Tiri, kita nih selalu jadi mangsa jealousy kan kan kan....



2 comments:

yaya|azura said...

giler sedap kuih tepong gomak .. silap makan leh tercokik!

DoOrDie said...

lembik2 tapi membahayakan!

ai suka karipap pusing!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...