It just a part of me who wants to share my journey with sumone who cares and listen
Thursday, December 18, 2008
Monday, December 15, 2008
.: Dah Takde Kerja Gamaknya :.

Dengan rasa tulus ikhlasnya saya mengemaskinikan sisipan penulisan ini untuk tatapan Ratu Gomak. Ketahuilah anda bahawa saya amat kagum dengan kesungguhan anda menaip barisan ayat yang pendek mahupun yang berjela-jela untuk kiriman mesej melalui telefon bimbit Ratu Gomak.
Tidakkah Ratu Gomak sedar diri akan kebosanan saya menerima mesej-mesej yang memualkan itu? Koleksi mesej-mesej itu telah selamat saya simpan didalam folder yang sememangnya dikhaskan untuk Ratu Gomak.
Daripada tindak tanduk Ratu Gomak, dapat saya rumuskan bahawa Ratu Gomak amat perihatin dengan perjalanan hidup saya. Sentiasa mendapat info terkini tentang blog entries dan juga gamba2 di laman web saya. Barangkali Ratu Gomak cuba jadi peminat No 1 saya yer? Dengan ini juga saya dapat merasakann bahawa Ratu Gomak tidak mampu membayar duit guaman maka sebab itulah Ratu Gomak dengan sewenang wenangnya mengirim sms2 layang tersebut.
Sudah-sudahlah. Ingin saya nasihatkan sang Ratu, agar tidak menambahkan kekayaan syarikat telco terbesar itu. Dan juga, insaflah Ratu Gomak. Dah tua, buat cara tua. Atau mungkin ini tanda orang tua dah buat tabiat agaknya?
Terima Kasih atas segalanya.
Sunday, November 16, 2008
.: Tepung Apa...???? :.
Tepung Apa??? Tepung Gomak......
Tepung Apaaaaa!!!!???? Tepung Gomak lahhhhhh!!!!!
Untuk menghormati jasa baik dan keprofessionalan Ratu Gomak, siri pertama "Tribute to Ratu Gomak" telah pon bermula.
Sumber: Zahrah Roziz
Bahan-bahan "A"
200 g kacang hijau
1 biji kelapa parut putih
1/2 kilo gula timbang
300 g gula pasir
2 helai daun pandan
Bahan-bahan "B"
600 g tepung pulut
1 mangkuk air
400 g tepung kacang hijau
sedikit garam
Cara-cara untuk Bahan "A"
1. Kacang hijau direbus sehingga kembang. Kemudian tumbuk sampai hancur.
2. Gula timbang dimasak dengan 2 cawan air lalu ditapis. Tuangkan air gula, kacang hijau, kelapa, daun pandan, gula pasir dan sedikit garam ke dalam kuali di atas api yang sederhana besarnya.
3. Masak sehingga pekat dan sebati. Angkat dan ketepikan.
Cara-cara untuk Bahan "B"
1. Uli tepung pulut dengan air dan garam, sehingga menjadi doh yang lembut.
2. Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan inti kacang hijau dan bulat-bulatkan.
3. Panaskan air dan masukkan bebola ini. Bila kuihnya timbul bermakna kuihnya sudah masak.
4. Angkat dan golek-golekkan di atas tepung kacang hijau sambil ditekan sedikit agar menjadi leper.
Panduan
Cara membuat tepung kacang hijau untuk Bahan "B". Terlebih dahulu kacang hijaunya hendaklah dicuci bersih dan ditos. Kemudian di sanggar sehingga kuning. Setelah itu baru dihantar mesin menjadi tepung kacang hijau.
p/s : Kak Tiri, kita nih selalu jadi mangsa jealousy kan kan kan....
| |
